Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts

Mar 8, 2012

Iman antara akal dan hati


Oleh: Dr. Majdi al-Hilaly



Jikalau akal adalah yang menggerakkan manusia, sudah tentu pengetahuan yang ada pada akal sahaja sudah cukup sebagai pendorong kepada tingkah laku. Namun sebenarnya tidak begitu. Dalam pada itu, keperluan ilmu pengetahuan sebagai pintu masuk paling asas untuk menyempurnakan ibadah dan kemudian terus beritiqamah, juga tidak cukup untuk mengubah tingkah laku ..Mengapa?!


Kerana yang melahirkan arahan-arahan bagi pergerakan sukarela di dalam diri manusia adalah hati dan bukan akal.


Jelasnya hati itu dianggap sebagai “pusat kehendak dan membuat keputusan”. Melalui hati bermula arahan perbuatan yang lahir dari kehendak sedangkan semua anggota yang lain sekadar melaksanakannya.


Sabda Rasulullah saw (bermaksud):


" Ingatlah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging. Apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Sesungguhnya ia adalah hati." (1).


Hati ini menghadapi tarikan dua kekuatan: "Kekuatan hawa" yang menepati kecenderungan dan keinginan nafsu, dan “kekuatan iman" (membenarkan dan menyakini) dengan fikiran dan kepercayaan yang ada di dalam akal. Mana yang lebih kuat antara keduanya semasa membuat keputusan itulah yang akan menguasai kehendak dan mengarahkan keputusan yang bersesuaian dengannya.


Justeru, apabila seorang muslim mendengar suara azan subuh, dia mahu bangun dari tidur untuk menunaikan solat, maka konflik mungkin timbul di dalamnya, antara keimanan dan kepercayaannya tentang keperluan untuk melakukan solat subuh itu dan antara hawa nafsunya dan rasa sayangnya untuk berehat, tidur mahupun tidak mahu bersusah payah. Oleh sebab itu, orang yang bangun untuk melakukan solat, maka yang membangunkannya ialah imannya yang ternyata lebih kuat daripada hawa nafsunya pada masa ini. Sekiranya dia terus tidur, maka hawa nafsunya telah menidurkannya yang ternyata lebih kuat berbanding imannya pada masa ini.


Jelaslah bahawa iman adalah pendorong untuk perlakuan yang positif. Firman Allah SWT (bermaksud ):


“Sesiapa yang menghormati Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.” (Al-Hajj: 32).


Sementara hawa nafsu adalah pendorong untuk perlakuan yang negatif. Firman Allah SWT (bermaksud ):


“Kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka.” (Al-Qasas: 50).


Ini bermakna jika tidak berlaku kepada pengetahuan dan kepercayaan yang ada pada akal dan minda ketenangan dan keyakinan hati yang cukup untuk menentang dan mengalahkan hawa nafsu yang berlawanan dengan kepercayaan, maka kepercayaan ini tidak akan diterjemahkan ke dalam tindakan yang praktikal. Dengan demikian, menjadikan perkataan dan kepercayaan seseorang di satu pihak dan perlakuan di satu pihak yang lain.


Oleh itu, adalah tidak cukup seseorang itu sekadar memiliki satu fikiran untuk menjalankan tuntutannya dalam realiti praktikal, malahan ia mesti menukarkan fikiran ini kepada iman yang mendalam di dalam hati yang dapat mengalahkan hawa nafsu.


Di samping itu, adalah tidak cukup terdapat iman di dalam hati melalui fikiran untuk menghasilkan perlakuan yang menterjemahkan fikirannya, malah ia mestilah menjadikan imannya lebih kuat daripada hawa nafsu yang berlawanan dengan fikiran ini supaya dia boleh menang semasa ia membuat keputusan. Lantaran itu, betapa pentingnya sentiasamemberikan makanan untuk iman ini supaya seorang muslim mampu menentang dan mengalahkan hawa nafsunya secara berterusan.


Justeru, pengetahuan akal tidak cukup untuk menjelmakan amal secara konsisten dan melaksanakan kewajipan beribadah kepada Allah swt, malah ia mestilah menukarkan pengetahuan ini ke dalam iman yang mendalam yang kukuh akar umbinya di dalam hati seterusnya dapat mengalahkan hawa nafsu agar kesannya tercerna ke atas perlakuan dan tindakan.


Kita mestilah menundukkan fikiran dengan rasa hati untuk membangkitkan iman dengan izin Allah. Ini dapat dilihat di dalam ayat:


“Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya.” (Al-Hajj: 54).


Al-Quran memberitahu kita tentang orang-orang yang mengaku Rububiyyah Allah SWT ke atas semua makhluk-Nya dan penguasaan-Nya terhadap segala urusan mereka. Walaupun dengan pengakuan ini, mereka tetap tidak takut dan tidak menyerah diri kepada-Nya. Ini mengesahkan bahawa pengakuan mereka ini sekadar pengakuan dari segi akal semata-mata dan tidak membibitkan iman di dalam hatinya. Di antara ayat yang memberitahu kita tentang hal ini ialah firman Allah (bermaksud):


“Tanyakanlah (wahai Muhammad): “Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?” Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?” Tanyakanlah lagi: “Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?” Mereka akan menjawab: “(Semuanya) kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?” (Al-Mukminun: 84-87)


Dari sini menunjukkan betapa pentingnya pendidikan iman; kerana pendidikan pengetahuan hanya bertujuan untuk mengembangkan akal dengan ilmu pengetahuan yang berguna dan mantap, iaitu pengetahuan tentang Allah SWT, sedangkan pendidikan hati yang betul bertujuan untuk meneguhkan dan memantapkan iman dengan pengetahuan ini hingga ilmu pengetahuan dikuasai oleh iman dan mampu mengawal hawa nafsu. Oleh itu, ianya menjadikan lebih mudah bagi anda untuk melaksanakan pelbagai bentuk ibadah.


Ini bermakna bahawa berlakunya perubahan sebenar dan positif dalam tingkah laku, mestilah berpunca dari memperbaiki hati dengan iman. Apabila kita melihat perubahan negatif dalam tingkah laku, maka sebaliknya yang berlaku, iaitu betapa kukuhnya kedudukan hawa nafsu di dalam hati dan kelemahan iman di dalamnya.


Mungkin melalui perbincangan tentang iman dan hubungannya dengan tingkah laku ini menjelaskan kita tentang fenomena jauhnya perbuatan daripada berkata-kata dan beramal daripada ilmu.


Oleh kerana itu, semakin banyak kelemahan iman semakin kuat kedudukan hawa nafsu kerana ruang hati hanya satu; berikutan dari itu akan memberi kesan buruk yang serius di mana akan meningkat dan berkurang mengikut tahap kelemahan iman.


