Sep 25, 2009

Eid Mubarak!

Assalamualaikum w.b.t.

Allahu akbar, allahu akbar, allahu akbaru wa lillah-ilhamd!

takbir syawal bergema di Bapuji International Hostel, Davangere. inilah kali kedua saya menyambut Idul Fitri di perantauan. walaupun berjauhan dari keluarga, rindu itu terubat dengan kehadiran rakan-rakan dari Kolar, Belgaum, Mysore, Salem, Mangalore, Manipal, dan Pondicherry. walaupun 90% daripada mereka merupakan batch junior, tetapi kebanyakan dari mereka telah saya kenali sewaktu di KTT lagi, dan saya juga bersyukur kerana mereka sanggup datang dari jauh untuk meriahkan hari kemenangan umat Islam ini. Taqabbal-allahu minna wa minkum!

jutaan terima kasih juga diucapkan kepada encik khairudin abdullah, konsul pendidikan dan latihan yang bertugas di India ini. beliau yang mencadangkan sambutan Idul Fitri tahun ini untuk dilangsungkan di Davangere. terima kasih kerana memilih tempat kami!

terima kasih juga kepada warga kerja Jawatankuasa Idul Fitri 2009 Davangere, yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. dan tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

sedikit coretan tentang sambutan tahun ini;

hostelku!

sukarelawan basuh ayam 100 kg.

rakan dari salem sedang main bunga api.

takbir raya di pagi syawwal.

solat dan khutbah idul fitri.

"taqabbal-allahu minna wa minkum!"

encik khairudin memberi ucapan.

dewan dipenuhi 250 pelajar serata india!

ketua chef kami, fikri saim. sedap!



untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik album facebook saya DI SINI.

salam dari davangere. minal aidin wal faizin!

p/s: saya lahir pada 22 mei 1988, bersamaan 6 syawwal 1408. hari ini 6 syawwal 1430. kalau ikut kalendar hijrah, saya telah 22 tahun. selamat hari lahir?

Sep 8, 2009

tahun kedua!

Assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah, seperti yang telah saya beritahu pada entri yang lepas, telah saya pulang ke India pada malam 28 Ogos 2009. bermula 1 September yang lalu, telah bermula sesi 'persekolahan' tahun kedua program MBBS ini.

subjek-subjek asas yang telah saya pelajari pada 'tahun pertama' adalah;
  • Anatomy
  • Physiology
  • Biochemistry
untuk pengetahuan semua, 'tahun kedua' MBBS di India ini berjalan selama 1.5 tahun. maka, dengan bermulanya kelas pada minggu lepas, 'tahun kedua' MBBS akan diakhiri dengan satu lagi peperiksaan besar, pada Februari 2011 insyaallah.

dalam 'tahun kedua', terdapat 4 subjek yang dipelajari, iaitu;
  • Pathology
  • Microbiology
  • Pharmacology
  • Forensic Medicine

pada masa yang sama, subjek 'tahun ketiga' juga diajar seiring dengan subjek-subjek 'tahun kedua'. subjek-subjek 'tahun ketiga' yang saya sedang hadapi sekarang adalah;
  • Medicine
  • Surgery
  • Obstetrics and Gynaecology

oleh kerana kedua-dua pelajaran 'tahun kedua' dan 'tahun ketiga' dipelajari sekali gus, maka kelas pun semakin padat.

Isnin sampai Sabtu, 8am-4.30pm.

yang menariknya, setiap hari 9am-12pm ada 'posting', iaitu kami akan ke hospital dan membuat latihan praktikal di sana. setiap minggu akan masuk operation theatre, outpatient department, dan juga jabatan-jabatan lain. menarik kan? cuma kena belajar bahasa kannada untuk dapat berkomunikasi dengan pesakit dengan syumulnya. nimma hesaru yenu?

doakan agar saya dan rakan-rakan dapat memanfaatkan ilmu sepenuhnya.

salam dari davangere.

Aug 24, 2009

ahlan wa sahlan

Assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah, bulan ramadhan yang penuh barakah telah kembali. semoga kita dapat memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin.

pada 2 hari lepas, telah ditakdirkan saya bertemu dengan ustaz Abdul Aziz, imam tarawikh masjid negeri. beliau merupakan tempat saya bersoal jawab tentang masalah fiqh di India, kerana beliau juga pernah menuntut ilmu di negara yang sama. beliau merupakan anak didik Darul Ulum Sabilur Rasyad Arabic College, Bangalore, India. saya mula mengenali beliau sewaktu saya menghadiri kursus imam dan pendakwah di masjid sultan salahuddin abdul aziz shah (masjid negeri, shah alam), pada tahun 2007 yang lalu.

abang beliau, ustaz Abdul Muhaimin, juga telah saya temui. ustaz Muhaimin juga merupakan anak didik Darul Ulum Sabilur Rasyad. beliau pula merupakan penceramah jemputan bagi JaSSI 2008. JaSSI singkatan bagi Jalinan Sahabat Seluruh India, program tahunan IMAM India.


