Apr 28, 2008

salam ta'aruf..

assalamualaikum wa rahmat-ullahi wa barokatuh..

salam perkenalan kepada semua pengunjung blog ana, harap antum semua sihat wal-'afiat hendaknya.

tujuan ana meng-create blog ini adalah tidak lain tidak bukan hanyalah semata-mata untuk mencari mardhatillah.. yakni keredhaan tuhan kita yg Maha Esa ALLAH subhanahu wa ta'ala.. dengan penghasilan blog ana yang tidak seberapa ini, ana akan sedaya upaya menyebarkan dakwah kepada pembaca-pembaca blog ini..

okeh, sebelum itu, kerana apa kita perlu berdakwah??

firman Allah s.w.t...

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. [Muhammad ayat 7]


dalam ayat tersebut, Allah menjamin, jika kita menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolong kita semua.. dan sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji..

so, nak tolong agama Allah? Bagaimana itu?

tahukah anda, hanya dengan senyuman yang ikhlas, kita dapat menolong agama Allah??
sebagai contoh.. kita dari tingkat 1, nak ke tingkat 20 dengan menaiki lif, sewaktu kita di dalam lif, dekat tingkat 12 lif itu berhenti sebentar, apabila pintu lif dibuka, lantas seorang insan yang bukan beragama islam masuk ke dalam lif.. kalau ikut kebiasaan, bila orang masuk lif, orang2 yang memang telah ada dalam lif tu buat muka "donno" je bila ada orang masuk.. tetapi, kalau kita melemparkan sebuah senyuman yang ikhlas kepada dia, secara spontannya dia akan senyum kembali kepada kita, lantas dia akan menganggap "bagusnya muslim ni, murah dengan senyuman".. dari detik itu, kita akan dapat menaikkan imej islam yang sekarang ini semakin diburuk2kan oleh media barat.. mana tahu hanya dengan senyuman kita yang ikhlas itu dia akan tertarik dgn islam??

tidakkah itu menolong agama Allah?

maka, rerakan yang ana kasihi, marilah kita berbuat amal soleh walaupun hanya dengan sebuah senyuman, kerana sekecil2 perkara itu dapat memberi kesan yang besar sekali insya allah..

maka, dengan senyuman sahaja, antum telah menjalankan dakwah.. bukannya susah hendak berdakwah, hanya mahu atau tidak mahu sahaja.. ayuhlah rakan2ku, marilah berdakwah~!

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya. [al Bayyinah 7 dan 8]

p/s: sesungguhnya orang2 yang beriman dan beramal soleh akan mendapat ganjaran Jannatul Adnin di akhirat kelak.. itulah motif ana menamakan blog ini dengan nama Jannatu Adnin, moga2 ana dan antum semua tergolong dalam golongan orang2 yang benar2 beriman insya allah, AMEEN!

mari berdakwah bagi mencari mardhatillah~!