Di antara kesan kelemahan iman ialah:


1. Anda mungkin mendapati orang yang banyak bercakap tentang nilai-nilai, contoh-contoh mahupun akhlak, tetapi beliau mengamalkan bertentangan dengan apa yang dicakapkan dan kadang-kadang anda mendapati orang yang cuba meninggalkan realiti buruk dirinya tetapi dia tidak mampu mengubahnya kerana hawa nafsunya telah menguasai kehendak dan mengawal kemahuannya.


2. Meringankan pada perkara yang tidak sepatutnya, memudah dan melambat-lambatkan dalam melaksanakan perintah-perintah agama, mencari-cari yang ringan dan mereka-reka alasan, dan mendatangkan pendapat yang kuat dan lemah untuk mengadakan alasan dan justifikasi bagi mengelakkan dari melaksanakan tuntutan agama secara yang sah.


3. Terlalu memberi perhatian tentang dunia dan bersungguh-sungguh mendapatkannya, memberi sepenuh penumpuan terhadapnya dan menyibukkan fikiran terhadapnya mahupun banyak berangan-angan dengan kekayaan dan kemewahan.

4. Terlalu memberi penumpuan tentang harta dan merasa sedih tatkala hartanya berkurang, sentiasa menghitung hartanya, banyak berfikir untuk mengembangkan harta, sentiasa menuntut hak-haknya daripada orang lain, sebaliknya kita dapati beliau cuba mengelak untuk melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab kewangan yang sempurna kepada mereka.


5. Kurang sifat wara’, terjatuh ke dalam ruang syubhat, dekat dengan ruang yang haram, seperti mudah menipu, berbohong dan tidak memberitahu perkara sebenar dan tidak memenuhi janji.


6. Tidak merasa kesal apabila terlepas perkara ketaatan atau terjatuh ke dalam dosa.


Menurut Abdullah bin Mas’ud r.a:


“Orang mukmin melihat dosa-dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki gunung; dia takut kalau gunung itu akan menghempapnya. Manakala ahli maksiat melihat dosanya hanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya maka mudah untuk menghalaunya.”


------------

* Nota kaki:

(1) Muttafaq Alaih: Bukhari (1/28, No. 52) dan Muslim (3/1219, No. 1599).

(2) Riwayat al-Bukhari (6308).

Sumber asal, klik di sini

Feb 11, 2012

Sampaikan ilmu yang shahih

Sumber dari link ini

Dalam satu persidangan tertutup yang saya diminta membentangkan kertas kerja, beberapa orang ‘yang tidak sebarangan’ dari berbagai negeri mengkritik program-program agama dalam TV kita. Sehingga ada yang menyifatkan panel-panel ceramah agama itu seakan-akan macam para pelawak atau badut. Katanya, ucapan-ucapan mereka sekadar untuk buat lawak jenaka, atau cerita untuk kesukaan budak-budak. Tidak ada nilai ilmiah dan kekuatan menyelesaikan masalah umat secara yang menampakkan kematangan Islam.

Saya katakan, barangkali kritikan itu terlalu keras. Juga tidak semua penceramah yang demikian. Namun kritikan yang seperti itu tidak boleh dinafikan ada kebenarannya. Kadang-kala penyampaian agama yang dibuat oleh sesetengah pihak tidak memperlihatkan kehebatan isi ajaran Islam ini. Banyak perbincangan-perbincangan dalam saluran-saluran TV kita, amat tidak mencapai piawaian yang sepatutnya bagi agama yang agung ini. Saluran-saluran itu dipancarkan ke seluruh negara. Malangnya standard penerangan yang dibuatkan sesetengah penceramah itu belum mencapai tahap ‘sekolah menengah’ pun. Sedangkan tahap pendidikan rakyat kita sudah meningkat tinggi. Bandingkan forum-forum agama dengan perbincangan isu-isu lain dalam media kita. Bandingkan tajuk yang dipilih, isi perbincangan, persembahan fakta, gaya persembahan dan berbagai lagi, rasanya program agama kita masih ke belakang. Maka jangan hairanlah jika ia kurang mendapat perhatian dari generasi baru yang sudah terdedah dengan dunia yang rencam dan cabaran yang berbagai.

Malanglah jika modal sesetengah penceramah agama ialah maklumat yang dikutip dari apa sahaja bahan yang sampai kepada mereka. Ibarat kata, membujur lalu, melintang patah. Mereka tidak mempunyai kekuatan ilmiah dan minda dalam menilai dan menapis fakta. Maka, semua yang dibaca dianggap benar dan disampaikan. Sehingga buku palsu “Dialog Nabi s.a.w Dengan Iblis” juga dipercayai. Antaranya, konon baginda Nabi s.a.w bertanya Iblis, “apakah tempat yang paling engkau suka?”. Jawab Iblis “panggung wayang”. Walaupun, penceramah mungkin mempunyai tujuan tertentu. Namun kepalsuan adalah musuh agama ini. Kita tahu pada zaman Nabi s.a.w belum ada panggung wayang. Bagaimana mungkin istilah ini muncul. Sudahlah cerita-cerita dalamnya tidak mempunyai sanad yang diterima, ditambah lagi dengan kebodohan jalan cerita yang boleh menyebabkan generasi yang berakal menolak agama. Padahal itu bukan fakta agama. Al-Quran sendiri tidak menyebut peralatan senjata moden, sebaliknya menyebut kuda, bagi memahamkan senjata terbaik ketika itu. Mana mungkin pula hadith menyebut istilah yang tidak wujud di zaman tersebut.

Ada pula yang membawa cerita, kononnya wali tertentu bersolat seribu rakaat semalam. Padahal jika ditanya padanya, adakah satu malam mempunyai seribu minit untuk dia bersolat seribu rakaat selaju seminit satu rakaat?!! Jika diambil pukul lapan malam sehingga enam pagi pun, baru sepuluh jam bererti enam ratus minit!!. Mampukah dia melakukan seribu rakaat?. Matematik sekolah rendah pun dapat memikirkan hal ini. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang agung itu, menurut ‘Aisyah r.a. dalam riwayat yang sahih oleh Abu Daud dan al-Nasa’I bahawa solat malam baginda tidak melebihi sebelas rakaat. Benarlah kata sesetengah sarjana hadis: Apabila engkau melihat sesebuah hadith menyanggahi logik, menyalahi manqul (al-Quran) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ianya hadith yang palsu (Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182, Beirut: Dar al-Fikr)

Fonomena ini bukan sahaja berlaku dalam TV. Bahkan itulah realitinya di luar TV. Masih ramai ustaz-ustaz kita yang kadang kala bermodalkan cerita dongeng dan kartun. Di samping riwayat Israiliyyat dan hadith-hadith palsu yang dibaca di dalam masjid dan surau, mereka menokok tambah kejadian-kejadian pelik untuk menarik perhatian pendengar. Cerita mayat jadi itu dan ini menjadi modal murahan. Dengan tidak dinafikan Allah mampu melakukan segala-galanya, namun sejarah menunjukkan Allah tidak bertindak demikian kepada umat NabiNya yang akhir. Tidak seperti mana kepada umat yang sebelumnya. Kalau Allah mahu, tentu mayat Abu Jahal, atau Abu Lahab terlebih dahulu akan menjadi contoh. Kedua-dua tokoh kekufuran itu, tidak juga mati terkejut, atau kerana penyakit misteri disebabkan kejahatan mereka.

