Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menaip sedikit nukilan di ruangan ini. =)
Pada hari ini, saya baru sahaja memulakan sesi pengajian semester ke-empat MBBS di India ini. untuk pengetahuan semua, ada 9 semester kesemuanya untuk dilangsaikan agar diri ini layak untuk menjadi seorang doktor.
Walaupun kelas baru bermula hari ini, tetapi clinical postings telahpun bermula sejak dua hari lepas. Setelah melalui dua postings di department surgery dan medicine dalam 4 bulan sebelumnya, kali ini saya berpeluang untuk mengharungi department Obstetrics and Gynaecology (OBG), atau dalam bahasa mudah, jabatan sakit puan.
Apa itu Obstetrics?
The branch of medicine concerned with pregnancy and antenatal care, childbirth, and postnatal care. It is also the study of the structure and function of the female reproductive system.
cabang perubatan yang berkaitan dengan perempuan hamil dan penjagaan sebelum bersalin, melahirkan anak, dan penjagaan selepas bersalin. Ia juga adalah kajian tentang struktur dan fungsi sistem pembiakan wanita.
Gynaecology itu apa pula?
Gynaecology deals with contraception, the investigation and treatment of menstrual problems, sexual problems relating to the menopause, and any related disorders. It also covers disorders of early pregnancy.
gynaecology menyentuh tentang teknik mencegah penghamilan, penyiasatan dan cara mengatasi masalah haid, masalah seks yang berkait dengan menopaus, dan permasalahan yang berkaitan dengannya. Ia juga membincangkan permasalahan berkaitan kehamilan pada tahap awal.
posting OBG kali ini dijalankan di WCH Hospital, Mandipet. mengambil masa dalam 10-15 minit perjalanan dari hostel. saya akan berada di department ini dari 16 Januari 2010 hingga 15 Mac 2010, insyaAllah.
alhamdulillah, saya telah berpeluang untuk kali pertama mendengar dengupan jantung janin, dan pada pagi tadi, melihat lahirnya seorang insan suci ke dunia ini. segala puji bagi Allah dalam kehebatan ciptaan-Nya.
luasnya ilmu perubatan ini, sehinggakan pelbagai departments yang telah diwujudkan untuk mengkaji setiap satu sistem yang berkaitan dengan kehidupan manusia.
dalam department OBG pula, antara topik yang dikaji adalah berkaitan dengan persenyawaan dan perkembangan janin dalam rahim ibu.
sungguh, telah Allah nukilkan dalam al-Qur'an,
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
[al-Mukminun, 23:12-14]
indahnya Islam, yang panduan hidupnya ialah al-Qur'an dan as-Sunnah. sungguh, telah pun Allah nyatakan dahulu bagaimana terciptanya janin secara terperinci di dalam al-Qur'an.
al-Qur'an bukan sahaja menyentuh tentang ibadah, pelbagai ilmu terkandung didalamnya, termasuklah ilmu perubatan. rugi jika kita tidak mengkajinya.
itulah mukjizat yang Allah berikan kepada kita, janganlah kita persiakan.
mari kita sentiasa mengkaji, mengkaji, dan terus mengkaji, agar keimanan kita kepada Sang Pencipta semakin kuat hari demi hari.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.
[ali Imran, 3:190]
ayuh! mari mengkaji :)
salam dari india.
No comments:
Post a Comment