Aug 19, 2009

syukur alhamdulillah, LULUS!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, setelah segala usaha yang telah digemblengkan selama setahun, serta berkat doa keluarga dan sahabat handai, Allah telah memberikan saya satu hadiah pada malam syaaban ini, SAYA TELAH LULUS TAHUN PERTAMA MBBS. subhanallah, syukur alhamdulillah.

secara jujurnya, saya sungguh terkejut dengan keputusan peperiksaan pada malam ini. sewaktu peperiksaan, banyak dugaan yang timbul, termasuklah menghidapi diarrhoea sewaktu exam physiology, dan juga demam selama seminggu di kala peperiksaan. tidak lupa juga kemalasan diri ini untuk mengulangkaji pelajaran, terutamanya subjek biochemistry.

sewaktu menghadapi kertas biochemistry, setelah melihat secara rawak soalan-soalan, saya telah menjangkakan saya akan gagal untuk lulus subjek ini. kebanyakan soalan ramalan saya tidak keluar. saya sungguh kesal kerana tidak menelaah pelajaran sebelum ini.

tetapi keajaiban timbul, setelah peperiksaan telah 45 minit berlangsung, tiba-tiba soalan utama tentang replication (yang saya tidak baca) ditukarkan kepada soalan regulation of calcium level in human body (soalan yang saya sangat minat!). saya sungguh bersyukur pada detik-detik tersebut, kerana ia mungkin menyelamatkan saya daripada gagal kertas tersebut.

dan ia terbukti benar.

setelah keputusan peperiksaan dipaparkan online, saya mendapat markah biochemistry sebanyak 77. markah untuk lulus adalah 75. soalan calcium regulation itu 'berharga' 10 markah. adakah ini nasib semata-mata? tidak, itulah pertolongan Allah kepada hamba-hambaNya, kerana Dia adalah Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani. saya telah mengalaminya sendiri. masyaAllah!

tetapi, adakah saya betul-betul bersyukur? adakah amalanku semakin hari semakin mantap? itu yang saya ragu-ragu.

ya Allah, kuatkanlah hatiku ini dalam istiqamah melakukan ibadah kepadaMu, dan kuatkanlah imanku, janganlah pesongkan hatiku, tetapkanlah pendirianku. dan lindungilah hambaMu ini dari segala musibah, sesungguhnya Kau sahajalah tempatku meminta pertolongan.

moga2 kita semua istiqamah dalam amal ma'ruf nahi munkar, agar kita sentiasa mendapat rahmat dan berkat dariNya. mungkin keajaiban seperti tadi akan berlaku lagi? hanya Allah yang tahu.

kepada semua sahabat-sahabat perjuanganku terutamanya di JJM Medical College, tidak kira yang lulus atau yang gagal, teruskan usaha. kerana setelah melepasi satu cabaran, lebih banyak lagi cabaran-cabaran yang mendatang kelak. moga kita bersedia menghadapinya semua insyaAllah.

wassalam.

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. [ali Imran 103]

12 comments:

Akhdan wafiy said...

congratulation again...
jgn risau man, Allah akan sentiasa bersama hamba-Nya yang tidak jemu2 mencari keredhaan dari-Nya..

malinaramlan said...

congrats imanul!! :)

imanulhassan said...

thanks izwan dan malina!

nur_amalina said...

congrats iman! selamat berpuasa! =)

nur_amalina said...

congrats iman! selamat berpuasa! =)

nur_amalina said...

congrats iman! selamat berpuasa! =)

imanulhassan said...

thanks amalina! amboi sampai 3 kali comment hehe.

mohdnoor said...

salam, bro..
congratz.. stay istiqamah kat sane..
slmat bpuasa dan b'ibadat :-)

Nur Natasya said...

WAH.TAHNIAH2 DAH LULUS...SMG THN2 YG AKAN DTG PAK CIK DPT RESULT YG LBH BAIK LG....:)

imanulhassan said...

TERIMA KASIH MAKCIK. INSYAALLAH SAYA AKAN BUAT YANG LEBIH BAIK. AWAT MAKCIK CAPS LOCK NIH?? HEPI SGT NAMPAK HAHA.

Nur Natasya said...

CEH, GN BLOCK LETTER PUN SLH KER??
ANYHOW SLMT BPOSE N MHABISKN SISA2 CUTI KAT SANE....

imanulhassan said...

YE LAH TAK SALAH PON, CUMA LAIN DARI YANG LAIN JE, HEHE.

SELAMAT BERPUASA KEPADA MAKCIK DAN RAKAN2 SE-MANGALORE!