Sebaliknya kaum musliminlah yang berjihad dan menghapuskan keduanya di medan pertempuran. Islam meminta usaha, bukan menunggu tindakan Allah tanpa usaha. Firman Allah mengenai cabaran musyrikin terhadap Nabi s.a.w (maksudnya): “Dan mereka berkata: Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan bagi kami matair dari bumi. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau engkau gugurkan langit berkeping-keping ke atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah (wahai Muhammad): “Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?”. Dan tiadalah yang menghalang orang-orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayah petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul, sehingga) mereka berkata dengan hairan: “Patutkah Allah mengutus seorang manusia menjadi Rasul?” (Surah al-Isra`: 90-94).

Demikian dahsyat cabaran mereka, baginda tidak menyahutnya, kerana bukan itu kehendak ALLAH. Mereka meminta langit berkeping-keping menimpa kepala mereka, namun baginda menjawab “Aku hanya seorang insan yang diutuskan menjadi rasul”. Allah s.w.t Yang Maha Bijaksana tidak pula memusnahkan kaum musyrikin dengan apa yang mereka minta, sebaliknya dijadikan kemusnahan mereka melalui sebab perjuangan golongan yang beriman. Apa yang pelik sesetengah ustaz atau penceramah agama itu membawa cerita yang jauh berbeza dengan tabiat sirah Nabi dan para sahabah. Kononnya orang ini mayatnya jadi begini kerana tidak datang masjid, atau kerana terlalu kedekut dan seumpamanya. Yang ini pula tangannya lumpuh, atau berpenyakit badan kerana tidak mahu pergi haji. Mereka mengandaikan perkara yang tidak pasti. Boleh jadi seseorang yang sakit itu kifarah Allah ke atasnya kerana dosa tertentu. Namun boleh jadi juga di atas hikmah yang lain. Ramai orang beriman lagi soleh juga sakit.

Adapun cerita mayat jadi itu dan ini, kebanyakannya andaian atau tokok tambah. Apa yang membimbangkan, ada media massa yang mengambil kesempatan lalu menjadikan tajuk-tajuk sebegini sebagai penarik pembaca setiap keluarannya. Sehingga ada orang bukan muslim membaca dan berkata: “Teruknya orang Islam, mati macam-macam jadi. Kita yang awak katakan cakap kafir pun tidak jadi macam itu. Kalau macam ini takut kita hendak masuk Islam. Bahaya! Nanti tuhan selalu marah, mati pun tak boleh senang”.

Lebih dukacita lagi, sebahagian penceramah, menjadikan masjid dan surau sebagai platform mengiklankan barang-barang jualan mereka. Atau mengiklan produk-produk mereka yang disokong oleh dalil-dalil yang kebanyakannya tidak benar. Namun masyarakat umum yang telah memberi kepercayaan, ramai yang termakan. Akhirnya masjid menjadi pusat iklan barangan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sedangkan peniaga-peniaga lain tidak ada peluang. Kalau satu syarikat diizinkan, mengapa syarikat yang lain tidak? Jika semuanya diizinkan, jadilah masjid bagaikan ‘pasar lambak’ tempat peniaga mengiklankan barangan mereka. Barangkali inilah hikmat baginda Nabi s.a.w menyebut: “Jika kamu melihat seseorang menjual atau membeli di masjid, maka katakanlah: ALLAH tidak akan menguntungkan perniagaanmu..” (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Cuma malangnya masyarakat kita, siapa sahaja yang dinobatkan sebagai ‘ustaz’, bagi mereka tentulah tahu semua benda dalam agama. Padahal, Islam begitu luas lagi ilmiah. Mana mungkin hanya dengan bergelar ustaz dia menguasai disiplin-disiplin yang hebat itu tanpa mempunyai kajian dan kaedah kajian yang mantap. Adakah dianggap pengkaji Islam jika sekadar mencetuskan beberapa lawak jenaka atau beberapa petua suami-isteri?!!.

Dalam sejarah para ulama hadith sejak dahulu mengingatkan umat Islam tentang bahayanya golongan qussas dan wu’adz. Golongan ini adalah antara yang paling berperanan menyujudkan hadith palsu, atau menyebarkannya. Bahkan melalui mereka tersebarnya Israiliyyat, petua-petua khurafat dan cerita-cerita karut yang disandarkan kepada tokoh itu dan ini. Agama tercemar kerana mereka. Secara ringkas kita terjemahkan wu’adz dan qussas sebagai para penceramah agama dan tukang cerita.

Mungkin kita akan bertanya, apakah bahaya? Tidakkah mereka ini memberi nasihat di masjid dan surau kepada orang ramai. Orang ramai pula dapat mengambil manfaat daripada mereka?!.Kita katakan, bahayanya bukan kerana mereka memberikan nasihat, tapi bahayanya kerana ada isi kandungan agama yang terkandung dalam ucapan-ucapan mereka banyak yang tidak benar. Orang ramai terseleweng kerana mereka. Walaupun kita sedar bukan semua penceramah begitu. Ramai juga penceramah yang berhati-hati dalam penyampaian maklumat dan hadith-hadith yang dibaca. Namun lebih ramai penceramah yang hanya memikirkan apa yang disukai oleh pendengar semata. Kata Dr. Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql: “Qussas mereka itu adalah wu’`azd yang mengadakan majlis-majlis untuk memberi nasihat, yang mana ianya menyanggahi majlis ilmu. Mereka memberi nasihat kepada orang ramai dengan berbagai hikayat, israiliyyat dan seumpamanya yang tidak ada asal usulnya, atau palsu, atau apa yang akal orang awam tidak dapat memikirkannya” (Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql, Al-Ahwa` wa al-Firaq wa al-Bida’ `ibr Tarikh al-Islam, m.s. 44, Riyadh: Dar al-Watan).

