Assalamualaikum w.b.t.
alhamdulillah, selesai sudah program di Bangalore, anjuran IYA Bangalore dengan kerjasama ISMA.
apa yang saya dapat? sangat banyak.
Hari Pertama, 07/11/2009. Medicine Coffee Shop.
moderator majlis, Anas Aminin dengan dua ahli panel jemputan, Dr. Zainurrashid (nama timangan, Dr. Zain), bersama isterinya, Dr. Naziah.
antara topik utama yang dibincangkan;
- Kenapa mahu jadi doktor?
- Bagaimana mengaharungi kehidupan sebagai medical student?
- Kahwin sewaktu belajar?
- Kemanakah selepas MBBS?
kenapa mahu jadi doktor?
ini soalan yang sangat biasa kita dengar, bahkan sewaktu interview MARA/JPA, soalan ini juga ditujukan. apa yang penting adalah, setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. [HR Bukhari dan Muslim]
bagaimana mengharungi kehidupan sebagai medical student?
semua pelajar perubatan sedang mengharungi situasi yang sama. tetapi, bagaimana untuk mengharunginya? menurut Dr. Zain, ilmu perubatan ini semakin meluas dan dinamik, setiap hari, ada sahaja penemuan baru. beliau berkata, "semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tidak tahu". oleh kerana dunia perubatan ini sangatlah luas, sangatlah rugi jika kita tidak menghayati ilmu ini. tips Dr. Zain, selepas belajar sesuatu yang baru di kelas, terus buka past-year questions, agar lebih memahami topik tersebut.
Kahwin semasa belajar?
inilah topik yang paling hangat pada malam itu. maklumlah, para pendengar bujang-bujang belaka [walaupun ada antara mereka yang sudah berkahwin, hehe]. seperti Dr. Zain juga, beliau telah berkahwin ketika sedang tahun ke-4, sewaktu itu isterinya, Dr. Naziah baru sahaja memasuki tahun pertama perubatan!
apakah sebab utamanya?
- menyempurkan agama, kerana berkahwin itu menyempurnakan separuh agama.
- mematangkan diri. kita sering kata "belum matang lagi", tetapi sehingga bila mahu betul-betul jadi matang? perkahwinan itu sendiri akan mematangkan diri anda, kerana dengan tanggungjawab tambahan, termatanglah anda.
- every great man, there is a woman behind him. betul tak?
- mendisiplinkan diri. jika kita bujang, kita mungkin berfoya-foya dengan rakan sehingga lewat malam. tetapi jika telah beristeri, ada pemberi ingatan tentang hal-hal yang lagha ini.
ke manakah selepas MBBS?
"jika kamu baru tahun pertama MBBS, ingatlah, bahawa anda ada 19 tahun lagi yang perlu ditempuhi". itulah ayat Dr. Zain yang sangat membuka minda saya sebagai seorang pelajar perubatan.
kenapa?
ini adalah pathway kita, dari masuknya kita ke medical school, sehingga bergelar seorang consultant.
- MBBS - 5/6 tahun
- Housemanship - 2 tahun
- Medical officer - 3/4 tahun
- Registrar (assistant specialist) - 4 tahun
- Specialist - 5-7 tahun
ramai juga bertanya, dalam jangka masa tersebut, waktu bila yang paling kurang sibuk?
jawab Dr. Zain, "waktu belajar MBBS".
(patutlah Dr. Zain kahwin waktu ini kot!)
oleh yang demikian, waktu menjadi medical student inilah, persiapkan diri kita dari semua aspek, baik ilmu perubatan, ilmu agama, ilmu sosial, ilmu ekonomi, ilmu "mematangkan diri", dan segala ilmu yang perlu kita kuasai, agar kita bersedia menghadapi kehidupan lebih mencabar selepas menggapai segulung ijazah nanti, insyaAllah!
manfaatkan masa sepenuhnya, agar kita tidak rugi di kemudian hari.
