Salam barakah diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat, baik yang hidup mahupun yang telah meninggalkan kita.
Alhamdulillah, terus menerus kita dikurniakan nikmat Iman dan Islam sejak kita lahir hinggalah ke saat ini, dan seterusnya hingga ke syurga insyaAllah =)
Pada kali ini, saya akan menyampaikan satu ungkapan yang ringkas, iaitu Assalamualaikum.
Assalamualaikum pembuka bicara. diajarkan oleh Rasulullah s.a..w. untuk kita melafazkannya tiap kali memulakan sesuatu pertemuan. Sabda Nabi s.a.w.;
Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling sayang-menyayangi. Mahukah aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu kerjakan, nescaya kamu sekalian akan saling sayang-menyayangi? Iaitu sebarluaskanlah salam di antara kamu sekalian". [HR Muslim]
masyaAllah, besarnya hikmah satu ungkapan semudah salam itu. hanya dengan melafazkan salam, terjalinlah kasih sayang di antara kita semua.
Rasulullah s.a.w juga telah menyarankan kita untuk melakukan tujuh perbuatan di bawah;
Dari Al Barra' bin 'Azib r.a berkata: "Rasulullah s.a.w menyuruh kami untuk melaksanakan tujuh macam perbuatan, iaitu: menjenguk orang sakit, mengiringkan jenazah, mendoakan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, menyebarluaskan salam, dan menepati sumpah". [HR Bukhari dan Muslim]
bukan sahaja bertemu dengan saudara se-Islam kita, bahkan apabila kita mahu memasuki sesuatu rumah, Allah berfirman;
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekalian memasuki rumah yang bukan rumahku sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. [an Nur 24:27]
Apabila kamu sekalian memasuki suatu rumah maka hendaklah kamu sekalian memberi salam kepada penghuninya, suatu penghormatan yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkah lagi baik. [an Nur 24:61]
Rasulullah s.a.w juga telah mengajar kita, tatacara memberi salam. Sabda Nabi s.a.w;
Dari 'Imran bin Al Husain r.a berkata: "Ada seseorang datang kepada Nabi s.a.w dan mengucapkan: "Assalamualaikum". Salam itu dijawab oleh beliau, dan ia duduk, kemudian beliau bersabda "Sepuluh". Setelah itu datang lagi seseorang dan mengucapkan "Assalamualaikum wa rahmatullah". Salam itu dijawab oleh beliau, dan ia duduk, kemudian beliau berkata "dua puluh". Setelah itu datang lagi seseorang dan mengucapkan: "Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh". Salam itu dijawab oleh beliau, dan ia duduk, kemudian beliau bersabda "tiga puluh". [HR Abu Daud dan at Tirmidzi]
10, 20, 30, itulah darjat-darjat kebaikan yang diberikan dalam mengucapkan salam. lagi panjang kita ucap, lagi bagus =)
dalam memberikan salam kepada suatu kawasan yang terdapatnya orang tidur dan orang yang berjaga, Rasulullah s.a.w bersabda;
Dari al Miqdad r.a di dalam hadisnya yang panjang, ia berkata: "Kami biasa menyediakan susu yang memang sudah menjadi bahagian Nabi s.a.w. Apabila datang pada waktu malam, beliau mengucapkan salam yang tidak sampai membangunkan orang tidur tetapi bisa didengar oleh orang yang jaga. Nabi biasa datang dan mengucapkan salam sebagaimana tersebut di atas". [HR Muslim]
kawal suara kita apabila memberi salam, jangan sampai yang sedang tidur, terbangun pula~.
asyik kita berbicara tentang memberi salam, bagaimana pula dengan menjawab salam?
Firman Allah s.w.t;
Apabila kamu sekalian dihormati dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah penghormatan itu dengan yang serupa. [an Nisa 4:86]
Sabda Nabi s.a.w;
Dari A'isyah r.a berkata: "Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku, 'Ini Jibril menyampaikan salam untuk kamu'. Maka saya menjawab: "Wa alaihissalamu wa rahmatullahi wa barakatuh". [HR Bukhari dan Muslim]
Indahnya islam, mengajarkan umatnya akhlak-akhlak yang mulia untuk diamalkan sentiasa. Marilah sebarluaskan salam!
Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu sekalian datang pada suatu majlis maka hendaklah ia mengucapkan salam. dan bila ia akan meninggalkannya maka hendaklah ia mengucapkan salam. yang pertama itu tidaklah lebih berhak daripada yang akhir". [HR Abu Daud dan at Tirmidzi]
akhir kata, ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH. =)
Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash r.a bahawasanya ada seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Bagaimanakah Islam yang baik itu?" Beliau menjawab: "Iaitu kamu memberi makanan, dan mengucapkan salam baik kepada orang yang telah kamu kenal mahupun orang yang kamu belum kenal" [HR Bukhari dan Muslim]