Sepatutnya majlis-majlis nasihat mestilah berteraskan ilmu yang tulen. Ayat-ayat al-Quran dan hadis yang dihuraikan mestilah memenuhi disiplin keilmuan yang telah digariskan oleh para sarjana Islam. Kata al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ketika mengulas mengenai tipu daya iblis terhadap wu’adz dan qussas ini: “…maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bid`ah dalam bidang ini… di kalangan mereka ada yang memalsu hadith-hadith dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: “tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan. Mereka lupa sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 , Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Adalah menyedihkan jika ada pihak yang menganggap, ceramah agama sebagai sumber mengumpul kekayaan. Tujuan ceramah ialah duit. Maka dia mencetuskan apa yang dirasakan boleh menghasilkan duit. Lalu dia rela mengorbankan ilmu dan fakta hanya kerana harta. Kata al-Syeikh Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib: “Kebanyakan qussas (tukang cerita) mereka hanya pentingkan orang ramai berkumpul kepada mereka. Maka mereka pun mencipta hadith apa yang boleh disukai dan membangkitkan jiwa orang ramai, menggerakkan perasaan dan memberikan harapan. Di kalangan para qussas ada yang melakukan itu semua demi untuk memperolehi habuan dan faedah dari pendengar. Kebanyakan bala datang daripada mereka. Mereka berdusta kepada Nabi s.a.w.dan tidak pula menganggap itu sebagai dosa dan pembohongan. Peliknya, -mendukacitakan- mereka memperolehi pula telinga-telinga yang sudi mendengar, membenarkan dan membela mereka. Ini disebabkan kejahilan orang awam yang tidak mementingkan kajian dan penelitian”.( Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib, Usul al-Hadith, m.s. 424, Beirut: Dar al-Fikr)

Inilah hakikat yang berlaku sehingga ke hari ini. Entah berapa ramai penceramah tidak meneliti kedudukan fakta-fakta yang dikemukakan. Apa yang mereka pentingkan ialah jempuan orang ramai dan kesudian mereka untuk mendengar. Sebab itulah pada zaman dahulu Ibn `Umar beliau mengarahkan agar pihak berkuasa mengeluarkan mereka dari masjid dan `Umar bin `Abd al-`Aziz pula memenjarakan mereka dan sesiapa yang duduk dalam majlis mereka.( Lihat: Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql, Al-Ahwa` wa al-Firaq wa al-Bida’ `ibr Tarikh al-Islam, m.s. 44.). Kesalahan mereka bukan kerana mereka memberi nasihat kepada orang ramai. Rasulullah S.A.W. dan para ulama salaf juga memberi ceramah dan nasihat kepada orang ramai. Namun yang salah ialah mereka menyebarkan perkara-perkara palsu.

Menyandarkan maklumat palsu kepada Islam adalah sesuatu yang amat haram. Malangnya perkara yang amat diharamkan syarak ini berlaku di masjid-masjid. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadith al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadith, samada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadith). Mereka hanya membaca hadith apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadith tersebut. Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya. Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah (Abu Syahbah, al-Wasit fi `Ulum wa al-Mustalah al-Hadith, m.s. 322, Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi).

Feb 8, 2012

Pesanan buat aktivits dakwah

Pesanan Buat Aktivis Dakwah: Almarhum Ustaz NurHuda Trisula (PKS)

Nasihat Pertama: Itsar

“akhi, jika ada dua orang saudara yang bertengkar, maka hanya ada dua kemungkinan; hati salah satunya bermasalah, atau hati keduanya bermasalah”

“akhi, saudara yang lurus memandang pada saudaranya lebih utama dari pada dirinya sendiri”

“akhi, ukhuwah itu saudara seiring keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembar kekufuran. Kekuatan ukhuwah adalah kekuatan persatuan; tidak ada persatuan tanpa cinta kasih; minimum cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimumnya adalah itsar. Itsar itu mementingkan orang lain dari diri sendiri”.

Nasihat Kedua: Mengukur Kejujuran

“Akhi, jika engkau ingin mengetahui kebenaran dan ketulusan seseorang dalam sebuah masalah, terutama tentang agama-nya, maka lihatlah subuhnya. Jika ia merutinkan diri berjama’aah di subuh hari di masjid jami’, maka ia orang yang terang sanubari-nya. Kerana jama’ah di subuh hari bagi Nabi, para sahabat dan ulama adalah tolok ukur kejujuran atau kemunafikan.

Nasihat Ketiga: Cara Berfikir Atas Sesuatu Masalah

“Akhi, seorang da’i itu harus luas wawasannya, terang fikirannya dan mengangkasa visi dan citanya. Bacalah banyak buku. Dari berbagai disiplin ilmu. Hingga setidaknya antum menguasai apa yang menjadi topik dan pembicaraan intelektual, aktivis dan masyarakat. Banyaklah berbincang dan pimpinlah pandangan. Islam akan menang kerana gagasan dan ceritanya merajai kepala dan hati manusia. Tapi satu yang perlu diingat. Asah keahlian (kemampuan) terbaikmu. Ikhwah juga jangan sampai hanya menjadi jack of all trades, but master of none. Hanya banyak tahu tapi tidak ahli apapun”.

“Dulu, Ustadz Anis Matta (Setiausaha Agung PKS) sentiasa merutinkan diri untuk membaca buku minimum tiga buku dalam sehari. Saat beliau ingin mendalami tentang sesuatu, beliau senantiasa mendisiplinkan diri untuk membaca buku-buku yang berisi bidang dan pengetahuan yang ingin beliau pelajari. Pernah, beliau membaca sastera berbahasa arab selama dua tahun, dan menghindari bahasa lain, karena ingin sempurna penguasaannya tentang bahasa arab. Begitu juga ilmu-ilmu lain. Hasilnya sekarang terlihat jelas. Beliau menjadi tokoh yang secara keilmuan, di atas rata-rata ikhwah kebanyakan”.

Nasihat Keempat: Keberanian dan Obesi (Obsession) Dakwah

“Akhi, waktu SD (Sekolah Menengah) dulu, saya akui saya teramat sangat nakal. Terhitung setiap hari pasti berkelahi. Almarhum ayah saya selalu menanyakan jika saya menangis dan pulang ke rumah? Kenapa, tanya ayah saya. Kalau saya bilang dipukul teman, ayah saya pasti akan menyahut; balas dong. Jadi orang harus berani. Begitulah ayah saya akh, selalu mengajarkan tentang keberanian menghadapi siapapun. Karena itu pula, saya kemudian mempelajari Karate hingga ban hitam. Kelak, mental berani itu sangat saya rasakan pentingnya untuk membela da’wah. Saya pernah membentak seorang Jenderal pada saat Pilgub 2003, karena cara berpikirnya yang salah dalam strategi pemenangan dan berpotensi membuat kalah calon yang diusung jama’ah. Saya tidak takut akh. Karena kita berjuang di barisan kebenaran. Seorang mujahid harus berani dan pantang menyerah”.

