Mar 22, 2009

Dr. Hasan Huwaidy ke rahmatullah.

dr-hasan-huwaidy

Dr. Hasan Huwaidy (1925 - 2009), Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin.


Dunia Arab dan Islam kehilangan besar seorang tokoh pejuang Islam Abad 20, Dr. Hasan Huwaidy, 84 tahun, Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin yang meninggal dunia semalam, pagi Jumaat 14/3/2009 di Amman, Jordan.


Dr Hasan Huwaidy dilahirkan di Dir Az-Zuur, Syria pada tahun 1925 di dalam keluarga yang kuat berpegang dengan Islam. Ayah beliau seorang yang dihormati, berpegang teguh dengan agama dan masjid yang banyak mempengaruhi dan mencorak keperibadian anak-anaknya. Dr Hasan Huwaidy mendapat ijazah dari Fakulti Perubatan, Universiti Damsyiq, Syria. Beliau seterusnya membuat pengkhususan dalam bidang Internal Medicine di Universiti Damsyiq dan beroleh Ph.D dalam bidang yang sama pada tahun 1952 dalam kajian Hyperthyroidisme.


naib-naib-mursyid-am

(Teratas) Mursyid Am Ikhwan Muslimin Ustaz Mahdi Akef. (Bawah dari kiri) Muhammad As-Sayyid Habib, Naib Mursyid Am 01, Dr. Hasan Huwaidy, Naib Mursyid Am Luar Mesir dan Ir. Khairat Asy-Syatir, Naib Mursyid Am 02.


Sejak dibangku sekolah lagi, beliau mendalami ilmu-ilmu agama terutama dari para ulamak di tempat beliau dan yang paling terkenal ialah Al-Ustaz Asy-Syeikh Hussein Ramadan Al-Khalidy. Beliau banyak membaca dan mengkaji ummahatul-kutub (kitab-kitab induk Ulamak Silam) dalam berbagai bidang.


Beliau mula menganggotai Ikhwan Muslimin sejak dizaman belianya pada tahun 1943 dan berpeluang berjuang bersama-sama Generasi Pertama dari kalangan Ikhwan Muslimin Syria dibawah pimpinan pengasasnya, Ustaz Mustafa as-Siba'ie. Beliau menjadi salah seorang ahli Maktab Tanfizi (JKP) Ikhwan Muslimin Syria ketika menghabiskan pengajian lepasan ijazahnya (post graduate).


Setelah tamat pengajiannya di bidang perubatan, beliau kembali Dir Az-Zuur untuk mengorak langkah perjuangan Dakwahnya disamping membuka klinik sendiri. Beliau kemudiannyya berpindah ke Damsyiq. Disepanjang perjuangan, beliau menempuh berbagai tekanan dan tahanan. Beliau pernah dipenjarakan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1967 di Dir Az-Zuur dan 1973 di Penjara Al-Muzzah di Damsyiq.


hasan-al-banna1

Al-Imam Asy-Syahid Al-Ustaz Hasan Al-Banna (1906-1949), pengasas dan Mursyid Am Pertama Ikhwan Muslimin.


Beliau memikul tanggungjawab sebagai Muraqib Am Ikhwan Muslimin Syria pada tahun 1980 dan pernah menjadi Naib Muraqib Am selama beberapa tempoh. Beliau mula menjadi Naib Mursyid Am sejak zaman Mursyid Am, Muhammad Hamid Abu An-Nasr. Kemudian menjadi Naib Mursyid Am kepada Ustaz Mustafa Masyhur dan Ustaz Muhammad Makmun Al-Hudhaiby sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam.


Beliau meninggalkan beberapa penulisan diantaranya bertajuk Al-Wujud Al-Haq, Min Nafahaat Al-Huda, Mahaziir Al-Ikhtilat, Asy-Syura fil Islam dan Mafhuumaatfi Dauk Al-Ilm.


Pembunuhan beramai-ramai kira-kira 30,000 orang Ikhwan dan umat Islam di bandar Hama, Syria oleh Kerajaan Syria pimpinan Presiden Hafiz Al-Asad pada tahun 1982 masih segar di dalam ingatan saya yang ketika itu di dalam Tingkatan 5. Nasyid-nasyid Ikhwan Syria mengenai Tragedi Hama yang berkumandang dalam program-program dan kereta kami sepanjang di jalan Dakwah di Australia (1983-1988) masih ternyiang-nyiang dalam kalbu sehingga ke hari ini. Nasyid tema “Wa Toriquna Mahfufatun bi Syaukin …” (Dan jalan kami dipenuhi duri-duri … ) bagi perkahwinan saya yang berlangsung pada 25.7.1985 di Brisbane, Australia adalah salah satu nasyid Ikhwan Syria yang masih membakar semangat juang insan kerdil ini sehingga ke detik ini.


Sesungguhnya keteguhan Dr Hasan Huwaidy dalam perjuangan Islamnya tidak dapat digambar hanya dalam tulisan dan artikel. Apa yang termampu kita katakan hanyalah kalimat yang diredhai Allah swt “Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun” (Kita milik Allah, dan sesungguhnya kepadaNya kita kembali). Moga Allah swt melimpahi Allayarham dengan rahmahNya, ditempatkannya hari ini di anak tangga pertama ke SyurgaNya yang seluas langit dan bumi. Ameen.

