alhamdulillah, saya telah selamat sampai ke India, benua turunnya Nabi Allah Adam 'alaihissalam. di sinilah bermulanya kehidupan manusia di bumi, iaitu Nabi Adam diturunkan di Sri Lanka, dan nenda kita Hawa di Jeddah. semoga kehidupan baru yang saya akan hadapi di sini akan diredhai Allah dan di bawah lindunganNya senantiasa, insya allah.
tibanya saya di Bangalore International Airport pada 11.15pm, 5 ogos 2008. kemudian mengharungi perjalanan bas yang berliku (ya, jalan di india penuh dengan lubang) selama 6 jam ke davangere. tiba di Bapuji Guest House pada jam 7.30am, keesokan harinya.
kami telah menghadapi sesi orientasi selama 2 minggu. minggu pertama lebih memfokuskan kepada mengenali kolej, dan minggu kedua pula berjalan-jalan di serata negeri Karnataka. Jog Falls, Hampi, Hospet, Belur, Halebidu, Shravanabelagola, semuanya telah dilawati. mendapat pengalaman untuk mendirikan solat pada waktu-waktu yang sukar, solat di tanah lapang, solat di padang, dan banyak lagi pengalaman yang dapat saya harungi sewaktu 3 minggu yang lalu. Alhamdulillah, ujian itu tarbiyyah dari Allah, inilah hikmah kembara.
nama kolej saya adalah JJM Medical College, Davangere. program MBBS selama 5.5 tahun, dari ogos 2008 hingga januari 2014 insya allah. doakan kejayaan saya dan rakan-rakan seperjuangan saya di sini.
maaf kerana tiada gambar dilampirkan sekali, kerana hanya internet connection melalui GPRS yang ada. connection speed is relavitely very slow compared to malaysia's streamyx. alhamdulillah, cukup untuk membaca e-mail, ber-yahoo messenger (tapi tidak boleh voice chat), membuka laman web yang menarik, dan juga menulis blog yang tidak bergambar.
pada tahun pertama, subjek Anatomy, Physiology, dan Biochemistry akan saya pelajari. kelas untuk setiap Isnin hingga Khamis, 8 pagi hingga 4.30 petang, rehat 1pm-2.30pm. untuk Jumaat dan Sabtu, hanya kelas pagi. setiap dua minggu, akan ada tutorial classes pada petang Jumaat dan Sabtu, dan sebenarnya Jumaat dan Sabtu tidak ada beza sangat dengan hari-hari lain. India hanya cuti pada hari Ahad.
nombor saya di india, +91 973 101 3725. waktu di india adalah 2 jam 30 minit lewat dari malaysia.
insya allah bila kelapangan, akan saya ceritakan kehidupan di india dengan lebih mendalam.
Ilalliqo' ma'assalamah.
jangan lupa doakan kami ya!
vocabulary of kannada language~
-namaskara = salam sejahtera
- nanne hesaru = nama saya..
- nanne uru = saya dari..
- illa = tidak
- agola = saya tak boleh
- beda = tak mahu
- hawdu = ya
- danyavadagalu = terima kasih
(banyak kata nafi, al-maklum, penjual di india suka untuk mendesak kita membeli barangan mereka, hehe)
3 comments:
imanul, wishing u all the best! update blog selalu ok :)
thanks~! insyaallah. :)
Assalamualaikum
salam singgah. selamat bermujahadah di india.
Post a Comment