Jan 15, 2009

damai yang hilang


Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikah maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

[Damai Yang Hilang - Nowseeheart]


For you, my brothers and sisters in Gaza. Forgive me for not being there beside you..

Jan 11, 2009

pulang!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

alhamdulillah, telah selamatnya saya pulang ke tanah air malaysia, bersyukur dapat lihat jalan yang rata, udara yang tidak berhabuk, persekitaran yang bersih, orang yang lebih berakhlak, udara yang kurang sejuk, dan nikmat berjumpa dengan sanak saudara yang 5 bulan tidak jumpa hehe.

kepada rakan-rakan yang mahu menghubungi saya, ini number sementara +60176095263. looking forward to meet you all. maaf la kalau tidak dapat cenderahati, bagasi tidak mampu untuk menampung barang yang banyak, huhu.

ketemu di lain waktu, insyaallah.

Wassalam.