bersama ustaz Abdul Muhaimin di JaSSI 08.


mahu saya kongsikan bersama apa yang telah saya dapati dari pertemuan singkat dengan ustaz Abdul Aziz saban hari. beliau sekarang mentadbir sebuah sekolah tahfiz di Klang. beliau memberi sedikit nasihat tentang nikmat dan cara untuk bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi.

nikmat, bukan sahaja dengan wang, harta benda, kekayaan, kejayaan. tetapi juga masa lapang, ketenangan jiwa, dan yang paling yang kita tidak sedari adalah nikmat KESIHATAN. sering kita mengadu bahawa kita tidak cukup duit, tidak cukup masa, tidak cukup tenang. tetapi nikmat kesihatan yang sering kita abaikan.

mungkin setelah wabak H1N1 menular dengan rakusnya, lebih ramai sedar akan nikmat kesihatan ini. selalunya, bila kita sakit, baru kita ingat tentang nikmat tersebut. bila kita telah sembuh, mungkin kita akan lupa.

apabila kita sakit, susah nak beribadat, susah untuk bertadarus selama sejam, susah untuk mengerjakan solat malam. tetapi adakah kita lakukan amalan-amalan tersebut sewaktu kita sihat?

oleh yang demikian, dengan bulan ramadhan yang sedang kita lalui, bersederhanalah dalam berbuka, jagalah kesihatan dengan sebaiknya, pakailah penutup muka jika anda kuat batuk atau bersin, dan rakuslah kalian dalam beramal dalam bulan yang penuh ganjaran ini, semoga kita dapat tingkatkan iman kita insyaAllah.

jangan lupa sahur juga, kerana beza puasa seorang muslim dengan puasa orang lain adalah dengan bersahur, memadailah dengan seteguk air. tidak lupa juga niat berpuasa di malam hari.

berkenaan berbuka, saya kagum dengan ustaz Abdul Aziz dan rakan-rakan imamnya yang lain. mereka hanya berbuka dengan tamar dan bubur, kemudian mengerjakan solat maghrib, setelah itu mereka bertadarus al qur'an, kemudian solat isyak, disambung dengan solat tarawikh, dan setelah menikmati juadah moreh sedikit, mereka sambung bertadarus hingga ke lewat malam. kemudian bangun awal untuk berqiamullail. kagum saya dibuatnya.

oleh itu, tidak makan dan minum untuk sehari tidak melemahkan kita dari hari-hari yang lain. juga kepada orang yang bekerja, puasa bukan penghalang kita untuk mengurangkan produktiviti. para imam telah membuktikannya, walhal mereka juga mempunyai pelbagai urusan di siang hari, dan dengan pengisian ibadah di malam hari.

JOM PAKAT BERIBADAH SEIKHLAS MUNGKIN~!!

salam dari shah alam.
-imanulhassan-

p/s ; saya diundang masuk ke bilik imam dan bilik VIP selepas solat tarawikh ketika sedang berborak dengan ustaz Abdul Aziz, wah pengalaman yang best!

pp/s ; saya akan pulang ke india 28 ogos ini insyaallah, akan merindui suasana ramadhan di malaysia~

ppp/s ; 25 ogos ini (esok), adik-adik MARA KTT akan ke india. ramai yang ke JJMMC. kepada semua yang akan ke india esok, welcome to india, namaste~!!

Aug 19, 2009

syukur alhamdulillah, LULUS!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, setelah segala usaha yang telah digemblengkan selama setahun, serta berkat doa keluarga dan sahabat handai, Allah telah memberikan saya satu hadiah pada malam syaaban ini, SAYA TELAH LULUS TAHUN PERTAMA MBBS. subhanallah, syukur alhamdulillah.

secara jujurnya, saya sungguh terkejut dengan keputusan peperiksaan pada malam ini. sewaktu peperiksaan, banyak dugaan yang timbul, termasuklah menghidapi diarrhoea sewaktu exam physiology, dan juga demam selama seminggu di kala peperiksaan. tidak lupa juga kemalasan diri ini untuk mengulangkaji pelajaran, terutamanya subjek biochemistry.

sewaktu menghadapi kertas biochemistry, setelah melihat secara rawak soalan-soalan, saya telah menjangkakan saya akan gagal untuk lulus subjek ini. kebanyakan soalan ramalan saya tidak keluar. saya sungguh kesal kerana tidak menelaah pelajaran sebelum ini.

tetapi keajaiban timbul, setelah peperiksaan telah 45 minit berlangsung, tiba-tiba soalan utama tentang replication (yang saya tidak baca) ditukarkan kepada soalan regulation of calcium level in human body (soalan yang saya sangat minat!). saya sungguh bersyukur pada detik-detik tersebut, kerana ia mungkin menyelamatkan saya daripada gagal kertas tersebut.

dan ia terbukti benar.

setelah keputusan peperiksaan dipaparkan online, saya mendapat markah biochemistry sebanyak 77. markah untuk lulus adalah 75. soalan calcium regulation itu 'berharga' 10 markah. adakah ini nasib semata-mata? tidak, itulah pertolongan Allah kepada hamba-hambaNya, kerana Dia adalah Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani. saya telah mengalaminya sendiri. masyaAllah!

