dakwah = susah?
bukan susah nak berdakwah, berdakwah itu rasa susah sebab kita sendiri kata dakwah itu susah. jika hati kita benar2 nak berdakwah, secara automatik benda itu akan jadi voluntary action, bukan paksaan. macam kite punye central nervous system, kalau kita rasa tu payah, nnt otak akan translate bende tu sebagai susah.
dakwah tak susah, betul ke?
jawapannya YA! kerana senyum pun adalah berdakwah. berdakwah secara sulit, dengan menjadi contoh teladan yang baik kepada rakan2 dan juga rakan2 yang belum lagi memeluk islam, insyaallah dgn akhlak terpuji yang dijelaskan dalam ajaran islam, percayalah, lagi mudah orang tertarik dengan islam, ataupun orang yg islam yang sebelum ni tak amalkan islam sepenuhnya, tergerak hatinya utk mendekati lagi islam atas akhlak2 yang terpuji yang ditonjolkan oleh ikhwah dan akhawat di mana sahaja.
oleh yang demikian, marilah kita tunjuk akhlak islamiyyah yang baik seperti penghulu kita Rasulullah s.a.w., agar kita dapat memikat rakan2 utk mendekati ajaran islam, dan seterusnya mengamalkannya dengan sepenuhnya, insya Allah.
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.sambil tu, jangan lupa akan tanggungjawab kita utk menasihati dan menerima nasihat di kalangan rakan2. kerana dengan nasihatlah, kita akan dapat perbaiki diri kita kan? dakwah pun lebih moleklah jika kita buat secara berhikmah, kerana dakwah yang terbaik adalah dakwah yang dapat memikat hati mad'u (org yg didakwah). dgn cara itu, lagi senang ia menerimanya. janganlah kita terus memaki hamun kepada mad'u, kerana itu bukan adab utk berdakwah. dari mengharapkan mad'u nak terima kebenaran, kang tak pasal2 dia lebih terpesong pula kerana tgk sikap kita yang suka maki hamun kat dia.
(al baqarah ayat 208)
camtulah dakyah kristian menarik orang masuk kristian, melalui HATI. wahai rakan2ku, adakah kita akan mengaku tewas kepada mereka?
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.oleh yang demikian, marilah kita menangi hati rakan2 kita, agar lebih mudah utk berdakwah kpd mereka.
(ali imran 104)
JOM BERDAKWAH~! :)
1 comment:
salam alaik ya akhi,
moga sentiasa tersemat dalam minda subconscious kita, bahawa dakwah itu mudah~
bila adanya cinta, segalanya terasa mudah.
suburkan cinta pd Ilahi, insyaallah dipermudah segalanya.
ameen.
Post a Comment