Apr 27, 2010

Solat

Assalamualaikum w.b.t.

Pada kali ini, saya mahu kongsikan sedikit sebanyak tentang solat dan hikmahnya.

Dari al-Qur’an;
Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. [al Ankabuut, 29:45]

Dari as-Sunnah;
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari qiamat ialah solatnya”. [HR Abu Daud dan at-Tirmidzi]


Solat umpama mandi 5 kali sehari.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata; Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; “Bagaimana pandanganmu seandainya pada pintu salah seorang di antara kamu sekalian ada sebuah sungai di mana ia mandi setiap hari lima kali di sungai itu; apakah masih tertinggal sesuatu kekotorannya?” Para sahabat menjawab; “Tidak”. Beliau bersabda lagi; “Demikianlah perumpamaan solat yang lima di mana Allah menghapus dosa-dosa dengannya”. [HR Bukhari dan Muslim]


Berwudhu'lah sebelum solat.

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan salat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur. [al Maidah, 5:6]


Hikmah berwudhu'

Dari Abu Hurairah r.a. berkata; “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya pada hari qiamat nanti umatku akan dipanggil dalam keadaan putih cemerlang dari bekas wudhu. Dan barangsiapa yang mampu untuk memperlebar putihnya maka kerjakanlah hal itu”. [HR Bukhari dan Muslim]


Pentingnya khusyuk dalam solat

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya. [al Mukminun, 23:1-2]


Antara solat sunat yang disarankan

1) Solat sunat sebelum Subuh
Daripada A'isyah r.anha, Nabi s.a.w. bersabda: "Dua rakaat fajar (sebelum solat Subuh) itu adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya". [HR Muslim]

2) Solat Dhuha dan Solat Witir
Dari Abu Hurairah r.a. berkata; “Kekasihku Rasulullah s.a.w. berpesan kepadaku untuk selalu puasa tiga hari setiap bulan, mengerjakan dua rakaat dhuha, dan mengerjakan solat witir sebelum aku tidur. [HR Bukhari dan Muslim]

3) Solat tahajjud
Dan pada sebahagian malam hari bersolatlah tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. [al Isra’, 17:79]


Ganjaran solat berjemaah Isyak dan Subuh

Dari Utsman bin Affan r.a. berkata: Saya mendengar Rasululllah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang solat isyak dengan berjemaah maka seakan-akan ia mengerjakan solat setengah malam, dan barangsiapa yang solat subuh dengan berjemaah maka seakan-akan ia mengerjakan solat sepanjang malam“ [HR Muslim]


Mencegah kemungkaran

Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. [al Ankabuut, 29:45]

Dari Utsman bin Affan r.a. berkata; “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap orang Islam yang apabila waktu solat fardhu tiba kemudian dia menyempurnakan wudhu, dan khusyuk di dalam solat, nescaya solatnya itu menjadi kafarat atas dosa-dosa yang diperbuat sebelumnya selama tidak melakukan dosa besar. Yang demikian itu untuk sepanjang masa. [HR Bukhari dan Muslim]

Apr 25, 2010

Bidadari dan Penghuni Syurga

Assalamualaikum w.b.t.
semoga kita semua berada dalam naugan Ilahi.
ingin saya kongsikan satu coretan yang menarik, antara seorang kakak dan seorang adik...


wahai kakakku
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
asyik berteman tangis dan sendu sahaja...


wahai adikku
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
tetapi di situlah, wahai adikku
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki
menjadi izzah yang paling gah
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
kerana sendu rayunya
musa a.s. terselamat dari kekejaman firaun

duhai adikku
lembut wanita itu bukan lemah
tetapi senjata

namun wahai kakakku
wanita itu fitnah dunia


pernahkah adikku dengar
pesanan ilahi pada hambaNya

"wahai lelaki-lelaki yang beriman
tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu"*

cuba adik nilai
pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya?
pada hamba yang bergelar ar-rijal
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
maka tidak mungkin terlihat akan wanita
yang menjadi fitnah pada dirinya

dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita
agar memelihara auratnya
kerana disitulah kehormatannya
bukan fitnah semata-mata
jikalau ar-rijal dan an nisa
sama-sama mematuhi pesanan ilahi itu!

sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu
lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

tapi kakakku
kenapa wanita itu menjadi peragaan?
tidakkah mereka merasa malu?


wahai adikku sayang
al-haya' (sifat malu)
ada dalam diri setiap insan
wujudnya seiring dengan nafas insani
dan al-haya' itulah pakaian iman
pada diri wanita itu indah al-haya'
sebagai pembenteng diri

namun
bila mana al-haya' itu lebur
imannya runtuh
kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
kerana mereka sebenarnya paranoid
merasakan diri belum cukup menarik
mereka sebenarnya kalah dari segi psikologi

namun adikku
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka
dari perbuatan murahan itu

wahai adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
pandai-pandailah dikau menilai
antara permata dan debu-debu kilauan pasir

wahai adikku
janganlah adik gusar
tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu,
menggugurkan diri, menyembah tanah
sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan
begitu tinggi martabatmu...



dipetik dari video ini (sila klik sini)

*[surah an-Nur, 24:30]


dari Abdullah bin 'Amr bin Al 'Ash r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah"
[HR Muslim]

Apr 23, 2010

Diam kerana Allah.

Assalamualaikum w.b.t. semua.

Bagaimana kehidupan di India? semoga sihat-sihat belaka lah ya.

Ingin saya kongsikan sedikit dari penulisan Ustaz Hasrizal a.k.a saifulislam.com, kerana situasi ini kita sering hadapi ketika belajar di India ini. biasalah kan, adat belajar di sini, kalau kita tak tahu sesuatu itu, mungkin lecturer akan maki kat kita, selain itu, mungkin ada segelintir kawan-kawan yang memang begitu, atau mungkin juga orang-orang yang kita berurusan seharian, dan pelbagai lagi. berikut adalah petikan yang saya mahu kongsikan;

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [Hadith riwayat Abu Dawud]

Diam bukan mengalah.

Ia cara mencari Rahmah.

Mendekatkan diri kepada Allah.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

artikel penuh : http://saifulislam.com/?p=7935