Oct 3, 2008

Selamat Hari Raya!

Gambaran hari raya 'Idul Fitri di Bapuji Guest House, Davangere.
Khamis, 2 Oktober 2008.



Bersedia untuk solat sunat 'Idul Fitri berjemaah.

Takbir raya di pagi hari, sungguh syahdu.



Pak Bilal, Hairulhazuan, sedang membaca aturcara solat.



Pengalaman kali pertama membaca khutbah, alhamdulillah.

As-solatu imaduddin. Solat itu tiang agama.

Jemput makan, jangan lupa baca bismillah ye.


Pelajar lelaki malaysia JJMMC dan BDCH Davangere.


Dari kiri : Imanul Hassan, Muhammad Faizal, Abdul Rahim, dan merangkap ketua pelajar Malaysia, Kak Syarifah Nurul Akmar.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Looking forward for the next big event.

wassalam.

'Idul Fitri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kullu 'aam wa antum bi khair, eid mubarak ya muslimoon~!

Selamat hari raya 'Idul Fitri saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Sepuluh jari disusun, memohon kemaafan andai ada silap dan salah selama kita berkenalan. Semoga ikatan ukhuwwah kita berkekalan dan juga senantiasa di landasan Islam. Sesungguhnya ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan di bawah 'Arasy Allah pada hari qiamat kelak, antaranya adalah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah ta'ala. Moga kita tergolong dalam golongan tersebut insyaAllah.

Hidupkanlah hari raya dengan semeriahnya kerana hari ini adalah hari kemenangan umat Islam kepada yang berjaya menahan nafsu terutamanya nafsu makan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Tapi ingat, bukan maknanya telah habis Ramadhan, kita boleh buat perkara-perkara yang disukai nafsu. Nafsu tidak boleh dimatikan, tapi perlu dikawal. Oleh yang demikian, semoga dengan ujian di bulan Ramadhan yang telah kita lalu telah mengajar kita erti kehidupan, iaitu kehidupan yang penuh dengan ujian ini. Setiap ujian adalah tarbiyyah dari Allah, maka beruntunglah kepada sesiapa yang berjaya mengharunginya.

Akhir kata, salam eid mubarak dari saya, pelajar perubatan tahun pertama JJM Medical College, Davangere India.

Pelajar-pelajar batch 2008/2009, JJM Medical College dan Bapuji Dental College, Davangere India.

Sep 20, 2008

Kisah satu malam

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan.

Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.

Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

-al Qadr 1-5

Sep 7, 2008

let's create an indian plexus..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."

[al Hujuraat 10]

JaSSI, iaitu Jalinan Sahabat Seluruh India, adalah satu inisiatif untuk mewujudkan lingkaran kesatuan pelajar-pelajar malaysia yang bertaburan di bumi india ini. bergerak di bawah payung PPIM, insyaAllah cawangan India akan diwujudkan, mengikut jejak langkah cawangan-cawangan di UK dan Rusia. untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila layari laman web promo JaSSI, klik di sini.

doakan kejayaan pelancaran IMAM India ya.

pautan web:

PPIM : http://www.ppim.org.my/
IMAM UK & Eire : http://www.imamukireland.com/
IMAM Russia : http://imamrsc.com/

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar."

[al Hujuraat 15]

Aug 24, 2008

namaskara india

assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

alhamdulillah, saya telah selamat sampai ke India, benua turunnya Nabi Allah Adam 'alaihissalam. di sinilah bermulanya kehidupan manusia di bumi, iaitu Nabi Adam diturunkan di Sri Lanka, dan nenda kita Hawa di Jeddah. semoga kehidupan baru yang saya akan hadapi di sini akan diredhai Allah dan di bawah lindunganNya senantiasa, insya allah.

tibanya saya di Bangalore International Airport pada 11.15pm, 5 ogos 2008. kemudian mengharungi perjalanan bas yang berliku (ya, jalan di india penuh dengan lubang) selama 6 jam ke davangere. tiba di Bapuji Guest House pada jam 7.30am, keesokan harinya.

kami telah menghadapi sesi orientasi selama 2 minggu. minggu pertama lebih memfokuskan kepada mengenali kolej, dan minggu kedua pula berjalan-jalan di serata negeri Karnataka. Jog Falls, Hampi, Hospet, Belur, Halebidu, Shravanabelagola, semuanya telah dilawati. mendapat pengalaman untuk mendirikan solat pada waktu-waktu yang sukar, solat di tanah lapang, solat di padang, dan banyak lagi pengalaman yang dapat saya harungi sewaktu 3 minggu yang lalu. Alhamdulillah, ujian itu tarbiyyah dari Allah, inilah hikmah kembara.

nama kolej saya adalah JJM Medical College, Davangere. program MBBS selama 5.5 tahun, dari ogos 2008 hingga januari 2014 insya allah. doakan kejayaan saya dan rakan-rakan seperjuangan saya di sini.

maaf kerana tiada gambar dilampirkan sekali, kerana hanya internet connection melalui GPRS yang ada. connection speed is relavitely very slow compared to malaysia's streamyx. alhamdulillah, cukup untuk membaca e-mail, ber-yahoo messenger (tapi tidak boleh voice chat), membuka laman web yang menarik, dan juga menulis blog yang tidak bergambar.

pada tahun pertama, subjek Anatomy, Physiology, dan Biochemistry akan saya pelajari. kelas untuk setiap Isnin hingga Khamis, 8 pagi hingga 4.30 petang, rehat 1pm-2.30pm. untuk Jumaat dan Sabtu, hanya kelas pagi. setiap dua minggu, akan ada tutorial classes pada petang Jumaat dan Sabtu, dan sebenarnya Jumaat dan Sabtu tidak ada beza sangat dengan hari-hari lain. India hanya cuti pada hari Ahad.

nombor saya di india, +91 973 101 3725. waktu di india adalah 2 jam 30 minit lewat dari malaysia.

insya allah bila kelapangan, akan saya ceritakan kehidupan di india dengan lebih mendalam.

Ilalliqo' ma'assalamah.

jangan lupa doakan kami ya!

vocabulary of kannada language~

-namaskara = salam sejahtera
- nanne hesaru = nama saya..
- nanne uru = saya dari..
- illa = tidak
- agola = saya tak boleh
- beda = tak mahu
- hawdu = ya
- danyavadagalu = terima kasih

(banyak kata nafi, al-maklum, penjual di india suka untuk mendesak kita membeli barangan mereka, hehe)

Aug 5, 2008

selamat tinggal malaysia!

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

insyaallah pada hari ini, 5 ogos 2008, saya akan menaiki pesawat MAS MH192 ke bangalore, india, pada jam 10.10malam.

maka, saya akan menetap di sana selama 5.5 tahun! tapi insya allah saya akan pulang ke malaysia bila kelapangan.

doakan kejayaanku dan rakan-rakanku ya!

-INNALLAHA MA'ANA-