“Obsesi-obsesi itu tetap saya pelihara hingga lulus kuliah. Saat pertama kali menginjakkan kaki di Kalimantan Timur, saya melapor ke murobbi saya almarhum Rahmat Abdullah. Beliau bertanya kepada saya tentang apa obsesi yang akan saya kerjakan di ladang da’wah baru di Kaltim. Dan saya menjawab tegas. Beri saya waktu setahun dan saya akan berikan dua puluh lima kader da’wah, begitu janji saya. Dan saat waktu yang dijanjikan tiba, saya telah persembahkan enampuluh kader dari Kaltim (Kalimantan Timur), Kalsel (Kalimantan Selatan) dan Kalteng (Kalimantan Tenggera)”.

Feb 1, 2012

Why Muslim fathers have to man up

There is an old saying that goes “it takes a village to raise a child”. To me, that statement emphasizes the tremendous impact that a child’s environment and peers has on his or her development. In a hadith narrated by Imam Muslim, the Prophet (alayhis-salaam) mentioned that sheep shepherds are meek and humble, whereas the caretakers of camels are proud and arrogant, indicating that these human beings are influenced by the innate character of the animals that they take care of. In commenting on this hadeeth, the Ulama have long mentioned that if people are susceptible to being influenced by the character of animals, then how much more susceptible must they be to being influenced by other people and cultures? Now, please take time to think about this in relation to the situation with Muslim families today. Take a quick scan of mainstream culture; check out what is playing on TV or in the cinema, what are the popular stories on the internet, see what your average co-worker or potential classmate for your child is talking about. While there are positive nuggets to be found, the overwhelming majority of what is buzzing and rumbling in the cloud of mainstream culture is petty, selfish, and indulgent, and “Muslim” cultures are not exempt from this. This is our new, global village. Our children deserve better. And the only person that can provide them what they deserve is you, Allah willing.

“Each of you is a shepherd and each of you shall be asked about his flock”(Bukhari and Muslim) is what the Prophet (alayhis-salam) told us. Was there ever a time in history where this hadeeth has been more pertinent to a Muslim parent? Has there ever been a time where adultery, disrespect for parents, heedlessness of the Creator, rudeness, and intoxication, which are sins condemned by all the world’s major faiths, are not just accepted, but actually advertised to children? I dearly wish that I was exaggerating, that I was some turbaned version of Glenn Beck, but take one long, eye-searing look at the popular media that is targeted to youth, such as MTV and hip-hop, and you might get upset with me for understating the problem. And as I often have to point out, the Muslim community is not mystically protected. Just because our children are named Aisha and Muhammad, or because someone’s great grandfather was a hafiz of the Quran, does not bestow a quasi-magical barrier of protection from society’s ills. Through research and personal accounts, I can guarantee you that our children fall prey to the same immorality that the children of all other communities suffer from. Permit me to lift the veil for just one moment: amongst Muslim youth, I know stories of zina, alcohol and drug use (including kids in Hifz school), apostasy, and even incest. We are not immune! These children needed a protector. They needed a true Muslim Father.

Let me address the inevitable question: Why am I talking about Muslim Fathers and not Muslim Mothers? The simple answer is that the level of involvement of Muslim Mothers in the upbringing of our Ummah’s children is relatively high; look at Muslim parenting websites, masjid activities geared towards children, etc. and you will find that the majority of participants are mothers. Or even better, speak with the youth of your local community and ask them about their relationship with their parents. When it comes to their mothers, many may even complain that their mothers are too involved, “nosy”, or “smothering”. Ask them about their fathers and you will often get blank expressions, and vague, shy answers that they don’t spend much time together.

Our sisters were not meant to bear this tremendous responsibility alone. Children need the unique dynamics that a father and a mother bring to a family. Allah has created everything with an inherent nature and purpose, as indicated by the Prophet’s statement (alayhis-salam), “People are minerals like the minerals of gold and silver, the best of them before Islam are the best of them in Islam when they obtain knowledge and understanding.” (Bukhari and Muslim). There is a specific role that men are supposed to play in the family, modern gender politics be damned. Failing to live up to that role is failure to be a man. Our Creator said, “men are the caretakers (Qawwamoon) of women” (An-Nisaa’, 34). I understand that this verse has often been used as a bludgeon to enforce female subservience to their husbands, but that is the result of a backwards and impotent culture, and has nothing to do with our Creator’s intent in revealing this verse. As always, our salvation comes from the Sunnah of the Messenger (alayhis-salam). In dealing with his wives and children, the Prophet (alayhis-salam) demonstrated kindness, consideration, compassion, and patience that would put any modern relationship guru to shame. And he sealed the issue by saying, “The best of you is the one who is best to his family, and I am the best amongst you to my family” (At-Tirmidhi, declared Saheeh by Al-Albaani) emphasizing that his implementation of Qawwamah is the only authentic one, and it is not open to a new American, Arab, Pakistani, or other interpretation. To reiterate: failure to be strong, kind, and caring to your family is failure to be a true man and Believer.

There has never been a time when families have been more in need of this strong, caring figure. We live in an age where we can take nothing for granted. Can you wholly entrust your child’s education to the public school system, especially in such an evolving and dynamic world? Thousands of educators and experts have written about the inherent flaws of our school system and those flaws are present in any school that models itself after that system (i.e. Islamic schools). Is the food in our supermarkets safe? Again, the testimony of countless experts highlights significant dangers in the way our food is produced. What about your child’s physical development? Hours and hours of play every day were once typical for a child, but current cultural trends are more likely to steer your child towards hours in front of the TV or computer. And what about their spiritual life? Is it enough to send them to Quran class on Saturday and Sunday? Would memorizing and reciting lines from Grey’s Anatomy be enough to make them competent physicians? What about the immorality promoted by modern media channels that I discussed earlier? The list goes on and on, the challenges are relentless, and Muslim families will be overwhelmed, unless they can come together, cooperate, and help each other in the path to their Creator. This endeavor, like all great endeavors, needs a leader. That leader is supposed to be the Muslim Father. And Allah knows best.

---------------------------
Source: muslimdads.blogspot.com

Oct 30, 2011

Zulhijjah dan Idul Adha, Beberapa Isu dan Hukum

Zulhijjah & IdilAdha :

Beberapa Isu & Hukum

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

hajmecca.jpg


KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).


AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-

من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي

Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.

TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.

Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. [2]

Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.

Firman Allah :

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)

KONGSI LEMBU

Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3]

Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.

Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban :

احضري أضحيتك، يغفر لك بأول قطر من دمها

Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama"

BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN

Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.

Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.

PEMBAHAGIAN DAGING

Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :

1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,

1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan

1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Ia berdasarkan firman Allah SWT :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ

Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)

Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA. [4]

Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.

Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. [5]

DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.

MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. [6]

Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.

BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG

Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.

Saya telah banyak mengulas berkenaan hutang dan pendirian Islam berkenaannya. Sila rujuk di sini. Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.

Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.

Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘TERKORBAN', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.

KORBAN OLEH ORGANISASI & SYARIKAT?

Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan budjet tertentu untuk membeli dua puluh ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?

Jawab ringkas saya:

"tidak boleh !"

Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.

Ketika itu korban barulah sah dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban, pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan' lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.

Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu.

APAKAH HAJI AKBAR ?

Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim dan Albani).

Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab:

"Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi)

Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di dalam ayat surat At-Taubah.

Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah [7]. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak hadith itu dengan katanya "tiada asalnya".

Kesimpulannya : Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq).

Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya ‘Idil adha ini menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia ( kecuali jika benar-benar sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa rukyah maka kiraan yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu, kekeliruan yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan hariraya idilfitri akan berterusan. wallahu 'alam

Sekian

Doha, Qatar

27 Dis 2006 ( 7 Zulhijjah 1427 H)

Kemaskini : 16 Disember 2007 ( 6 Zulhijjah 1428 H - Malaysia ; 7 Zulhijjah 1428 H - Saudi)

KEMAS KINI : 29 Nov 2008 ( 1 Zulhijjah 1429 H )



[1] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/ 197

[2] Al-Majmu, 8/425 ; Al-Mughni, 9/436

[3] Al-Majmu, An-Nawawi, 8/313

[4] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/200

[5] Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusd Al-Hafid, 1/321 ( cet Maktabah al-Riyadh al-Hadithiyah) ; Rawdah At-Tolibin, An-Nawawi, 3/225

[6] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/201

[7] Ahkam al-Quran, Al-Jassas


10822

Aug 1, 2011

Keutamaan Ramadhan


Oleh Saudara Mohd Hamdan Haji Mohd Ibrahim



KEUTAMAAN RAMADHAN...


1. BULAN DITURUNKAN AL-QUR’AN

”Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur`an” [QS Al-Baqarah : 185].

2. LAILATUL QADAR

”Sesungguhnya kami menurunkannya di malam lailatul qodar.” [QS Al-Qadar : 1].

3. PINTU SYURGA DIBUKA, PINTU NERAKA DITUTUP

Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam
bersabda : ”Apabila Ramadhan telah masuk, pintu-pintu langit dibuka dan pintu pintu jahannam ditutup serta syaithan-syaithan dibelenggu.”

Di dalam riwayat lain : ”Apabila Ramadhan telah datang, pintu-pintu syurga dibuka”.

Di dalam riwayat lain : ”Pintu-pintu rahmat dibuka”. [Muttafaq ’alaihi]

4. PELEPASAN DARI API NERAKA

Di dalam hadits riwayat Turmudzi : ”Berseru seorang penyeru, wahai orang yang
menghendaki kebaikan lakukan dan laksanakanlah, wahai orang yang menghendaki keburukan kurangilah. Dan Allah memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka dan hal ini terjadi setiap malam sampai berakhirnya Ramadhan.” [dihasankan oleh al-Albani].

5. DILIPATGANDAKAN GANJARAN

Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda : ”Setiap amal bani Adam dilipatgandakan, kebaikan diganjar sepuluh kali lipat yang sepadan dengannya hingga sampai seratus kali lipat, bahkan hingga sampai kepada apa yang Alloh kehendaki. Alloh Azza wa Jalla berfirman : kecuali puasa, karena sesungguhnya
puasa itu untukku dan Aku sendirilah yang akan membalasnya. Ia meninggalkan syahwat dan makannya hanya karena Aku. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, yaitu kegembiraan tatkala ia berbuka dan kegembiraan tatkala ia
bertemu dengan Rabb-nya. Sungguh bau mulut seorang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Alloh dibandingkan harumnya kesturi.” [muttafaq ’alaihi].

6. GANJARAN SYURGA AR-RAYYAN

Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam
bersabda : ”Sesungguhnya di dalam surga ada sebuah pintu yang disebut dengan ar-Royyan. Orang-orang yang berpuasa masuk darinya pada hari kiamat, dan tidak ada seorangpun selain mereka yang dapat memasukinya. Apabila mereka (orang-orang yang berpuasa) telah memasukinya pintu tersebut ditutup, dan tidak ada lagi seorangpun yang dapat memasukinya.” [Muttafaq ’alaihi].

7. DIAMPUNKAN DOSA TERDAHULU

Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda : ”Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan ihtisab (mengharap balasan dari Alloh) maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” [Muttafaq ’alaihi].

8. PENGHAPUS DOSA

Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda : ”...antara sholat lima waktu, antara Jum’at yang satu ke Jum’at yang lain dan antara Ramadhan yang satu ke Ramadhan yang lain, terdapat kafarat (penghapus dosa) diantaranya, selama dosa-dosa besar dijauhi.” [HR Muslim].

9. AMALAN KE SYURGA

Dari Abi Umamah beliau berkata : Aku mendatangi Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam dan aku berkata :”Tunjukkan padaku amalan yang dapat memasukkanku ke surga.”
Beliau menjawab : ”berpuasalah karena tidak ada yang sepadan dengannya.”
Kemudian aku mendatangi beliau kedua kalinya, beliau tetap berkata : ”Berpuasalah”. [Shahih, HR Ahmad].

10.DIJAUHKAN DARI NERAKA

Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda : ”Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Alloh, melainkan Alloh jauhkan pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh tujuh puluh kharif (jarak perjalanan).” [HR Muslim].

11.SYAFAAT DI AKHIRAT

Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda : ”Puasa dan Al-Qur`an memberikan syafa’at bagi seorang hamba pada hari kiamat. Puasa berkata : Wahai Rabb, sesungguhnya aku telah menahannya dari makan dan syahwat di
siang hari, maka berilah dia syafa’at karenaku.” [Shahih, HR Ahmad dan selainnya].

Dipetik dari kitab Bekal-Bekal Ramadhan – Syaikh Muhammad Jamil Zainu.


*Jadilah kita hamba Allah, bukan hamba Ramadhan semata-mata.

*Keep Istiqomah.

*Hargai dan sambutlah Ramadhan seperti menyambut kedatangan orang yang sangat kita cintai.


Wassalam wbt..


Mohd Hamdan Haji Mohd Ibrahim
-Usah biarkan hati yang besar dikecilkan oleh pemikiran yang sempit-

Jun 20, 2011

Tawakal

Pernahkah kita dalam mencapai suatu perkara, setelah kita berpenat lelah dan seratus peratus meletakkan tenaga dan keupayaan kita dan setelah kita yakin kita telah memberikan seluruh sumber yang ada namun hati kita masih resah seolah dunia masih tidak mengiktiraf usaha kita? Mungkin kerana kealpaan kita, kita terlupa yang Dia lah penentu segalanya. Dialah yang menentukan nilai rezeki dan setiap sesuatu untuk setiap daripada kita.

Firman Nya :
“Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah menentukan bagi setiap sesuatu” QS 65:3.

Tawakal daripada suku kata perkataan arabnya bermaksud mewakilkan urusan kepada pihak yang lain. Dan maksud ini dapat kita perluaskan lagi sebagai kepercayaan hati kepada wakil satu-satunya.

