Alhamdulillah, sesi menunggu result A-Level telah tamat. semua telah mendapat result masing2. kepada yang 13 points dan ke atas, tahniah diucapkan kerana dapat meneruskan biasiswa skim pelajar cemerlang MARA.
kepada yang 12 points, tahniah juga diucapkan dan anda juga insyaAllah akan melanjutkan pelajaran ke luar negara walaupun tidak mendapat 13 dan ke atas. cuma anda akan diletakkan di bawah skim pelajar terbuka MARA, bezanya dengan skim satu lagi tu, kamu tidak dapat elaun komputer. dan bayaran balik setelah tamat pengajian lebih sedikit dari skim pelajar cemerlang.
kepada yang 11 points dan ke bawah, Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kamu semua. ada hikmahnya anda perlu meneruskan pelajaran di dalam negara sahaja. jangan gusar jikalau naluri kamu mengatakan kamu tidak boleh lagi sambung dalam bidang perubatan. katakan tidak kepada naluri kamu itu.
kepada sesiapa yang mendapat 11 points, ada dua kolej perubatan yang masih boleh menerima anda;
- Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Cyberjaya Selangor
- International Medical University (IMU), Bukit Jalil Kuala Lumpur
untuk IMU, mereka akan mulakan kelas pada 24/08/2009. tidak pasti mereka telah tutup permohonan baru atau belum, tetapi tidak rugi mencuba. untuk IMU, sila klik di sini.
kepada yang mendapat 10 points, menurut pengalaman batch saya pada tahun lepas, IMU tidak terima 10 points, tetapi CUCMS masih menerima. tidak tahu pula tahun ini bagaimana. tidak rugi untuk mencuba.
kepada yang kurang daripada 10 points, mungkin susah untuk mendapat antara dua kolej itu. tidak rugi mencuba juga. tetapi pelan back-up harus dilaksanakan agar dapat meneruskan pelajaran dalam apa jua bidang selepas ini.
saya mencadangkan Management and Science University (MSU), shah alam. mereka menawarkan Ijazah Bioperubatan yang merupakan ijazah 4 tahun dan jika prestasi anda sangat bagus, anda masih boleh mendapat tajaan MARA ke luar negara untuk belajar perubatan di luar negara, antara contohnya International Medical School (IMS) Bangalore, India.
insyaAllah dengan entri kali ini dapat membantu sesiapa yang kurang bernasib baik untuk terus melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang perubatan. semoga Allah menolong kamu ;)
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [al Baqarah ayat 216]
2 comments:
May Allah bless you..
ameen. thanks ;)
Post a Comment