Jul 23, 2008

bittaufiq wan najah ya sadiqi!

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

hari demi hari telah berlalu, seorang demi seorang rakan-rakan seperjuangan telah pergi meninggalkan bumi malaysia, untuk berjuang di perantauan dlm kembara menimba ilmu.


sejak september 2006, menghantar rakan-rakan berlepas di KLIA merupakan satu kebiasaan. dimulai dgn pelajar perubatan ke mesir sept 2006, diikuti dgn pelajar universiti gadjah mada ogos 2007, usu medan akhir ogos 2007, senior melaka manipal jpa september 2007, hradec kralove dan charles university czech rep. sept 2007, warsaw uni. poland oktober 2007, melaka manipal mac 2008, pljr IBT ke jepun mac 2008, moestopo dentisty indonesia pg pagi hari dan KLE university belgaum pd mlm 11 julai, dan yang terbaru, manipal college of dental sciences mangalore, 22 julai 2008. boleh dikatakan saya telah hadiri kesemua lambaian pelajar KTT ke perantauan, hanya senior mara mmmc mac 07 dan unpad 07 yang tidak dpt saya hadiri.

tidak dapat dinafikan, merupakan satu pengalaman yang bercampur baur antara gembira dan pahit tatkala melihat rakan sebaya telah pergi dahulu ke negara orang. cemburu juga terdetik atas alasan mereka dapat terbang mendahului saya, tapi saya tetap pasrah, yakin dengan janji Allah s.w.t., setiap detik telah dirancang dengan baik oleh-Nya.

sebagai contoh, saya sungguh terkilan apabila mara tidak memberi saya peluang untuk ke melaka manipal sesi mac 2008. masih saya dapat rasakan kekesalan itu sehingga ke hari ini. tetapi alhamdulillahi rabbil 'alamin, Dia menangguhkannya kerana Dia tahu dlm masa cuti tambahan mac hingga ogos ini dapat saya manfaatkan sepenuhnya.

antaranya, saya dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang bermanfaat, dapat mengenali rakan-rakan dari INTEC yang aktif dalam dakwah. saya juga diberi peluang untuk berehat, terutamanya apabila menghadapi apendicitis. dan saya juga berpeluang untuk meluangkan lebih masa yang ada ini untuk bersama keluarga, tambahan pula saya akan ke perantauan juga selepas ini.

dari pandangan optimis pula, saya sempat menghantar kesemua pelajar batch saya untuk ke luar negara, kerana penerbangan saya merupakan penerbangan terakhir pelajar KTT ke India untuk tahun ini. di samping itu juga, saya sempat berkenalan dengan ramai insan, terutamanya pegawai-pegawai JPA kerana seringkali terserempak dengan saya di KLIA.
puan aisah : "eh, awak lagi. tak terbang2 lagi ke?"

encik annizam : "ait, selalu je jumpa kamu ni, bila fly?"

Allah Maha Mengetahui, sedangkan kita tidak mengetahui.. ayat 216 dalam suratul baqarah sungguh bermakna buat diri saya ini. Allah senantiasa menguji hamba-hambaNya, sama ada kita beriman ataupun kufur.
ada juga segelintir rakan-rakan saya yang masih bersedih kerana tidak mendapat tempat yang mereka idamkan. sabarlah rakan-rakanku, setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. bersangka baiklah pada Allah, maka Allah akan bersangka baik dengan kita insya Allah.

kepada rakan-rakan yang telah terbang, semoga kamu semua istiqamah dalam amalan harian, jadilah pelajar yang cemerlang, agar imej islam terpelihara di muka bumi ini. jadikan contoh tauladan yang terbaik untuk rakan-rakan sekuliah, yang senegara mahupun tempe (tempe = istilah bagi local indian students), sepertimana rasulullah s.w.t. merupakan contoh terbaik untuk umat manusia.

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik
bagimu.."
al ahzab ayat 21


syed azlan ke moestopo, jakarta. 11 julai 2008, 9.00am.




reza ke jnmc belgaum, 11 julai 2008, 10.10pm.




alfian arif ke MCODS mangalore, 22 julai 2008, 10.10pm.

sesungguhnya ada 7 golongan yang di bawah naungan arasy Allah s.w.t. pada hari akhirat kelak, salah satunya adalah dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.. semoga perjumpaan dan perpisahan kita semua ini atas dasar yang dikehendaki Allah, ameen.

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu
bercerai berai"
ali Imran ayat 103

pesanan kepada rakan-rakan seperjuangan, berpeganglah dengan al-qur'an dan as-sunnah, nescaya kamu akan selamat!

1 comment:

nanaaa said...

imanullll, as u said there's always blessing behind everything! :) ur time will come soon. SOON! :)