Jul 11, 2010

Dosaku pada manusia

Aku sering berdoa dan bercita-cita
Menjadi insan yang paling berguna di dalam dunia

Aku juga sering bercakap dan bermadah bicara
Agar dimatikan syahid di tengah-tengah berjuang dijalanNYA

Namun mungkin ada yang ‘zzzzz’ dan tidak percaya
Mengatakan aku ‘bajet baik padahal sama je dua kali lima'

Sebenarnya aku sedar diriku siapa
Aku ini cuma insan biasa
Seorang insan yang terlalu banyak berbuat dosa
Dosa terlindung mahupun terlihat dek pancaindera

Mungkinku akan mati esok lusa atau bila-bila
Jadi kupohon belas ehsan saudara saudari yang membaca
Doakan daku istiqamah dijalanNya
Izinkan daku mencapai cita-cita
Walaupun ku tahu ku tidak sesuci mana

Aku sangat mengharapkan syurga dan redhaNYA.
Sangat-sangat mengharap,
Harapan yang takkan mungkin anda membayangkannya

Biarlah keburukanku disebut sementaraku masih bernyawa
Agarku insaf dan berubah dengan sesungguhnya
Sebelum kejahatanku diumpat merata-rata setelahku tiada
Meninggalkan keluarga dan rakan-rakanku dengan panas telinga
Astaghfirullah…

Aku tahu dosaku pada pencipta
Tinggal berharap keampunan dari saudara, rakan,dan anda semua

Maafkan daku wahai sesiapa
Kuperlukan kemaafanmu andai esokku tiada
Maafkanku….


DISALIN DARI : akh fukhoir ar-razi http://drrazi.wordpress.com/

2 comments:

Shafikah Binti Safii said...

Assalamua'laikum...
saya setuju apa yg anta post kan tu..kadang2 bila kt nasihat orang..ada yg ckp "kau tak layak nasihat aku,dulu kau pun buat gak benda cam ni"...mgkin dulu kt pernah buat jahat,tp skrg dah berubah dan mereka tak percaya akan perubahan kt...

imanulhassan said...

waalaikumussalam w.b.t. shafikah,

benar sama sekali, tiada insan yg maksum di muka bumi ini kecuali para anbiya' alaikumussalam.

fitrah setiap insan mempunyai sejarah silam, tetapi hikmahnya adalah kita dpt memperbaiki diri dari kesilapan yg lalu. tiada ungkapan "orang yg betul2 tak pernah buat silap baru boleh nasihat aku" tidak mungkin wujud, kerana jika dia tak pernah buat sesuatu kesilapan, bagaimana dia dapat mengetahui cara yg terbaik utk menangani kesilapan tersebut?

sy sentiasa berpesan kpd diri sy, jgn ratapi kesilapan lalu, kerana kesilapan itulah yg mengajar kita erti kehidupan :)