Jun 30, 2008

seindah mawar berduri...



Assalamualaikum w.b.t.

okeh, kalini sy akan kembali ke versi bahasa melayu. sejak kebelakangan ini byk menghabiskan masa melayari novel2 yg dpt mentarbiyyahkan hati2 org yg beriman.

selain ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih, dan di atas sejadah cinta (sumenye karangan habiburrahman el shirazy), sy sempat menghabiskan "novel" seindah mawar berduri yg dinukilkan oleh fatimah syarha mohd nordin.

secare jujurnya, sy juga seperti insan2 remaja yg lain, punyai naluri utk berkasih dgn makhluk ciptaan Allah bernama wanita. novel seindah mawar berduri ini sgt menyentuh hati sy dan sgt sy sarankan kpd sesiapa yg mencari cinta insani.. kerana novel ini mengupas kepentingan cinta ikhlas kpd Allah swt sebelum berhajat utk bercinta dgn makhluk ciptaanNya.

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki
yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang
baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang
dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga).
an nur ayat 26


Yakin dgn janji Allah.. itulah mesej utama novel ini. so, kpd rerakan yg kempunan nak bini, meh baca novel ini dulu. Jgn terburu2 mencari psgn hidup, kerana Innallaha la yukhliful mi'ad.. -sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjinya..

utk membace novel ini dlm format pdf, sila ke link ini http://www.scribd.com/word/full/2558375?access_key=key-147sj9t9mkfwlqp8w5hh


1 comment:

hud said...

janji Allah itu pasti..
moga kita tergolong dlm org2 yg bertaqwa..