Nov 4, 2009

ISK-II, Manipal.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang telah memberi kita nikmat untuk menghirup lagi oxygen dan memberi peluang kepada kita untuk melihat ke skrin komputer ini.

Pada post yang lepas, saya telah mempromosi program IYA Bangalore iaitu 'Medicine Coffee House', yang akan berlangsung pada malam 7 November 2009 insyaAllah. untuk pengetahuan semua, pada Ahad pagi keesokan harinya, IYA Bangalore telah merancang satu lagi program, iaitu ceramah Palestin, siri ke-3, insyaAllah program berkembar ini akan berjalan dengan izin-Nya, doa-doakanlah :)

ini poster ceramah Palestin, hari ahad, 8 November 2009, di Bangalore

Pada hujung minggu yang sama juga, IYA Manipal akan menganjurkan 'Ini Sejarah Kita, siri ke-2', yang akan berlangsung di Masjid Manipal pada 7 hingga 8 November 2009, insyaAllah. penceramah pada program ini pula adalah tidak lain tidak bukan, abang alimin kita, final year MBBS dari KMC Mangalore. sempat lagi dia membuat program yang sangat besar ganjarannya, walaupun peperiksaan 3rd sessional final year MBBS beliau lebih kurang sebulan lagi. Indahnya pengorbanan demi agama, dan juga demi mengislahkan umat islam :)

di bawah ini adalah poster ISK-II di Manipal, dan juga sedikit tentatif program tersebut.


Tarikh: 7-8/11/2009
Masa: Sabtu (2pm-4pm & 8pm-10pm), Ahad (9am-12pm)
Tempat: Masjid Manipal

Penceramah: Muhammad Alimin Bin Mat Reffien (Pelajar Tahun Akhir MBBS, KMC Mangalore)
Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin & muslimat MMMC, KMC dan kolej-kolej lain.
Anjuran: IYA Manipal

Tema: Ke Arah Mana Kita Menyeru Manusia? Dimanakah Pangkal Dan Hujungnya? (Lanjutan ISK 1)



Objektif:

1. Mengkaji sejarah silam demi memahami hakikat dakwah para Nabi terdahulu.

2. Menghayati sirah perjuangan para sahabat dan keadaan pada zaman Umayyah, Abbassiyah dan Uthmaniyah.

3. Menekankan kepentingan beriktikad di bawah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam berdakwah.


Antara yang menarik:

1. Pernahkah saudara terfikir bagaimana cucu kesayangan Rasullah SAW, Husain bin Ali dan keluarga baginda boleh dibunuh dengan kejam oleh orang Islam sendiri hanya selepas 40 tahun Rasulullah SAW wafat!?

2. Tahukah saudara bahawa dinding Kaabah pernah ditembak oleh manajik sehingga hampir runtuh dan pernah dirobohkan oleh insan bernama Hajjaj bin Yusuf As-Saqafi pada musim haji!?

Dan banyak lagi!


Tentatif Program:

Sabtu:

2.00pm – 4.00pm: Perasmian. (Ucapan alu-aluan daripada penganjur)
Sesi muqaddimah
Ice breaking
Ulang kaji ISK 1
Sesi 1
4.00pm – 8.00pm: Rehat
8.00pm – 9.00pm : Sesi 2
9.00pm – 10.00pm : Video
10.00pm – 10.30pm : Konklusi

Ahad:

9.00am – 10.00am : Sesi 3
10.00am – 10.15am : Video
10.15am – 11.15am : Sesi 4
11.15am – 11.30am : Video
11.30am – 12.00pm : Soal jawab
Muhasabah
Ucapan penutup

terlintas di hati rasa terkilan kerana hanya dapat memilih salah satu dari dua program yang sangat-sangat bermanfaat pada hujung minggu ini. namun, dengan rancaknya aktiviti-aktiviti sebegini di bumi India, dapat membuktikan bahawa mahasiswa Malaysia di India boleh menandingi kerancakan program-program seperti sahabat-sahabat kita di UK, Ireland, Australia, dan di mana jua.

semoga dengan adanya program sebegini, akan menjadi titik permulaan bagi program-program yang akan datang. marilah semua kita doakan agar kedua-dua majlis pada hujung minggu ini mendapat sambutan yang menggalakan, dan juga dapat menaikkan semangat kita untuk terus berusaha menjadikan diri kita khalifah yang terbaik di muka bumi ini, insyaAllah!

