Usrah. Pernahkah  kalian mendengar tentang usrah? Barangkali. Mungkin ramai yang sudah  tahu. Mungkin juga ada yang belum pernah mendapat nikmat menghadiri  usrah.
Alhamdulillah di Bandung, kami diberi kesempatan untuk  mengikuti usrah. Apa itu usrah? Usrah, dalam bahasa melayu bermaksud  keluarga.. Walaupun antara kita tiada ikatan kekeluargaan, namun ikatan  aqidah sentiasa menghubungkan kita. Ukhwah.
Usrah: Wajib?
Sedarilah, bukan semua orang mendapat  nikmat sebegini. Usrah, bukanlah suatu kewajipan. Ya, ia bukan  kewajipan. Namun ia merupakan suatu proses untuk membantu kita  mengekalkan dan meng'upgrade' iman kita. Allah merahmati majlis-majlis  ilmu yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga. Ya, di bumi lagi kita  dapat menikmati taman-taman syurga jika kita ikhlas menghadiri majlis  ilmu. Ta'lim, usrah dan sebagainya.
Kenapa kita kena menghadiri usrah?  Kerana hakikatnya kita malas...memang kita malas. Kenapa saya mengatakan  demikian?
Berapa ramai di kalangan masyarakat kita yang cintakan  ilmu, yang suka membaca? Yang memiliki perpustakaan mini di rumah?  Sangat sedikit... Sebab itu ada insan-insan yang berusaha mewujudkan  rasa cinta itu dalam diri kita. Supaya sifat itu dapat dipupuk dalam  anak-anak kita nanti. Generasi akan datang..
***Iklan:
A* Ahhh kaget. Anak?? Aku muda lagi  lah....
B* Muda lagi apa... Umur dah layak jadi mak, ayah orang dah  tu!
Iklan tamat***
Andai di tempat kita tidak ada usrah, adakah kita akan  berusaha mencari ilmu Allah? Atau kita hanya akan disibukkan oleh urusan  dunia kita yang tiada henti, usrah pula? Oh, ianya tidak bererti,  kerana aku sudah tiada masa lagi. Begitukah?
Kita tidak boleh terlalu selesa dengan keadaan kita  sekarang... Mungkin hari ini, ada orang nak membantu kita, tetapi  bagaimana setelah kita pulang ke Malaysia? Sebagai orang awam, siapakah  yang akan menasihati, membimbing kita setelah 'keluarga' kita itu tiada?  Bukankah kita harus bergantung kepada diri sendiri untuk membina dan  meningkatkan diri kita? Jadi bersedialah untuk saat itu, dan  kurangkanlah kebergantungan kita terhadap orang lain. Berusahalah  mencari diin, memahami diin. Ad-diin, cara hidup kita. Islam, cara hidup  kita. Agak pelik, hidup di bumi, namun tidak mengetahui cara hidup.  Aneh bukan?
Ilmu itu cahaya, kebenaran itu cahaya. Cahaya bagi insan  yang ingin mencari Tuhannya. Bukan insan yang duduk menunggu orang  datang menyuap makanan dalam mulut kita. Sedangkan burung pun keluar  mencari rezeki, kita pula mahu enak duduk bergoyang kaki?
Kita semakin hari, semakin dewasa. Cabaran hidup semakin  bertambah. Fitnah dunia, sungguh menyeksakan. Semuanya tidak bertambah  mudah, namun bertambah sukar. Mungkin di kampus, kita kurang nampak  kerana kita belum terjun ke dalam masyarakat. Namun di Malaysia nanti,  semestinya keadaan tidak akan sama dengan di sini. Seperti yang  disebutkan tadi, kita harus berdikari! Alhamdulillah, jika menyertai  jemaah, akan ada yang follow up. Namun bagi orang-orang yang baru  berjinak-jinak dengan usrah, baru mengenal usrah, bagaimana?
Komitmen!
Komitmen! Komitmen siapa? Kakak-kakak  naqibah, abang-abang naqib. Jika kita tidak disiplin, tidak komited  dalam menjalankan usrah, jika usrah hanya sekadar mengisi masa lapang,  jika tiada kesungguhan, bagaimana dengan adik-adik usrah kita?
Sebenarnya bukan hendak mengatakan usrah itu yang  penting, tetapi materi yang dibawa dalam usrah, itu yang lebih  penting... Mengenali Allah dan Rasul saw... Bekalan yang sangat penting  untuk kita... Tanpanya, kosonglah syahadah kita. Tiada nilai, kerana  kita tidak memahami apa yang kita sebutkan dalam solat saban hari.....