“Dari kalangan orang-orang beriman, ada mereka yang membenarkan apa yang mereka janji kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah meninggal dunia. Dari kalangan mereka ada yang menunggu (masih hidup) sedang mereka tidak merubah sedikitpun (janji mereka itu)” (Al-Ahzab:23).

Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com

Mar 12, 2009

apakah itu Freemason?

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason.

Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda?

Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason.

Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi bawah tanah yahudi antarabangsa yang tidak ada hubungan dengan kegiatan pembinaan bangunan. Pada awalnya, pertubuhan ini dirancang untuk memusnahkan agama Kristian. Tetapi selepas zaman revolusi Eropah pada kurun-17 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam mereka terus mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama.

Pertubuhan ini dianggotai oleh bangsa yahudi tulen, terutamanya para penguasa dan pemimpin Negara Israel seperti Ariel Sharon, Ehud Barak dan lain-lain. Mereka bekerja keras merancang dan mengatur strategi untuk menguasai dunia sehinggakan keputusan perlantikan presiden atau ketua Negara contohnya Amerika Syarikat, berada di dalam bidang kuasa mereka.

Ahlinya bergerak sambil berpegang kepada beberapa prinsip yang menyebabkan perancangan mereka mantap dan licik di antaranya adalah:
  • Menjaga segala rahsia.
  • Memberi taat setia.
  • Hanya memuliakan kaum yahudi.
  • Menyebarkan dan mengagungkan hubungan seks.
  • Menguasai agama lain selain dari yahudi.
  • Tolong-menolong sesama ahli.
  • Mengadakan propaganda dan revolusi.

Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang di bawahnya yang disertai oleh pelbagai lapisan bangsa dan agama untuk membantu misi mereka yang keji ini. Mereka akan menggunakan lambang atau simbol yang tidak difahami, di antaranya yang biasa digunakan ialah matahari, bulan, mata, piramid dan lain-lain. Mereka yang kebanyakan golongan bangsawan seperti raja-raja, ahli falsafah, pemimpin agama, cendiakawan, para pemimpin negara akan berkumpul dan merancang serta mengatur rancangan mereka.

Pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah :

Illuminati

  • Bermaksud pertubuhan cahaya.
  • Diasaskan oleh Adam Weishaupt yang asalnya seorang paderi Kristian, kemudian murtad dari agamanya, lalu menubuhkan pertubuhan ini.
  • Menggunakan wang dan perempuan untuk memperalatkan orang-orang yang berpengaruh.
  • Memerangkap mahasiswa yang mempunyai prestasi intelektual sehingga dapat berbakti kepada mereka.
  • Menguasai media massa untuk melindungi pertubuhan ini.

Pertubuhan B’nai B’rith
  • Diasaskan oleh seorang yahudi yang bernama Henry Jones.
  • Tugas pertubuhan ini ialah mencari dan memutarbelitkan berita, mewujudkan pejabat-pejabat perisikan di seluruh dunia, membela bangsa yahudi, menyokong keputusan Israel dan membantu setiap bentuk keganasan.
Pertubuhan Bahaiyah
  • Bertujuan untuk menimbulkan keraguan di dalam hati umat Islam mengenai agama yang sedang dianuti.
  • Diasaskan oleh seorg yahudi bernama Mirza Muhammad Ali (nama palsu)
  • Pada awalnya muncul sebagai kelompok Islam. Lama-kelamaan mereka mengajak pengikut mereka menubuhkan persatuan agama yang bertujuan untuk menggabungkan semua agama di dunia.
  • Semua pejabat pertubuhan ini ditutup dan dibubarkan pada tahun 1961 atas arahan kerajaan Mesir.

Pertubuhan Kesaksian Yehova
  • Ditubuhkan di Jerman.
  • Berselindung dengan menyamar menjadi agama Kristian dan seterusnya menyelewengkan ajaran Kelab Lions.
  • Ditubuhkan oleh Martin James (Peguam Amerika).
  • Lions bermaksud singa yang menjaga Haikal Sulaiman.
  • Tujuan penubuhannya ialah untuk merealisasikan impian yahudi dan menjadi pemerintah yahudi antarabangsa.

Wallahu a'lam, marilah kita menentang setiap kegiatan Freemason ini, dari apa jua sekali pun. Jangan biarkan saudara seislam kita sengsara.

Penjajahan haram ke atas tanah Palestin kita adalah antara dakyah Freemason yang beridealogikan zionis. Apakah tindakan anda?

Mar 1, 2009

Untuk kaum hawa.

Assalamualaikum w.b.t.

Telah 6 minggu saya tidak mengemaskini blog ini, rasa sudah berhabuk pula. maka, saya akan 'gilap'kan blog ini dengan satu pesanan yang berguna untuk kaum hawa, yang diturunkan dari junjungan besar kita Rasulullah s.a.w.

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya
.

moga saudara-saudara perempuan kita tergolong dalam golongan itu insyaAllah.

-sumber dari iluvislam.com.-