Dalam kita meletakkan perwakilan bagi suatu urusan kita, pastinya wakil kita itu diyakini kebenarannya (muntahal-hidayah), diyakini yang paling kuat (muntahal-quwwah), diyakini paling lancar (muntahal-fashahah) dan juga diyakini paling perhatian dan kasih sayang (muntahas-syafaqah). Bukankah semua sifat ini hanyalah milik Dia? Adakah makhluk yang diciptakanNya mempunyai semua sifat dia atas untuk kita sandarkan kepercayaan kita? Mana mungkin kerana hanya dari Dialah segalanya datang, dan kepadaNya segalanya kembali.

Di dalam kita menghadapi cabaran, Allah telah menyuruh kita untuk berserah kepadaNya. Namun ini bukanlah bermakna kita tidak perlu melakukan apa-apa dalam kita mencapai sesuatu itu. Firmannya lagi:

“ketika dua golongan dari pihak kamu ingin mundur kerana takut, padahal Allah adalah Penolong mereka. Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal” QS 3;122

Bila kita hendak capai sesuatu, keinginan dan cita-cita tu hanya akan jadi mimpi dan angan-angan kosong yang tidak bernilai kalau kita tidak sertakan sekali dengan usaha. Rezeki tidak datang bergolek kalau kita tidak ikhtiar untuk cari. Dan pada usaha itulah hasil kita akan terjadi.

Tetapi usaha semata tidak bernilai di sisi Allah jika kita hanya mengharapkan usaha kita sedangkan kita lupa untuk meletakkan Allah sebagai yang Menentu. Jangan sekali kita meletakkan usaha kita menjadi neraca hasil kerana bukankah itu seolah kita mengiktiraf diri kita bagaikan berkuasa dan tidak perlu mengharap pada Ilahi?.Andai inilah yang kita lakukan, secara sendirinya kita menghitamkan hati kita dengan riya’ dan takabbur. Sedangkan hasil suatu itu adalah ketentuanNya, nikmatnya untuk memberikan menurut pertimbanganNya. Mungkin terjadi, mungkin tidak.

Namun Allah menjanjikan nikmat yang tidak disangka-sangka bagi mereka yang bertawakkal. Rasulullah bersabda :

“Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petangnya pulang ke sarang dalam keadaan kenyang.” HR At Tirmidziy.

Dalam bertawakal ada peringkat-peringkat yang boleh dijadikan kayu ukur kebergantungan kita;

a. Ketergantungan seseorang kepada Allah atas perlindungan dan pemenuhan keinginannya, sebagaimana keterikatan seorang pelanggan kepada pengacaranya. Ia menyerahkan sesuatu namun tiba suatu saat ia dapat mengambil kembali perjanjian, dan menyerahkannya kepada pihak lain, yang lebih dipercayai.

b. Kebergantungan seseorang kepada Allah bagaikan kebergantungan seoran bayi terhadap ibunya. Ia tidak mengenal orang lain selain ibunya, tidak merengek dan meminta susu kecuali kepada ibunya, ia tidak berserah diri kecuali kepada ibunya. Namun bayi itu dapat juga berbuat sesuatu yang diinginkannya di luar pengetahuan orang tuanya. Kebergantungannya kepada orang tau karena ketergantungan adanya keinginan yang tiada pada orang lain, selain ibunya.

c. Kebergantungan seseorang kepada Allah bagaikan kebergantungan seorang jenazah terhadap orang yang memandikannya. Si arwah tidak tahu lagi apa pun yang diperbuat oleh orang yang memandikannya. Ia menyerah terhadap perlakuan apapun yang diberikan kepadanya.
Maka kita jejaki kembali tawakkal kita, adakah sudah kita benar-benar mengharapkan dari Ilahi yang sepenuh-penuh takwa seperti yang dituntut ke atas kita.

Bila kita melakukan tawakkal, bukankah itu lebih tenang di hati kerana kita yakin Allah telah menentukan rezeki untuk setiap kita yang masing-masing ada bahagian sendiri. Bila kita yakin suatu rezeki itu ditentukan untuk kita, maka tidak perlu kita takut untuk orang lain mendapatnya pula.

Namun kita tidak akan tahu apa rezeki yang akan diberikan kepada kita kerana suatu usaha itu mungkin tidak mendatangkan hasil seperti yang kita harapkan. Mungkin lebih dari kita harapkan atau mungkin lebih teruk daripada jangkaan kita. Tapi bagi seorang yang hidupnya penuh dengan tawakkal kepada Allah tahu dan yakin bahawa itulah rezeki yang ditetapkan untuknya yang datang bukan sebagai ganjaran atau balasan kepada dia, namun sekadar ujian untuk menguji secebis iman di dada. Ini kerana dia yakin, segala apa yang dilakukan di dunia adalah kerana untuk memetik ganjarannya di syurga sana. Kita hanyalah penyemai benih keimanan dan diindahkan dengan tawakkal kerana tawakkal itu satu daripada pembuktian iman, yang meyakini Dialah segalanya, yang dinantikan bukan hasil dan ganjaran di muka bumi, tetapi adalah ganjaran abadi syurga firdausi. Dan kerana itulah orang yang benar bertawakkal, dia tidak akan takut untuk berusaha kerana tahu rezekinya datang dengan tidak disangka-sangka, dia akan terus berusaha untuk masa depannya, terus berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapinya disamping berusaha mengelak musibah kepada dirinya kerana dia yakin, setiap usaha yang dilakukannya hanyalah wasilah yang akan membenarkan dia untuk menggapai cinta Ilahi di jannah Ilahi..

“Suatu tawakkal dan keyakinan yang kuat tanpa ikhtiar yang mengiringinya maka tidaklah sempurna, dan setinggi-tinggi ikhtiar akan sia-sia tanpa tawakkal, meyerah kepadaNya. Tawakkal yang benar adalah ikhtiar yang semaksimum mungkin disertakan keyakinan bahawa Dia lah penentu segalanya.”

Moga kita bertawakkal dengan sebenar tawakkal, diiringi dengan keikhlasan semata untukNya.
Wallahua’lam..

sumber dari dakwah.info

May 13, 2011

Aku Bukan Malaikat

Bukankah kita ini manusia biasa sahaja?

Manusia biasa.

M.a.n.u.s.i.a.

Bila dikatakan manusia, maka ia akan penuh dengan :

1) Kelemahan
2) Perasaan
3) Kealpaan.

Kerana itu ia berbeza dengan malaikat.

Malaikat tiada perasaan.

Malaikat tiada belas kasihan.
Dan malaikat itu tidak lemah.

Pernah aku terasa down apabila seorang anak usrah aku, jatuh hormat padaku hanya kerana aku suka menyanyi di rumah. Mungkin gambaran kakak naqibah pada dirinya adalah akak yang sangat ‘tsiqah’ dan penuh kenaqibahan.