Wahai kakak dan abang naqibah sekalian,
Tugas kita besar.  Sedarlah kita, di bahu kita ada tanggungjawab. Amanah untuk  menyampaikan, untuk memberikan yang terbaik, untuk menjadi yang terbaik!
Namun insafilah diri kita, sejauh mana kita telah  berkorban? Berjuang? Sedarkah kita apa makna berjuang jika tiada  kesungguhan dalam diri kita. Kita disibukkan dengan pelajaran,  peperiksaan... sehinggakan ada insan-insan yang terabai. Insan-insan  yang mungkin dahagakan ilmu, dahagakan suasana berada di taman-taman  syurga... Sedarkah kita? Kita telah cuai dalam menjalankan amanah ini.  Daie malas, mad'u apatah lagi!
Jika naqib dan naqibah sendiri tidak memahami...
Bandung banyak sangat aktiviti!
"Bandung lain,  Bandung selalu buat aktiviti, sibuk... Semua nak buat program, bila nak  usrahnya? Tak sempatlah!!"
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...
Jika saban hari kita hanya memberikan alasan demi alasan,  untuk menyedapkan perasaan...
Penat...
Sibuk...
Malas...
Nak  study...
Memang penat... dan memang sibuk... Namun kita sedar dan  kita kuatkan diri, keluar daripada zon selesa, cari masa, cari  kesempatan... kerana itulah namanya pejuang. Masakan kita boleh duduk  lena di kerusi empuk dan mengatakan "Aku seorang pejuang!!" Satu lagi  keanehan bukan?
Kita berjuang bukan kerana harta... tetapi kita berjuang  kerana syurga...
Dan syurga itu mahal harganya...
Kenalilah sifat  ahli syurga. Wujudkah ia dalam diri kita?
Tak pandailah bawak usrah...Aku tak reti...
Ketahuilah, diri  ini memahami kerana pernah berada di situasi itu... Namun saat kita  mengatakan kitalah yang paling pandai, di situlah bermulanya titik  kebodohan. Kerana sikap angkuh itu akan memusnahkan...
Memang kita tidak pandai, sebab itu kita berusaha...
Berusaha  memperbaiki diri, amalan...
Berusaha menambah ilmu, bekalan...
Dan dalam usrah itu sendiri, meskipun bergelar naqib dan  naqibah, tidak bererti kita sudah berhenti belajar. Kita memberi, kita  juga akan menerima. Kita mengumpulkan sesama manusia, supaya sama-sama  kita medapat manfaat darinya... Bukan untuk menjadi lilin yang menerangi  orang lain, sedangkan dirinya sendiri terbakar, musnah... Orang kata,  lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita menerima...
Ikhlaskan diri
Ikhlas suatu perkataan yang cukup  mudah diucapkan, namun bukan semudah itu untuk mencapainya...
Bekerjalah kerana Allah, pasti kelelahan itu akan hilang.
Berlaku ihsanlah, sentiasa usahakan yang terbaik, kerana  meskipun kita tidak melihat Allah, Dia Maha Melihat setiap apa yang  dikerjakan hambaNya, meskipun sebesar zarah.
Aku bukan naqib, bukan juga naqibah...so aku tak payah~
Tulisan ini  bukanlah spesifik untuk golongan di atas sahaja... Sebenarnya  tanggungjawab itu terbeban di atas bahu setiap daripada kita saat kita  melafazkan syahadah. Sebarkan kalimah tauhid, itulah tugas para nabi...  dan menjadi penghormatan buat kita, bukan bebanan sebenarnya.  Insan-insan terpilih. Bukan terpilih kerana dipilih, namun terpilih  kerana mereka berusaha dan mereka bergerak! Insan-insan terpilih itu  adalah kita... Semuanya terpulang kepada cara fikir kita... Positif atau  negatif, semuanya dalam fikiran kita.
Ayuh berubah!
Jentik1:- Terkesan melihat kanak-kanak di Palestin. Umurnya  masih muda, namun fikirannya sangat matang berbicara tentang perjuangan.  Kita pula? Umur dah meningkat, fikiran seperti kanak-kanak. 
Minda kita  terbantut, dialihkan daripada perkara yang penting dalam hidup kita.  Kerana apa?
Hiburan! Kita terlalu suka mencari keseronokan sehingga kita  lupa, di dunia masih ada saudara seaqidah kita yang menderita... Hiburan  itu dibenarkan... tetapi bila berlebihan, ianya membunuh...
Jentik2:- Jom berseronok di syurga nanti, di dunia susah sikit  pun tak pelah :)
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah  mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
DISALIN DARI : blog ukht farhana yem (sila klik di sini)
DISALIN DARI : blog ukht farhana yem (sila klik di sini)
 
No comments:
Post a Comment