Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan.
[Al Anbiya` 21:35]  
Semalam aku  bertemu dengan teman baru masa servis kereta. Pabila aku cakap aku  adalah medical student, antara perkara yang dia tanya adalah, macam mana  perasaan bila selalu jumpa orang mati?
 Bila teringat  balik soalan itu, teringat balik kepada seorang patient yang aku clerk  pada satu pagi itu bersama dengan anaknya. Patient itu ada stroke dan  masa aku ambil history, dia still boleh buka mata tapi pernafasannya  sangat laju. dyspnoeic. Lebih kurang 3 jam selepas itu, dia coma and para doktor cuba untuk resuscitate dia. Tapi Allah lebih menyanyangi beliau.  Dan pada waktu tersebut juga, family member semua sudah tiba. Anaknya  yang aku ambil history daripadanya tadi memandang aku dengan sedih. Aku  sangat tidak tahu hendak cakap apa-apa atau membuat apa-apa tetapi akhirnya aku  pergi juga kepada kakak itu and try to comfort dengan ucapan-ucapan biasa, huhu.
  Life medical student sangat hampir dengan kematian. Maksud aku kematian  pesakit-pesakit di hospital. Tetapi bagaimana kita memandang kematian tersebut?  Sangat rugi jika kita memandangnya hanya sebagai ''satu lagi kematian''  sahaja. Sepatutnya bila melihat kematian, ia  adalah peringatan kepada  diri kita juga yang pasti akan mati bila-bila sahaja dari sekarang. Sudah  bersediakah kita? 
 Rasulullah bersabda,  ''orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati  mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.''
  Dengan ingat kepada mati, akan timbul rasa sesal di atas dosa-dosa yang  dilakukan sama ada kecil atau besar. Bimbang dengan nasib kita di alam  kubur sama ada sempit atau luas. Maka segala perbuatan yang kita  lakukan, akan dilakukan dengan tujuan hanya untuk mencari redha Allah.  Benda yang kita selalu dengar di khutbah jumaat, '' bekerjalah seolah-olah  kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beramallah seolah-olah kamu akan mati  esok hari''. 
 Akhir sekali, jangan lupa untuk  mendoakan kebaikan dan kebahagiaan setiap pesakit kita dan berdoa juga  moga-moga mereka semua mendapat khusnul khotimah insyaAllah.
 
No comments:
Post a Comment