Pernah juga kebanyakan dari akhawat geram, mengapa ikhwah selalu memilih akhawat yang comel-comel dan cantik-cantik sebagai calon isterinya.

Pernah juga kita sendiri jatuh perasaan hormat kita pada seorang murabbi ataupun ustaz, hanya satu atau dua kesalahan kecilnya pada kita.

Atau kita menghukum manusia-manusia yang tidak sebulu dengan kita dikalangan ikhwah akhawat.

Bila kita lihat seorang itu syadid, kita mengatakan itu dan ini. Bila melihat ikhwah akhwat kita terlalu bermudah-mudahan, kita kata itu dan ini. ( seolah-olahnya kita selalu sahaja yang sempurna!)

Ataupun kita langsung tak respect pada ikwah akhawat kita yang tak membawa usrah. Ataupun tidak aktif di medan lapangan dakwah. malah kita selalu mengungkit-ngungkit kisah silam:

‘dahulu, punyalah aktif, sekarang senyap sahaja!’

tanpa kita meneliti masalahnya, memuhasabah dirinya dan membantunya membaiki keadaan yang ada.

Sehinggakan kita sendiri lupa, yang kita sendiri adalah manusia. Kita sendiri lupa, di saat kita sendiri berbuat kesalahan, kita menjadi down dan sangat lemah, kerana kita berbuat kesalahan yang sama, kesalahan yang pernah kita sendiri teguri satu masa dahulu.

Surah at-tahrim, menunjukkan betapa manusianya seorang rasul bernama Muhammad. Menunjukkan baginda sendiri terpegun dengan kecantikan Zainab. Pernah dahulu saya amat jengkil melihat borang-borang ikhwah yang diberikan oleh mutarabbi saya untuk disemak mereka. Ternyata kebanyakkannya meletakkan ciri fizikal, kriteria utama dalam pemilihan.

Namun , apabila fasa telah berlalu. Pengalaman sendiri dilalui, ternyata bahawa kemanusiaan manusia itu tidak salah. Itu sebahagian dari fitrah manusia. Dan bagaimana islam tidak memenjarakan fitrah itu, tetapi memandunya menjadi manusia dan makhluk yang lebih hebat dari malaikat.

Dalam surah itu sendiri, Allah menceritakan betapa Rasulullah juga kecil hati dengan tindakan aisyah dan hafsah yang mahu ‘mengkenakan’ baginda.

Kalau kita fikirkan,

‘ helllo???? Rasulullah kot?? takkanlah nak terasa hati dan sensitif dengan isteri dia? kenalah toughkan?’

Kerana Rasulullah itu adalah manusia.

Dan kita pelik dan kaget, manusia paling dekat dengan Nabi, Aisyah dan Hafsa, periwayat hadis, sebaik-baik wanita di zaman itu, boleh ada perasaan cemburu, ada perasaan nak ‘mengenakan’ madu dia.

dan kita berfikir: ‘ hellloooo? aisyah dan hafsah kot??? takkanlah nak jeles??? tolonglah! dahlah jadi isteri rasulullah kan?Takkanlah nak kenakan madu dia sendirikan?’

tapi itulah dia manusia. Manusianya isteri rasulullah.

Sebulan peristiwa itu berlaku sebelum Allah datangkan jawapannya. Menegur Rasulullah. Menegur Aisyah dan Hafsah. Dan Allah mengampuni dosa mereka.

Mereka berdua berpakat untuk menjauhkan rasulullah dari zainab. Kerana cemburunya mereka pada zainab. Satu hari bila rasulullah pulang pada mereka, mereka kata pada rasulullah; Bau mulutmu macam maghafir (bau getah yang busuk)’ . Sedangkan ketika itu rasulullah baru sahaja makan madu di rumah zainab. Sedangkan Rasulullah sangat sukakan madu.

Di tika itu, Rasulullah terus katakan pada mereka: ‘aku haramkan madu untuk diriku!’

Sehinggalah Allah turunkan surah at-tahrim dan juga menegur Aisyah dan Hafsah. Peristiwa kegoncangan rumah tangga rasulullah ini sangat besar, sehinggakan dikatakan kepada Umar, ini adalah lebih besar dari malapetaka datanganya tentera Ghassan ke Madinah. Menunjukkan impak yang besar, akan sekecil-kecil benda yang berlaku dalam rumah tangga Rasulullah.

Kerana itu, daie ataupun mana-mana murabbi, mereka itu bukanlah malaikat.

Apabila kita menerima manusia lain sebagai manusia, manusia akan terima kita sebagai manusia juga.

Apabila kita memaafkan kekhilafan kecil murabbi atau ikhwah/akhwat kita, maka orang lain akan memaafkan kekhilafan kita.

Kekhilafan adalah untuk dibetulkan, bukan untuk dibenci dan dikutuk-kutuk dijauhi.

There is always a second chance.
Masih ada peluang untuk membaiki keadaan.
Selepas mendung, pasti adanya mentari,
Selepas hujan, pasti adanya pelangi
Selepas ujian, pastinya ada kebahagiaan.

Takkan selamanya manusia itu berada dalam kesalahan yang sama.
Begitulah juga dengan kita.

Berimbanglah dengan tajarudnya kita pada Islam, dengan insaniyahnya manusia.

Manusia ada perasaan. Manusia ada kekurangan. We can never be perfect.

Jangan takut bila ada kelemahan yang kita miliki menyebabkan orang membenci kita. kerana kita masih belajar, dan akan terus belajar. kita akan terus membaiki diri kita sendiri.

Begitu juga, apabila melihat kelemahan orang yang kita hormati, maafkanlah dia, dan baikilah keadaan dia.

Bukankah Islam itu bersifat seimbang? Tajarud tidak bemakna menolak kemanusiaan manusia.
Namun bermudah-mudahan dalam perkara-perkara kemanusian tidak patut menjadi alasan untuk kita tidak tajarud.

Berimbanglah.

‘ I tak suka bila orang ada high expectation, we can never be ourselves’ pernah aku mengadu pada mutarabbiku,za.

‘ Sebab itulah kak, kita buat kerana Allah, bukan kerana manusiakan?’

Sejak dari itu, kurang sedikit tekananku untuk menjadi diriku sendiri dihadapan mereka yang mengenali diriku.

Kerana kita buat semua perkara kerana Allah. BUKAN UNTUK MEMENUHI EXPECTATION MANUSIA.

Jadilah manusia, dan hargailah manusianya manusia itu.

Dan ternyata, kehidupan Rasulullah, contoh seorang manusia yang tajarud, merupakan cerminan terindah buat kita.

Kerana kita, selamanya takkan menjadi seperti malaikat.

Ukhtikum
aisyahz
Glasgow.

link asal, klik di sini.