Dec 19, 2009

Selamat tahun baru!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, telah diberikan peluang kepada kita, untuk sekali lagi menjejakkan langkah ke tahun baru, kali ini 1431 Hijrah.

apa itu Hijrah?

Hijrah dalam islam, adalah hijrah nabi besar junjungan kita, khatamul anbiya' Nabi Muhammad shallallahu a'laihi wassallam, Rasul kita, pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hijrahnya adalah dari kota tercintanya, makkatul mukarramah ke satu penempatan bernama yathrib, yang telah dimuliakan namanya kepada madinatul munawwarah.

apakah tujuan rasulullah berhijrah?

Sesuatu matlamat hanya boleh dicapai dengan sebaiknya dengan perancangan yang baik. Hijrah rasulullah s.a.w. dari makkah ke madinah adalah antara salah satunya. perintah Allah untuk rasulullah s.a.w. berhijrah ada hikmahnya. antaranya, adalah merupakan perancangan Allah untuk mewujudkan kerajaan Islam di madinah. kedua, menyelamatkan Baginda dari rancangan jahat puak jahiliyyah Makkah. dan banyak lagi.

pengorbanan Baginda jauh lebih perit dari kita. jika rasulullah tidak melakukan semua pengorbanan itu, dapatkah kita nikmat Islam dan Iman yang kita kecapi sekarang?

Allahumma shalli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi Muhammad.

wahai umat Muhammad sekalian, tidakkah kita sayang kepada Nabi kita? betapa besar hijrahnya, meninggalkan kota lahirnya yang disayangi, demi memperjuangkan Islam?

ingatlah, dulu tidak ada bas, tidak ada keretapi, tidak ada kapal terbang. Makkah ke Madinah adalah 340km mengikut kiraan garis lurus Google Earth. itu garis lurus, kalau kiraan jalan yang ditempuhi rasulullah, lebih jauh ukurannya.

saya sendiri pernah menaiki unta. walaupun hanya naik selama 5 minit dan pusing-pusing dalam jarak 200 meter, sakit juga pinggul saya dibuatnya. ini pula perjalanan rasulullah menaiki unta sebagai kenderaan rasulullah s.a.w. sejauh (paling kurang!) 340km! tidak ternilai perit Baginda selama 23 tahun menyebarkan dakwah di bumi ini.

pengalaman menaiki unta di manipal, bersama ishak.


menjadi persoalan di sini, apa pula pengorbanan kita, penghijrahan kita?

saya sekarang menuntut di India, tetapi saya tidaklah menaik unta dari Shah Alam untuk datang ke sini. kebanyakan 'penghijrahan' saya ini adalah kenderaan yang selesa dan berhawa dingin.

walaupun jauh dari keluarga dan suasana Malaysia, tetapi saya kadang-kadang agak terasa peritnya rasa 'penghijrahan' ini.

keperitan ini hanya seberat butiran di persisiran pantai, untuk dibandingkan dengan seberat gunung keperitan yang rasulullah rasai. tambahan pula, rasulullah tidaklah menerima elaun sara hidup sebanyak mana yang saya nikmati sekarang.

maka, apakah yang telah kita lakukan untuk hargai keperitan hijrah rasulullah?

kasih rasulullah kepada kita tidak mampu kita balas, tetapi kita seharusnya, paling kurang pun, BERHIJRAH dari aspek yang rasulullah gemar.

apakah hijrah yang dimaksudkan itu?

simple. hijrah dari yang KURANG BAIK kepada yang LEBIH BAIK. bak kata pepatah inggeris, Today is Better than Yesterday. ataupun Tomorrow is better than Today (ada ke pepatah ini? saya pun tak pasti~)

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]


maka, apa yang penting sekarang, mari hijrah diri kita ke arah yang lebih baik. orang yang rugi adalah orang yang hari ini sama seperti hari semalam.

HIJRAHILAH DIRI ANDA. INGATLAH PENGORBANAN RASULULLAH TERSAYANG. (sila baca dengan nada iklan berhati-hati di jalan raya ye)


Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. [surah Ali Imran, ayat 104]

alhamdulillah, dari segi kelangsungan dakwah di tempat saya, kami telah pun berHIJRAH ke satu tahap yang baru, iaitu tazkirah melalui tayangan video. rugilah kalau kami tidak memanfaatkan Sony Bravia 48 inch yang diberi oleh pihak hostel ini kan?

disertakan sekali sedikit gambar-gambar ketika sambutan berlangsung;

buletin ma'al hijrah yang sangat mengagumkan. tahniah kepada faris dan tenaga kerjanya!

tok bilal, shahidi jusoh, mengazankan azan maghrib 1 muharram 1431.

bersedia untuk solat maghrib. baju biru lengan purple itu adalah faris.

tazkirah tentang hijrah rasulullah s.a.w. oleh saudara shairazi. di belakang itu, adalah Sony Bravia hostel kami. ^_^

antara muslimin yang hadir. ada yang ngantuk itu kerana solat tahajjud malam semalam barangkali.

antara muslimat yang hadir. encik shamim sempat membuat aksinya.

dari sudut lain. ok, kali ini shamim tidak perasan.

saudara naqib mendendangkan sedikit nasyid untuk hiburan sebelum tayangan perdana. boleh buat album!


setelah saudara naqib bernasyid dan memberi sedikit pengisian, tibalah pula tayangan selama 25 minit tentang peranan kita dalam hal ehwal Islam. terlupa pula untuk tangkap gambar waktu tayangan~

terima kasih diucapkan kepada Majlis Syura Muslimun, yang telah menghasilkan sebuah video yang sangat berkesan untuk menambat hati-hati yang tertulis La Ilaha illallah di dalamnya.

semoga dakwah terus subur di bumi Allah ini.

salam tahun baru hijrah, dari davangere india.

wassalam. =)

3 comments:

chakry said...

hehe. stay strong in india man. hope all is well with u manul! :D

bila balik?

Khalifah Allah said...

semoga usaha dakwah di manipal semakin mantop!! insyaAllah!

imanulhassan said...

chakru chakraw : huhu, tu ah, aku xbalik januari ni, pergi jalan2 tgk taj mahal, n main snow huhu. camne 2nd year of nursing? best?

mighty MS : jzkk! saya di davangere, manipal tu tempat lain hehe.