Oct 30, 2009

End posting dan bangalore.

Assalamualaikum wbt.

Kembali kita bersua sekali lagi di laman ini. Alhamdulillah, hari ini 'phalanges' saya agak rajin untuk menari di keyboard. bukan apa, agak gembira baru sahaja tamatkan posting surgery department selama 2 bulan ini pagi tadi. diakhiri dengan end-posting.

apakah itu end-posting?

end-posting adalah satu peperiksaan yang dikendalikan setiap kali habis sesuatu posting.

posting itu apa pula?

posting itu adalah apabila seorang pelajar perubatan perlu ke hospital untuk menimba pengalaman selama 3 jam setiap hari. di samping itu, perlu ambil satu kes pesakit, dan bentangkan depan professor, termasuklah 'diagnosis'nya. setiap jabatan paling kurang mesti sekali kita kena posting dengan jabatan tersebut. ada banyak jabatan dekat dalam sesuatu hospital, antaranya surgery, medicine, OBG, ophthalmology, paediatrics, dan lain-lain. setiap posting jangka masa dia adalah lebih kurang 2 bulan.

saya baru sahaja habis posting surgery pagi tadi. mula posting 1 september yang lalu. hari ini genap 2 bulan. alhamdulillah, dapat kes 'varicose vein', agak mudah bagi saya berbanding kes-kes lain. minggu depan pula, saya akan posting di medicine department, 2 bulan lagi jangka masanya.

jangan pelik, kalau belajar medic di india, 2nd year dah mula posting. kebiasaannya 3rd year baru mula posting (tak tahu pula negara mana tapi rasanya malaysia 3rd year kut :p)

ok, itu sedikit sebanyak tentang saya dan posting.

setiap perbuatan dimulakan dengan niat, sabda rasulullah s.a.w. mafhumnya;

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

maka, niat saya pada kali ini adalah mahu mempromosi satu program anjuran Islamic Youth Association (IYA) Bangalore, pada 7 November ini. di bawah ini posternya;


kepada sesiapa yang internetnya agak lembap (macam saya punya internet) dan poster di atas tak nampak-nampak, ini isi pentingnya;

Medicine Coffee Shop, 'a medical talk show'
7 November 2009, 8pm-10pm.
Shri Ram Sadhana Club House, Yeshwanthpur, Bangalore.
Penceramah jemputan : Dr Zainurrashid, Dr Nazihah.

mari ke program ini beramai-ramai~!! semua dijemput hadir, terutamanya warga negara malaysia yang belajar di india. sesiapa rakyat malaysia yang ada di malaysia, atau di indonesia, atau UK, atau Ireland, atau Mesir, atau mana-mana sahaja, dijemput juga datang. tiket kapal terbang RM1300 ulang alik dari KLIA ke Bangalore. :)

semoga bermanfaat.

wassalam~

p/s : 'phalanges' adalah terma perubatan yang bermaksud 'jari-jari'.

pp/s : 'diagnosis' adalah rumusan penyakit yang kita anggap seseorang pesakit menghidap penyakit itu. sebagai contoh, kalau kita menghidap hidung berair, maka diagnosisnya adalah 'selesema'.

ppp/s : 'varicose vein' adalah keadaan di mana vein (pembuluh darah) kita membesar dan bengkang-bengkok seperti ular kena palu. ia disebabkan oleh banyak sebab, kebanyakannya adalah kerana injap vein rosak. vein paling selalu menghidap penyakit ini adalah vein di kaki.

pppp/s : jumpa di bangalore nanti, insyaAllah =)

Oct 25, 2009

Aku bukan siapa-siapa, tetapi aku benar sayangkan kamu.

Assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah, telah diberi kekuatan dan keizinan dariNya untuk saya kembali menjenguk blog ini (setelah sebulan tak bergerak-gerak). tetapi kali ini saya tidak akan tulis apa-apa yang saya fikirkan, tetapi saya mahu berkongsi satu puisi yang saya peroleh dari kawan saya. dan saya rasa sungguh rugi jika tidak berkongsi bersama.

mari hayati puisi ini.

bismillahirrahmanirrahim~
dengan nama ALLAH yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..

tangan ini kaku
bibir ini kelu
tapi biarlah hati ini yang bermadah..

aku bukan siapa-siapa
tapi aku saudaramu yang sayangkan kamu

aku bukan siapa-siapa
tapi aku sahabat yang percayakan kamu

aku bukan siapa-siapa
tapi aku ingin sekali dekat dengan kamu

andai dihitung nilai dunia
akan sama nilainya dengan nilai seorang wanita

aku wanita
kau juga wanita
nilai kita tinggi
dan kita juga ditinggikan oleh Allah dan RasulNya

pernahkah kita terfikir
kenapa agaknya aku dilahirkan sebagai seorang wanita
kenapa aku terpilih menjadi seorang gadis
dan kenapa aku terpilih menjadi seorang ibu

semuanya tercatat di LUH MAHFUZ
aku tidak tahu
kau jua mungkin begitu

namun, yang pasti
ciptaan Allah itu tidak sia-sia

kau wanita dilahirkan dalam keadaan sempurna
sempurna rupa paras dan sifat
menjadi begitu indah di pandangan lelaki
menjadi buruan ramai pemuda

senyumanmu menawan
matamu indah
tanganmu lembut
siapa yg tidak tertawan dengan keayuanmu
siapa yang tidak tertarik dengan gelak tawamu
siapa yang tidak terpikat dengan kelembutanmu


namun, wanita
bukankah ciptaan Allah itu sudah cukup sempurna?
dan Allah Maha mencipta segala sesuatu..

jadi
kepada siapa senyummu yang indah ditujukan
kepada siapa sebenarnya matamu yang ayu ditatapkan
kepada siapa tanganmu yang lembut dipegang erat?

senyumanmu bukan untuk dia
matamu bukan untuk dia
tanganmu bukan jua untuk dia
kerana dia belum lagi bergelar SUAMImu
dan kerana dia belum layak lagi mendapat habuan itu..

aku bukan siapa-siapa
tapi aku mahu tersenyum bersama kamu

aku bukan siapa-siapa
tapi aku mahu memegang lembut tanganmu

aku bukan siapa-siapa
tapi aku saudaramu
yang kasihkanmu

aku ingin kita tersenyum disana
aku ingin kita berpegang tangan disana
aku ingin kita bersama disana

dunia ini hanya pinjaman
keseronokan hari ini akan hilang
kegembiraan hari ini akan pudar
andai hari ini kita masih terjerumus dalam dosa

Allah berfirman:~

"..bukan membuat dosa itu yang membuat Aku benci pada kamu..
tapi, akibat BERTERUSAN DALAM DOSA itu membuat Aku benci kepada kamu..."

nauzubillahiminzalik
janganlah Allah membenciku dan kamu..

aku tujukan ini bukan kepada yang bercouple
aku tujukan ini bukan juga kepada yang tidak bercouple

tapi aku tujukan ini buat sesiapa yang bergelar wanita
aku tujukan ini buat yang bergelar muslimah
kerana aku bukan siapa-siapa
aku juga seperti kamu

nilai kita tinggi
kita ada "madu" yang manis sekali
dulu aku tak mengerti manisnya madu yang aku punya
tapi sekarang baru aku fahami
madu itu akan bertambah manis lagi jika disimpan rapi

aku bukan siapa-siapa
dan kamu juga bukan siapa-siapa
kita sama disisi ALLAH
kerana itu aku sayangkan kamu

memang susah
memang payah
aku juga seperti kamu
aku juga rasakannya
kerana aku bukan siapa-siapa
aku juga manusia

tapi bukankah Allah telah berjanji
barangsiapa yang sabar melakukan kebaikan
maka Allah balas mereka dengan nikmat dan rahmat

memang nikmat itu lambat
memang nikmat itu tak terlihat
tapi yakinlah..
ia ada dihadapan nanti

cinta itu akan hadir
usah risau siapa
usah risau bagaimana
kerana semuanya telah tertulis di luh mahfuz lagi
Allah Mengetahui, padahal kamu tak ketahui

oleh itu
hiaskan diri kita dengan hiasan malu
tutupi aurat kita
jagalah pergaulan kita
kerana semuanya dalam pemerhatian Allah
Allah tahu padahal kamu tidak tahu..

