Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, pada 16 Mei 2009, jam 7.50pm, dengan rasminya saya mendapat kunci bilik bernombor 121, yang merupakan bilik saya yang baru. sebelum ini duduk di bilik
twin-sharing bernombor 320. oh dan bilik 121 ini adalah bujang.
inilah gambar bilik (atau dlm arabnye,
ghurfah) untuk tahun2 yang mendatang. cantik tak?


Setelah habis pindah semua barang dari bilik lama ke bilik baru, maka saya dendangkan bilik baru ini dengan surah al-baqarah. erm tapi rakaman je, oleh sheikh as-sudais dan sheikh asy-syurim. huu jangan malas2 untuk membaca al-qur'an ya imanul hassan.
Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, bahawa sesungguhnya Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Janganlah jadikan rumah kamu seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan itu lari bertempiaran meninggalkan rumah yang dibacakan di dalamnya Surah al-Baqarah [Riwayat Muslim]Maka, sambil mendengar rakaman surah al-Baqarah menerusi laptop, saya dengan rakusnya mengemas dan membersih bilik baru ini. lepas subuh baru dapat berehat. macam on-call pula.
dan rabu ini, saya akan menghadapi
3rd Internal Assessment untuk tahun pertama kursus MBBS saya ini. Doakan yang terbaik untuk saya! ini jadual exam;
- 20/5 = Biochemistry Theory
- 21/5 = Physiology Theory
- 22/5 = Anatomy Theory- 23/5 = Anatomy Practicals
- 24/5 = cuti, alhamdulillah
- 25/5 = cuti lagi, nikmat2
- 26/5 = Biochemistry Practicals
- 27/5 = Physiology Practicals
- 28/5 = Biochemistry MCQ
erm, kenapa saya boldkan anatomy theory? jawapannya adalah pada next post, insyaallah :)
salam peperiksaan dari bumi india.
p/s : tahniah kepada parti Congress kerana memenangi pilihanraya India 2009.