Jun 19, 2009

Finals, just around the corner?

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya mahu cerita tentang final exam.

Seperti yang telah saya terangkan saban hari, final exam ada 2 parts, Theory dan Practicals.

Jadual untuk theory adalah seperti berikut;
  • 29/06/2009 = Biochemistry paper I & II
  • 01/07/2009 = Physiology paper I
  • 02/07/2009 = Physiology paper II
  • 04/07/2009 = Anatomy paper I
  • 06/07/2009 = Anatomy paper II
Untuk practicals part pula, jadual belum diberitahu lagi.

Maka, exam tak tahu exactly habis bila.

Maka, tak boleh beli tiket lagi.

Oleh yang demikiannnnn, saya merayu kepada encik rameshwar thakur, cansellor rguhs, untuk keluarkan jadual secepat mungkin. tiket lagi lambat beli lagi mahal.

jap, apa itu RGUHS?

RGUHS stands for Rajiv Gandhi University of Health Sciences, ia merupakan examination board untuk most of the medical colleges di negeri karnataka ini. JJMMC tergolong antaranya.

untuk melayari website dia, sila taip www.rguhs.ac.in . lepas dah taip, jangan lupa tekan enter.

itu sahaja, moga bersua di lain hari. salam dari india~!

No comments: