Aug 24, 2009

ahlan wa sahlan

Assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah, bulan ramadhan yang penuh barakah telah kembali. semoga kita dapat memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin.

pada 2 hari lepas, telah ditakdirkan saya bertemu dengan ustaz Abdul Aziz, imam tarawikh masjid negeri. beliau merupakan tempat saya bersoal jawab tentang masalah fiqh di India, kerana beliau juga pernah menuntut ilmu di negara yang sama. beliau merupakan anak didik Darul Ulum Sabilur Rasyad Arabic College, Bangalore, India. saya mula mengenali beliau sewaktu saya menghadiri kursus imam dan pendakwah di masjid sultan salahuddin abdul aziz shah (masjid negeri, shah alam), pada tahun 2007 yang lalu.

abang beliau, ustaz Abdul Muhaimin, juga telah saya temui. ustaz Muhaimin juga merupakan anak didik Darul Ulum Sabilur Rasyad. beliau pula merupakan penceramah jemputan bagi JaSSI 2008. JaSSI singkatan bagi Jalinan Sahabat Seluruh India, program tahunan IMAM India.


bersama ustaz Abdul Muhaimin di JaSSI 08.


mahu saya kongsikan bersama apa yang telah saya dapati dari pertemuan singkat dengan ustaz Abdul Aziz saban hari. beliau sekarang mentadbir sebuah sekolah tahfiz di Klang. beliau memberi sedikit nasihat tentang nikmat dan cara untuk bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi.

nikmat, bukan sahaja dengan wang, harta benda, kekayaan, kejayaan. tetapi juga masa lapang, ketenangan jiwa, dan yang paling yang kita tidak sedari adalah nikmat KESIHATAN. sering kita mengadu bahawa kita tidak cukup duit, tidak cukup masa, tidak cukup tenang. tetapi nikmat kesihatan yang sering kita abaikan.

mungkin setelah wabak H1N1 menular dengan rakusnya, lebih ramai sedar akan nikmat kesihatan ini. selalunya, bila kita sakit, baru kita ingat tentang nikmat tersebut. bila kita telah sembuh, mungkin kita akan lupa.

apabila kita sakit, susah nak beribadat, susah untuk bertadarus selama sejam, susah untuk mengerjakan solat malam. tetapi adakah kita lakukan amalan-amalan tersebut sewaktu kita sihat?

oleh yang demikian, dengan bulan ramadhan yang sedang kita lalui, bersederhanalah dalam berbuka, jagalah kesihatan dengan sebaiknya, pakailah penutup muka jika anda kuat batuk atau bersin, dan rakuslah kalian dalam beramal dalam bulan yang penuh ganjaran ini, semoga kita dapat tingkatkan iman kita insyaAllah.

jangan lupa sahur juga, kerana beza puasa seorang muslim dengan puasa orang lain adalah dengan bersahur, memadailah dengan seteguk air. tidak lupa juga niat berpuasa di malam hari.

berkenaan berbuka, saya kagum dengan ustaz Abdul Aziz dan rakan-rakan imamnya yang lain. mereka hanya berbuka dengan tamar dan bubur, kemudian mengerjakan solat maghrib, setelah itu mereka bertadarus al qur'an, kemudian solat isyak, disambung dengan solat tarawikh, dan setelah menikmati juadah moreh sedikit, mereka sambung bertadarus hingga ke lewat malam. kemudian bangun awal untuk berqiamullail. kagum saya dibuatnya.

oleh itu, tidak makan dan minum untuk sehari tidak melemahkan kita dari hari-hari yang lain. juga kepada orang yang bekerja, puasa bukan penghalang kita untuk mengurangkan produktiviti. para imam telah membuktikannya, walhal mereka juga mempunyai pelbagai urusan di siang hari, dan dengan pengisian ibadah di malam hari.

JOM PAKAT BERIBADAH SEIKHLAS MUNGKIN~!!

salam dari shah alam.
-imanulhassan-

p/s ; saya diundang masuk ke bilik imam dan bilik VIP selepas solat tarawikh ketika sedang berborak dengan ustaz Abdul Aziz, wah pengalaman yang best!

pp/s ; saya akan pulang ke india 28 ogos ini insyaallah, akan merindui suasana ramadhan di malaysia~

ppp/s ; 25 ogos ini (esok), adik-adik MARA KTT akan ke india. ramai yang ke JJMMC. kepada semua yang akan ke india esok, welcome to india, namaste~!!

4 comments:

Mighty MS said...

Salam.my cousin was one of adik2 KTT yg fly ke india..alhamdulillah sempat hantar die ke airport 25 ogos aritue.Salam ukhuwwah.Salam Mubarak.

imanulhassan said...

salam. maryam mahfudz ye? alhamdulillah, minggu ni diorg dah start pergi kelas dah, moga2 mereka dpt menimba ilmu sebanyak mungkin. salam ramadhan dari india.

..::بشرى::.. said...

ust ni mengajar kt wisma hafiz tu ke?

imanulhassan said...

xpasti pula saya.