Hari Kedua, 08/11/2009. Palestin, dimanakah Solahuddin nya?
pada pagi keesokan harinya, ceramah palestin siri ke-3 telah diadakan di Dewan Auditorium IMS Bangalore. dewannya sangat canggih, seperti dewan kuliah di Malaysia!
ceramah ini juga disampaikan oleh Dr. Zain. beliau seorang yang perlu kita dicontohi, bukan sahaja kerana beliau seorang doktor pakar dalam bidang OBG, tetapi juga seorang aktivis pejuang kebebasan Palestin dengan usahanya membangkitkan kesedaran tentang pentingnya Palestin dari segi aqidah kita. alhamdulillah, dewan yang anda saksikan di atas itu, 90% penuh!
apa kaitan Palestin dengan aqidah kita?
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil haram ke Al Masjidil aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
[al Isra', ayat 1]
telah diterangkan kepada kita dalam al-Qur'anul Karim, dua masjid yang menyaksikan peristiwa Isra' dan Mikraj, iaitu Masjid Al-Haram di Makkah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis. dan diberkahi sekelilingnya.
masjid al Aqsa, sangat mulia sehingga difirman Allah di dalam al-Qur'an. tidakkah kita sayangkannya?
sangat benar kata-kata ini;
Sesiapa menguasai Baitul Maqdis, dialah menguasai dunia
[Solahuddin al-Ayubi]
lihatlah sekarang, siapakah yang menguasai dunia?
adakah kita mampu lihat sahaja?
ya, islam pasti bangkit kembali, dan dijanjikan Allah akan menawan semula Baitul Maqdis, tidakkah kita mahu menjadi sebahagian darinya?
apakah peranan kita untuk saudara seaqidah di Palestin? nak jawab apa di mahkamah Allah nanti?
Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak ambil peduli urusan umat Islam, maka ia bukan dari golongan mereka.
[HR al-Baihaqi]
ingatlah, walaupun kita tidak boleh menghunus senjata, tidak mampu ke sana untuk membantu, tetapi kita sekurang-kurangnya boleh;
- menderma untuk mereka menerusi saluran yang betul
- meminta pertolongan Allah dengan berdoa untuk mereka
- mengadakan kesedaran di kalangan rakan-rakan kita
- menyokong dan menghadiri segala aktiviti-aktiviti yang melibatkan Palestin
- memboikot barangan Yahudi
- dan sekurang-kurangnya, membenarkan dengan hati bahawasanya Islam pasti kembali dan Palestin menjadi milik kita!
mari kita bertindak, bukan hanya tunggu dan lihat. kita mampu mengubahnya.
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu
[ali Imran, ayat 160]
saya, Rahim, dan Pejai, bersama Dr. Zainurrashid, sebelum pulang ke Davangere. semoga segala usaha murni kita semua menjadi pembelaan kita di akhirat kelak, ameen!
semoga bermanfaat, wallahu a'lam.
p/s : untuk mengetahui barangan yahudi untuk diboikot, sila klik di sini.
pp/s : untuk menderma, sila klik di sini.
4 comments:
asalamualaikum wr wbt
I like this entry sebab related to medical pathway..dapatlah sedikit view about medical life.sebab 2 ade hadis meriwayatkan orang yang bijak adalah orang yg mengingati mati - sebab kita membayangkan apa yang bakal berlaku di masa hadapan. kita juga akan menjaga amal dan ibadah kerana kita xtahu bila ajal akan menemui kita
waalaikumussalam wr wbt.
betul tu. kita tidak tahu bila kita akan mati, maka sgtlah penting utk kita pandang ke masa hadapan, rancangkan our path of life awal2, sbb bila kita mati nnt, if kita not made it to the finish line, at least we have had our vision towards it. innamal a'malu binniat.
terima kasih miss happiness. :)
perkongsian yang sangat bermanfaat.jzkk.
jzkk kerana membaca halawatuliman. :)
Post a Comment