Nov 28, 2010

Cita kami hidup mulia, atau syahid mendapat syurga!

kan melangkah kaki dengan pasti
menerobos segala onak duri
generasi baru yang telah dinanti
tak takut dicaci tak gentar mati

bagai gelombang terus menerjang
tuk tumbangkan segala kezaliman
dengan tulus ikhlas untuk keadilan
hingga pertiwi gapai sejahtera

takkan surut walau selangkah
takkan henti walau sejenak
cita kami kami hidup mulia
atau syahid mendapat syurga

takkan surut walau selangkah
takkan henti walau sejenak
cita kami kami hidup mulia
atau syahid mendapat syurga


kan melangkah kaki dengan pasti
menerobos segala onak duri
generasi baru yang telah dinanti
tak takut dicaci tak gentar mati

takkan surut walau selangkah
takkan henti walau sejenak
cita kami kami hidup mulia
atau syahid mendapat syurga


takkan surut walau selangkah
takkan henti walau sejenak
cita kami kami hidup mulia
atau syahid mendapat syurga

kan melangkah kaki dengan pasti
menerobos segala onak duri
generasi baru yang telah dinanti
tak takut dicaci tak gentar mati

bagai gelombang terus menerjang
tuk tumbangkan segala kezaliman
dengan tulus ikhlas untuk keadilan
hingga pertiwi gapai sejahtera
hingga pertiwi gapai sejahtera
hingga pertiwi gapai sejahtera

[Shoutul Harokah, Gelombang Keadilan]



video sambutan aidil adha 1431 hijrah, 17/11/2010, Davangere.

Nov 2, 2010

Madu


Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia". Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. [an Nahl, 16:68-69]


Lebah merupakan antara ciptaan Allah Yang Maha Agung. Istimewa lebah ini, sehinggakan an-Nahl (bermaksud 'Lebah') merupakan salah satu antara 114 nama surah di dalam kitab teragung di muka bumi, al Qur'an al Karim. Walaupun saya pernah disengat lebah sebanyak 12 sengatan ketika sedang beriadah di Taman Tasik Titiwangsa 14 tahun lalu, tetapi makhluk Allah yang unik ini mempunyai satu kelebihan yang tidak dapat pada serangga lain, iaitu menghasilkan madu.

Seperti potongan ayat Allah di atas, Allah telah mengarahkan lebah membuat sarang di seluruh penjuru dunia, agar lebah dapat mengeluarkan madu dari perutnya, dan dapat dikumpulkan dalam sarang-sarang lebah tersebut.
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. [an Nahl, 16:69]


itulah pesanan Pencipta manusia, Penyembuh penyakit, Allah azza wa jalla. berimankah kita dengan ayatNya?

jika ya, marilah kita beriltizam untuk menjadikan madu antara wasilah penyembuhan penyakit kita. ingat, yang menyembuhkan adalah Allah, madu hanya sebagai ikhtiar dalam mencari sembuhan tersebut.

walaupun dengan adanya ayat Allah di atas dan juga pelbagai hadis yang shahih dari imam kita, Nabi Muhammad s.a.w, namun saya sendiri tidak pernah mengamalkan pengambilan madu dalam penyembuhan penyakit. Tetapi setelah membaca buku 'Terapi Ayat Suci' yang saya peroleh dari pemberian seseorang, maka saya semakin yakin dan bersemangat untuk menjadikan madu antara First Line of Treatment untuk segala jenis penyakit, insyaAllah.

Itulah antara contoh tabiat manusia, sudah diterangkan dalam al Qur'an dan as Sunnah, tetapi tidak mahu ikut juga. Seperti anak yang degil kepada pesanan ibu bapa, akhirnya kita akan sedar bahawa pesanan ibu bapa kita adalah sangat berguna. Samalah juga dengan kita dengan Allah, Allah sudah pesan berkali-kali dalam al Qur'an, tetapi kita sebagai hambaNya sentiasa tidak menghiraukan pesanan Allah. Na'uzubillah, marilah kita berazam dari sekarang untuk mengikuti perintah Allah, dan menjauhi laranganNya ya?

samalah juga dengan madu, Allah sudah pesan bahawa madu ada penawar, marilah kita cuba. dan Dialah yang Maha Mengetahui mengenai perihal hambaNya yang Dia sendiri ciptakan.

(saya bukan pengusaha madu, bukan juga salesman madu, maka jangan ingat saya hendak promote produk madu ya :P)

menurut buku 'Terapi Ayat Suci', antara manfaat yang kita boleh dapat dari madu ini adalah:
  • mengurangkan insomnia dan kekurangan tidur
  • penawar bagi ulcer di mulut, bibir pecah
  • melembutkan kulit
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • melancarkan daya detak jantung
  • memakan satu senduk setiap hari sebagai prophylaxis untuk batuk yang kronik
  • mengurangkan masalah pernafasan
  • melancarkan sistem-sistem dalam tubuh
  • menguatkan gusi. rawatan tradisional pernah mengesyorkan mengurut-urut madu ke atas gusi
  • dapat mengatasi lemah syahwat dan kemandulan, meningkatkan prestasi seksual
  • dapat mengelakkan Type I Hypersensitivity Reaction (alergi)
penulis telah membuat kajian sendiri mengenai lebah, dan itulah antara manfaat yang dapat dikesan sewaktu pengkajiannya. hebatkan madu ciptaan Allah ini?

marilah makan madu. A honey a day, keeps the doctor away!

semoga bermanfaat :D