Jan 9, 2011

Selesai exam. Setelah ikhtiar, tawakal.

Kemudian, apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal. [ali Imran, 3:159]


Usai peperiksaan yang panjang, semaksimum usaha telah digemblengkan. Setelah usaha, tawakal kepadaNya. Apa sahaja keputusan peperiksaan nanti adalah ketentuan Allah s.w.t., yakinlah dengan taqdirNya. Maka, tamatlah sudah fasa para-klinikal saya di India. insyaAllah pada 17/01/2011 akan saya langkah ke alam klinikal.

Sistem pembelajaran perubatan di India ini, ada 3 fasa yang besar.

1) Pra-klinikal, iaitu 1st Phase MBBS. dalam fasa ini, kami belajar asas-asas perubatan, iaitu Anatomy, Physiology, dan Biochemistry. untuk saya, itu adalah tempoh tahun pertama saya di sini, iaitu Ogos 2008 hingga Julai 2009.

2) Para-klinikal, iaitu 2nd Phase MBBS. dalam fasa ini, kami belajar tentang penyakit (subjek Pathology) dan agen-agen yang menyebabkan penyakit itu berlaku (subjek Microbiology), dan juga segala ubatan (subjek Pharmacology), malah ilmu kehakiman tentang perubatan juga kami belajar (subjek Forensic Medicine). Fasa ini juga mendedahkan kami cara mengambil sejarah pesakit dan teknik-teknik asas dalam klinikal. itulah sebabnya dipanggil 'para-klinikal'. Fasa ini selama 1.5 tahun, iaitu bagi saya dari September 2009 sehingga Januari 2011. Alhamdulillah, baru sahaja selesai.

3) Klinikal, iaitu 3rd Phase MBBS. dalam Fasa ini, ada 2 peringkat, part 1 dan part 2. part 1 kami akan belajar secara intensif tentang mata, telinga, hidung, tekak, dan juga kawalan perubatan dalam sesebuah komuniti. 3 subjek, iaitu Otorhinolaryngology (atau lebih dikenali sebagai ENT), Ophthalmology (mata), dan Community Medicine. insyaAllah 17 januari ini akan saya jejak langkah ke fasa ini. tamat pada Januari 2012. fasa kedua pula tentang perubatan umum, bedah, kanak-kanak, dan bersalin. mula pada Januari 2012, tamat pada Januari 2013 insyaAllah.

dan saya akan bergelar doktor jika lulus semua, ameen!

dan akan saya lalui fasa pasca-pembelajaran, iaitu Internship di India selama 1 tahun penuh. kemudian akan saya berkhidmat di tanah air selagi nyawa dikandung badan insyaAllah. doakan ya!

perjalanan masih jauh, teruskan bermujahadah. semoga kita semua berjaya dalam apa saja bidang yang kita ceburi.

coretan ini hanya untuk mengisi masa lapang di Bangalore, menunggu pulang ke Malaysia petang ini insyaAllah. mari renungkan kembali ayat Allah di atas;

Kemudian, apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal. [ali Imran, 3:159]


semoga berjaya semua :)