Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergadaikah maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan
[Damai Yang Hilang - Nowseeheart]
For you, my brothers and sisters in Gaza. Forgive me for not being there beside you..
1 comment:
assalamualaikum, abg imanul.
u may not knw me, but sy ni junior abg imanul masa skola smks9 :)
sy suka entry2 blog ini,
boleh buat manusia yg lemah sprti sy berfikir sejenak dan ianya menimbulkn keinsafan.
trimas yeah :)
Post a Comment