wahai insan yang bergelar muslimah
masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan
janganlah kamu ambil separuh, buang yang separuh
kerana Islam itu indah
dan ALLAH juga indah
ALLAH juga suka yang indah-indah

dan seindah perhiasan ialah
wanita solehah~


aku bukan siapa-siapa
tapi aku benar-benar sayangkan kamu...


kredit ditujukan kepada 'keyla' (saya pun tak kenal siapa dia), yang sedang belajar di Czech Republic.

insyaAllah, semoga puisi ini bermanfaat.

wassalam.

p/s: sila sebarkan puisi ini, kerana teguran dan nasihat di dalamnya sangat berhikmah, sesuai dijadikan bacaan umum. =)

Sep 25, 2009

Eid Mubarak!

Assalamualaikum w.b.t.

Allahu akbar, allahu akbar, allahu akbaru wa lillah-ilhamd!

takbir syawal bergema di Bapuji International Hostel, Davangere. inilah kali kedua saya menyambut Idul Fitri di perantauan. walaupun berjauhan dari keluarga, rindu itu terubat dengan kehadiran rakan-rakan dari Kolar, Belgaum, Mysore, Salem, Mangalore, Manipal, dan Pondicherry. walaupun 90% daripada mereka merupakan batch junior, tetapi kebanyakan dari mereka telah saya kenali sewaktu di KTT lagi, dan saya juga bersyukur kerana mereka sanggup datang dari jauh untuk meriahkan hari kemenangan umat Islam ini. Taqabbal-allahu minna wa minkum!

jutaan terima kasih juga diucapkan kepada encik khairudin abdullah, konsul pendidikan dan latihan yang bertugas di India ini. beliau yang mencadangkan sambutan Idul Fitri tahun ini untuk dilangsungkan di Davangere. terima kasih kerana memilih tempat kami!

terima kasih juga kepada warga kerja Jawatankuasa Idul Fitri 2009 Davangere, yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. dan tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

sedikit coretan tentang sambutan tahun ini;

hostelku!

sukarelawan basuh ayam 100 kg.

rakan dari salem sedang main bunga api.

takbir raya di pagi syawwal.

solat dan khutbah idul fitri.

"taqabbal-allahu minna wa minkum!"

encik khairudin memberi ucapan.

dewan dipenuhi 250 pelajar serata india!

ketua chef kami, fikri saim. sedap!



untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik album facebook saya DI SINI.

salam dari davangere. minal aidin wal faizin!

p/s: saya lahir pada 22 mei 1988, bersamaan 6 syawwal 1408. hari ini 6 syawwal 1430. kalau ikut kalendar hijrah, saya telah 22 tahun. selamat hari lahir?

Sep 8, 2009

tahun kedua!

Assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah, seperti yang telah saya beritahu pada entri yang lepas, telah saya pulang ke India pada malam 28 Ogos 2009. bermula 1 September yang lalu, telah bermula sesi 'persekolahan' tahun kedua program MBBS ini.

subjek-subjek asas yang telah saya pelajari pada 'tahun pertama' adalah;
  • Anatomy
  • Physiology
  • Biochemistry
untuk pengetahuan semua, 'tahun kedua' MBBS di India ini berjalan selama 1.5 tahun. maka, dengan bermulanya kelas pada minggu lepas, 'tahun kedua' MBBS akan diakhiri dengan satu lagi peperiksaan besar, pada Februari 2011 insyaallah.

dalam 'tahun kedua', terdapat 4 subjek yang dipelajari, iaitu;
  • Pathology
  • Microbiology
  • Pharmacology
  • Forensic Medicine

pada masa yang sama, subjek 'tahun ketiga' juga diajar seiring dengan subjek-subjek 'tahun kedua'. subjek-subjek 'tahun ketiga' yang saya sedang hadapi sekarang adalah;
  • Medicine
  • Surgery
  • Obstetrics and Gynaecology

oleh kerana kedua-dua pelajaran 'tahun kedua' dan 'tahun ketiga' dipelajari sekali gus, maka kelas pun semakin padat.