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
[al Hajj : 40]

jangan lepaskan peluang keemasan ini. kalau bukan sekarang, bila lagi?

Ayuh rakan-rakan sekalian, aktifkan diri anda~!

5 comments:

Anonymous said...

"IYA Manipal akan menganjurkan 'Ini Sejarah Kita, siri ke-2', yang akan berlangsung di Masjid Manipal pada 7 hingga 8 November 2009"

salam,
1.adakah benar IYA Manipal yang ingin menganjurkan program ini?
2.adakah penceramah sedia maklum bahawa masjid tidak boleh digunakan pada malam hari utk activiti sebegini?
3.adakah penceramah tlh berbincang dgn pihak yg sepatutnya sebelum merancang dan membuat keputusan sedemikian?

maaf sekiranya persoalan-persoalan menyentuh perasaan mana2 pihak...
diharapkan perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi kelak..
kita tidak mahu menyusahkan mana2 pihak..
sesungguhnya dakwah itu adalah mulia.
berbincang dan membuat keputusan bersama juga adalah satu perkara yg mulia..marilah kita merebut pahala kedua-duanya...insyaAllah

imanulhassan said...

salam anonymous.

saya bukan ahli IYA Manipal, tujuan saya adalah untuk mempromosikan program tersebut.

saya mendapat maklumat ini dari sahabat saya, Hafizi Rozimi, yang setahu saya seorang anggota IYA Manipal. saya tidak boleh jawab persoalan2 saudara kerana saya hanya menyampaikan, yang mengiklankan program ini pada mulanya adalah saudara Hafizi sendiri di facebook. sila hubungi beliau, +919741968053 untuk keterangan lanjut. terima kasih.

maaf jikalau saudara merupakan orang yang bertanggungjawab menggerakkan IYA Manipal, sebab poster itu sendiri telah ada lambang IYA Manipal. sila clarify dengan saudara Hafizi.

Anonymous said...

slm.

bgs2 india sdh maju dalam aktiviti dakwah! :):)

Teruskan!!

hmm..soaln2 di atas rasa perlu jg dilihat. cuma kalu org nak dakwah, dakwah sjlah..benda baik, jgn kita pula jadi penyekat ya tak..

Alimin Refiien said...

Assamualaikum semua.. Terima kasih iman kerana mempromosikan ISK 2. InsyaAllah, lain kali kita akan buat di Devangere pula. ISK 1 & @ sekaligus. Bg menjawab persoalan diatas.
1) Majlis ini telah mendapat kelulusan presiden IYA manipal, Imanuddin serta Exco Senior iaitu Khairil Anwar dan Hafizi sendiri. Mereka yang menjemput untuk mengadakan program. Dan saya yakin mereka telah berbincang terlebih dahulu.
2)Aktiviti di malam hari akan dijalankan di rumah Hafizi bukan di masjid.
3) Program ISk 2 adalah lanjutan daripada ISk 1 dan telah mendapat kelulusan ustaz Dr kamarussalam sendiri. Jadi, jangan khuwatir dengan kesahihannya.
Terima kasih.
Semua dijemput hadir!

imanulhassan said...

salam. terima kasih anonymous no.2 dan terima kasih banyak2 juga kepada penceramah sendiri, abg alimin reffien atas penjelasan tersebut.

meriah pula post kali ini.

harap2 anonymous no.1 telah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

hanya satu nasihat yang saya mahu sampaikan di sini.

kepada sesiapa yang tidak tahu menahu tentang apa2 situasi, jangan terus buat tindakan melulu tanpa berfikir. sesungguhnya semua program telah dirancang sebaiknya oleh saudara2 kita yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

semoga kita semua belajar dari kesilapan yang lampau, agar umat Islam tidak futur dalam jalan dakwah ini. ambillah iktibar dari kejatuhan kerajaan uthmaniyyah se-abad yang lalu. buktikanlah kita jatuh, dan MAMPU bangun semula, dan umat Islam terus bersatu mengharumkan nama Islam di muka bumi ini.

kepada anonymous no.1, tiap kali hendak menanya soalan sebegitu, tinggalkanlah secebis identiti agar saya (atau siapa2 saja) dapat update dengan saudara tentang penjelasan2 terkini.

wallahu a'lam, moga kita semua mendapat keredhaanNya, ameen =)