tetapi, adakah saya betul-betul bersyukur? adakah amalanku semakin hari semakin mantap? itu yang saya ragu-ragu.

ya Allah, kuatkanlah hatiku ini dalam istiqamah melakukan ibadah kepadaMu, dan kuatkanlah imanku, janganlah pesongkan hatiku, tetapkanlah pendirianku. dan lindungilah hambaMu ini dari segala musibah, sesungguhnya Kau sahajalah tempatku meminta pertolongan.

moga2 kita semua istiqamah dalam amal ma'ruf nahi munkar, agar kita sentiasa mendapat rahmat dan berkat dariNya. mungkin keajaiban seperti tadi akan berlaku lagi? hanya Allah yang tahu.

kepada semua sahabat-sahabat perjuanganku terutamanya di JJM Medical College, tidak kira yang lulus atau yang gagal, teruskan usaha. kerana setelah melepasi satu cabaran, lebih banyak lagi cabaran-cabaran yang mendatang kelak. moga kita bersedia menghadapinya semua insyaAllah.

wassalam.

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. [ali Imran 103]

Aug 18, 2009

Fikah Luar Negara, best!

Assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah, selesai sudah saya membaca satu buku yang sangat bermanfaat untuk kita semua, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang belajar di luar negara.

buku tersebut ringkas, hanya 125 muka surat, bahasa tulisan yang santai dan mudah untuk difahami, keluaran PTS Publications.

buku tersebut bertajuk FIKAH LUAR NEGARA. karangan ustaz maszlee malik dan hamidah mat.



tahukah anda apa itu khuf? adakah ia sejenis pakaian?

solat jama', boleh dilakukan walaupun tidak bermusafir?

apa itu jama', apa itu qasar?

solat jumaat di perantauan, tidak cukup 40 orang, bagaimana?

muslimah boleh solat tanpa telekung, benarkah?

adakah persoalan-persoalan di atas sering timbul di fikiran anda? jika anda seorang pelajar atau bakal pelajar ke luar negara, ataupun bekerja di luar negara sekalipun, semestinya persoalan di atas merupakan perkara-perkara yang hangat diperkatakan. insyaAllah buku ini dapat membimbing sedikit sebanyak dalam menyelesaikan pelbagai kemusykilan tersebut.

hanya RM19 di pasaran, jika anda beli di pesta buku, lebih murah insyaAllah.

semoga bermanfaat, selamat membaca.

wassalam.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. [ali Imran 110]

Aug 12, 2009

Latest updates for MARA juniors.

Assalamualaikum w.b.t.

seperti semua sudah maklum, kepada sesiapa yang 12points masih belum pasti dapat meneruskan pelajaran di luar negara. insyaallah keputusan senat MARA akan diumumkan dalam masa terdekat ini, berdoalah agar 12points diterima untuk ke luar negara, ameen.

kepada 10points, dukacita dimaklumkan pihak CUCMS telah menetapkan sekurang2nya BBC dalam tiga matapelajaran terbaik. mungkin tiada rezeki untuk ke sana, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kalian semua.

oleh kerana 12points tidak pasti lagi statusnya, ada yang berpendapat untuk menempah tempat di dalam negara seperti CUCMS dan IMU. ikutlah naluri masing2 kerana keputusan daripada pihak MARA masih tidak diketahui. cuma anda perlu membelanja dalam rm300 untuk yuran permohonan.

kepada 11points, memang tiada pilihan lain selain mendapat tempat di CUCMS atau IMU. saya tidak tahu apa requirement IMU tetapi saya telah merisik CUCMS dan mereka masih menerima permohonan baru tetapi dengan kadar segera. online application CUCMS difahamkan tergendala buat waktu ini. untuk membuat permohonan, sila rujuk person-in-charge pendaftaran Puan Haliza 0122059654 segera. beritahu anda mahu mohon untuk memasuki program MBBS di CUCMS, dan beritahu keputusan A level anda. insyaallah akan diterima jika anda 11 atau 12 points.

borang2 yang perlu dibawa untuk ke CUCMS adalah;
  • Salinan SPM (original bawa sekali lagi bagus)
  • Salinan keputusan A-Level (tidak dapat lagi kan? sila minta KTT faks result ke CUCMS)
  • Salinan IC dan Surat beranak
  • Gambar berukuran pasport (at least 2 keping)
  • Salinan Pendapatan atau Slip Gaji Bulanan/Tahunan Ayah dan Ibu
  • Duit proses rm300 pada hari temuduga
for precaution, bawa sekali salinan asal untuk semua.

kepada 13points dan ke atas, tempat anda semua telah ada di luar negara. mungkin ada yang kena tukar universiti terutamanya pelajar2 yang patutnya ke DY Patil dan Yenepoya. tetapi apa2pun, kamu semua akan fly insyaAllah.

doakan agar 12points dapat ke luar negara juga insyaAllah. semoga bermanfaat.