Isnin sampai Sabtu, 8am-4.30pm.

yang menariknya, setiap hari 9am-12pm ada 'posting', iaitu kami akan ke hospital dan membuat latihan praktikal di sana. setiap minggu akan masuk operation theatre, outpatient department, dan juga jabatan-jabatan lain. menarik kan? cuma kena belajar bahasa kannada untuk dapat berkomunikasi dengan pesakit dengan syumulnya. nimma hesaru yenu?

doakan agar saya dan rakan-rakan dapat memanfaatkan ilmu sepenuhnya.

salam dari davangere.

Aug 24, 2009

ahlan wa sahlan

Assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah, bulan ramadhan yang penuh barakah telah kembali. semoga kita dapat memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin.

pada 2 hari lepas, telah ditakdirkan saya bertemu dengan ustaz Abdul Aziz, imam tarawikh masjid negeri. beliau merupakan tempat saya bersoal jawab tentang masalah fiqh di India, kerana beliau juga pernah menuntut ilmu di negara yang sama. beliau merupakan anak didik Darul Ulum Sabilur Rasyad Arabic College, Bangalore, India. saya mula mengenali beliau sewaktu saya menghadiri kursus imam dan pendakwah di masjid sultan salahuddin abdul aziz shah (masjid negeri, shah alam), pada tahun 2007 yang lalu.

abang beliau, ustaz Abdul Muhaimin, juga telah saya temui. ustaz Muhaimin juga merupakan anak didik Darul Ulum Sabilur Rasyad. beliau pula merupakan penceramah jemputan bagi JaSSI 2008. JaSSI singkatan bagi Jalinan Sahabat Seluruh India, program tahunan IMAM India.


bersama ustaz Abdul Muhaimin di JaSSI 08.


mahu saya kongsikan bersama apa yang telah saya dapati dari pertemuan singkat dengan ustaz Abdul Aziz saban hari. beliau sekarang mentadbir sebuah sekolah tahfiz di Klang. beliau memberi sedikit nasihat tentang nikmat dan cara untuk bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi.

nikmat, bukan sahaja dengan wang, harta benda, kekayaan, kejayaan. tetapi juga masa lapang, ketenangan jiwa, dan yang paling yang kita tidak sedari adalah nikmat KESIHATAN. sering kita mengadu bahawa kita tidak cukup duit, tidak cukup masa, tidak cukup tenang. tetapi nikmat kesihatan yang sering kita abaikan.

mungkin setelah wabak H1N1 menular dengan rakusnya, lebih ramai sedar akan nikmat kesihatan ini. selalunya, bila kita sakit, baru kita ingat tentang nikmat tersebut. bila kita telah sembuh, mungkin kita akan lupa.

apabila kita sakit, susah nak beribadat, susah untuk bertadarus selama sejam, susah untuk mengerjakan solat malam. tetapi adakah kita lakukan amalan-amalan tersebut sewaktu kita sihat?

oleh yang demikian, dengan bulan ramadhan yang sedang kita lalui, bersederhanalah dalam berbuka, jagalah kesihatan dengan sebaiknya, pakailah penutup muka jika anda kuat batuk atau bersin, dan rakuslah kalian dalam beramal dalam bulan yang penuh ganjaran ini, semoga kita dapat tingkatkan iman kita insyaAllah.

jangan lupa sahur juga, kerana beza puasa seorang muslim dengan puasa orang lain adalah dengan bersahur, memadailah dengan seteguk air. tidak lupa juga niat berpuasa di malam hari.

berkenaan berbuka, saya kagum dengan ustaz Abdul Aziz dan rakan-rakan imamnya yang lain. mereka hanya berbuka dengan tamar dan bubur, kemudian mengerjakan solat maghrib, setelah itu mereka bertadarus al qur'an, kemudian solat isyak, disambung dengan solat tarawikh, dan setelah menikmati juadah moreh sedikit, mereka sambung bertadarus hingga ke lewat malam. kemudian bangun awal untuk berqiamullail. kagum saya dibuatnya.

oleh itu, tidak makan dan minum untuk sehari tidak melemahkan kita dari hari-hari yang lain. juga kepada orang yang bekerja, puasa bukan penghalang kita untuk mengurangkan produktiviti. para imam telah membuktikannya, walhal mereka juga mempunyai pelbagai urusan di siang hari, dan dengan pengisian ibadah di malam hari.

