Kembali kita bersua sekali lagi di laman ini. Alhamdulillah, hari ini 'phalanges' saya agak rajin untuk menari di keyboard. bukan apa, agak gembira baru sahaja tamatkan posting surgery department selama 2 bulan ini pagi tadi. diakhiri dengan end-posting.
apakah itu end-posting?
end-posting adalah satu peperiksaan yang dikendalikan setiap kali habis sesuatu posting.
posting itu apa pula?
posting itu adalah apabila seorang pelajar perubatan perlu ke hospital untuk menimba pengalaman selama 3 jam setiap hari. di samping itu, perlu ambil satu kes pesakit, dan bentangkan depan professor, termasuklah 'diagnosis'nya. setiap jabatan paling kurang mesti sekali kita kena posting dengan jabatan tersebut. ada banyak jabatan dekat dalam sesuatu hospital, antaranya surgery, medicine, OBG, ophthalmology, paediatrics, dan lain-lain. setiap posting jangka masa dia adalah lebih kurang 2 bulan.
saya baru sahaja habis posting surgery pagi tadi. mula posting 1 september yang lalu. hari ini genap 2 bulan. alhamdulillah, dapat kes 'varicose vein', agak mudah bagi saya berbanding kes-kes lain. minggu depan pula, saya akan posting di medicine department, 2 bulan lagi jangka masanya.
jangan pelik, kalau belajar medic di india, 2nd year dah mula posting. kebiasaannya 3rd year baru mula posting (tak tahu pula negara mana tapi rasanya malaysia 3rd year kut :p)
ok, itu sedikit sebanyak tentang saya dan posting.
setiap perbuatan dimulakan dengan niat, sabda rasulullah s.a.w. mafhumnya;
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
maka, niat saya pada kali ini adalah mahu mempromosi satu program anjuran Islamic Youth Association (IYA) Bangalore, pada 7 November ini. di bawah ini posternya;
kepada sesiapa yang internetnya agak lembap (macam saya punya internet) dan poster di atas tak nampak-nampak, ini isi pentingnya;
Medicine Coffee Shop, 'a medical talk show'
7 November 2009, 8pm-10pm.
Shri Ram Sadhana Club House, Yeshwanthpur, Bangalore.
Penceramah jemputan : Dr Zainurrashid, Dr Nazihah.
7 November 2009, 8pm-10pm.
Shri Ram Sadhana Club House, Yeshwanthpur, Bangalore.
Penceramah jemputan : Dr Zainurrashid, Dr Nazihah.
mari ke program ini beramai-ramai~!! semua dijemput hadir, terutamanya warga negara malaysia yang belajar di india. sesiapa rakyat malaysia yang ada di malaysia, atau di indonesia, atau UK, atau Ireland, atau Mesir, atau mana-mana sahaja, dijemput juga datang. tiket kapal terbang RM1300 ulang alik dari KLIA ke Bangalore. :)
semoga bermanfaat.
wassalam~
p/s : 'phalanges' adalah terma perubatan yang bermaksud 'jari-jari'.
pp/s : 'diagnosis' adalah rumusan penyakit yang kita anggap seseorang pesakit menghidap penyakit itu. sebagai contoh, kalau kita menghidap hidung berair, maka diagnosisnya adalah 'selesema'.
ppp/s : 'varicose vein' adalah keadaan di mana vein (pembuluh darah) kita membesar dan bengkang-bengkok seperti ular kena palu. ia disebabkan oleh banyak sebab, kebanyakannya adalah kerana injap vein rosak. vein paling selalu menghidap penyakit ini adalah vein di kaki.
pppp/s : jumpa di bangalore nanti, insyaAllah =)