JOM PAKAT BERIBADAH SEIKHLAS MUNGKIN~!!

salam dari shah alam.
-imanulhassan-

p/s ; saya diundang masuk ke bilik imam dan bilik VIP selepas solat tarawikh ketika sedang berborak dengan ustaz Abdul Aziz, wah pengalaman yang best!

pp/s ; saya akan pulang ke india 28 ogos ini insyaallah, akan merindui suasana ramadhan di malaysia~

ppp/s ; 25 ogos ini (esok), adik-adik MARA KTT akan ke india. ramai yang ke JJMMC. kepada semua yang akan ke india esok, welcome to india, namaste~!!

Aug 19, 2009

syukur alhamdulillah, LULUS!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, setelah segala usaha yang telah digemblengkan selama setahun, serta berkat doa keluarga dan sahabat handai, Allah telah memberikan saya satu hadiah pada malam syaaban ini, SAYA TELAH LULUS TAHUN PERTAMA MBBS. subhanallah, syukur alhamdulillah.

secara jujurnya, saya sungguh terkejut dengan keputusan peperiksaan pada malam ini. sewaktu peperiksaan, banyak dugaan yang timbul, termasuklah menghidapi diarrhoea sewaktu exam physiology, dan juga demam selama seminggu di kala peperiksaan. tidak lupa juga kemalasan diri ini untuk mengulangkaji pelajaran, terutamanya subjek biochemistry.

sewaktu menghadapi kertas biochemistry, setelah melihat secara rawak soalan-soalan, saya telah menjangkakan saya akan gagal untuk lulus subjek ini. kebanyakan soalan ramalan saya tidak keluar. saya sungguh kesal kerana tidak menelaah pelajaran sebelum ini.

tetapi keajaiban timbul, setelah peperiksaan telah 45 minit berlangsung, tiba-tiba soalan utama tentang replication (yang saya tidak baca) ditukarkan kepada soalan regulation of calcium level in human body (soalan yang saya sangat minat!). saya sungguh bersyukur pada detik-detik tersebut, kerana ia mungkin menyelamatkan saya daripada gagal kertas tersebut.

dan ia terbukti benar.

setelah keputusan peperiksaan dipaparkan online, saya mendapat markah biochemistry sebanyak 77. markah untuk lulus adalah 75. soalan calcium regulation itu 'berharga' 10 markah. adakah ini nasib semata-mata? tidak, itulah pertolongan Allah kepada hamba-hambaNya, kerana Dia adalah Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani. saya telah mengalaminya sendiri. masyaAllah!

tetapi, adakah saya betul-betul bersyukur? adakah amalanku semakin hari semakin mantap? itu yang saya ragu-ragu.

ya Allah, kuatkanlah hatiku ini dalam istiqamah melakukan ibadah kepadaMu, dan kuatkanlah imanku, janganlah pesongkan hatiku, tetapkanlah pendirianku. dan lindungilah hambaMu ini dari segala musibah, sesungguhnya Kau sahajalah tempatku meminta pertolongan.

moga2 kita semua istiqamah dalam amal ma'ruf nahi munkar, agar kita sentiasa mendapat rahmat dan berkat dariNya. mungkin keajaiban seperti tadi akan berlaku lagi? hanya Allah yang tahu.

kepada semua sahabat-sahabat perjuanganku terutamanya di JJM Medical College, tidak kira yang lulus atau yang gagal, teruskan usaha. kerana setelah melepasi satu cabaran, lebih banyak lagi cabaran-cabaran yang mendatang kelak. moga kita bersedia menghadapinya semua insyaAllah.

wassalam.

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. [ali Imran 103]