
Fitrah  setiap manusia itu mempunyai nafsu tak kiralah ia nafsu makan, tidur,  syahwat dan sebagainya. Mengikut nafsu maka bererti kita menuju kepada  kerosakan dan kemungkaran. Namun adakah kita menjadi pengawal nafsu kita  sendiri? Atau hakikatnya kita yang dikawal oleh nafsu?
“Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia,” demikian kata cerdik pandai. 
Disebutkan dalam Shahihain bahwasanya Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda “Surga itu dikelilingi dengan hal-hal yang dibenci dan neraka itu dikelilingi dengan berbagai syahwat.”
Tetapi bagaimana jika kita gagal menguasai nafsu kita sendiri? Sudah pastilah kita pula yang akan dikuasainya. Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran nafsu itu adalah ‘hamba’ yang baik tetapi ‘tuan’ yang sangat jahat. Sesungguhnya orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya.
Seperti dalam Firman Allah: “Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Al-An’am 6: 32)
Umar  bin Khattab radhiallahu ‘anhu, dalam ucapannya yang popular pernah  berkata, “Dulunya kita adalah kaum yang paling hina, kemudian Allah  Subhanahu wa Ta’ala memuliakan kita dengan agama Islam, maka kalau kita  mencari kemuliaan dengan selain agama Islam ini, pasti Allah Subhanahu  wa Ta’la akan menjadikan kita hina dan rendah. (Riwayat Al-Hakim dalam  Al-Mustadrak)
Melawan hawa nafsu
Imam al-Ghazali menyebutkan tiga tingkatan manusia dalam usaha memerangi hawa nafsunya:
1. Telah menyerah kalah
Ø  mereka yang dikuasai sepenuhnya hawa nafsunya dan tidak dapat melawannya sama sekali
2. Sedang dan sentiasa berperang
Ø  mereka yang sentiasa dalam bertarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. Inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan  apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang  bermaksud: ”Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu  berjuang melawan musuh-musuhmu.”
3. Yang telah menang
Ø  mereka yang berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsunya.
Memikul hawa nafsu
Mari kita hayati sebuah kisah tentang perumpamaan dikuasai dan menguasai nafsu. 
Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru untuk dididik cara mengawal nafsunya. "Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," kata guru itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru itu. "Apa yang perlu saya bawa?" Tanya pemuda. "Bawa pakaian sehelai dua," jawab guru.
Mereka  pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama, mereka  menemui satu bukit yang agak tinggi. "Kita akan mendaki bukit ini". "Mana  jalannya?" Tanya pemuda itu. "Kita susuri jalan di tepi lereng bukit,"  kata guru. "Nanti, nanti... saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada  keldai. Kita boleh menunggangnya." Kata pemuda itu lagi. "Kamu hendak  menunggang keldai? Baiklah,  mari kita membelinya dahulu". Dalam hatinya pemuda itu berasa lega, dia  tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan.
Setelah  guru membeli dua ekor keldai, dia pun berkata, "Sekarang ada dua ekor  keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya". "Dan saya akan  menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu. "Tidak!" kata guru itu.  "Mengapa?" soal pemuda itu. "Jangan bertanya, patuh saja! "Pemuda itu  terkejut, tapi tidak berani melawan. 
"Habis,  kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa  beban?" soal pemuda itu lagi. "Tidak, sebaliknya kamulah yang akan  memikulnya!"."Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?" Tanya  pemuda itu kehairanan. "Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit,"  jawab guru itu pendek dan tajam. 
Maka  dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jalan di  tepi lereng bukit itu. Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan.  Sebaliknya guru bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan  pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan,pemuda itu pun jatuh  keletihan. Dia hampir pengsan. 
Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman,guru itu pun berkata, "Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya". "Maksud tuan?" pemuda itu cuba memahami.
"Dengan  menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan  kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas  satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai  dan menaiki bukit yang tinggi." Pemuda itu terdiam. 
"Sebaliknya,  jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan  mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia  menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup  kita akan dihancurinya." 
"Seperti  saya yang memikul keldai tadi?"."Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya  menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah  nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."
Prinsip asas melawan hawa nafsu
1.Menahan atau menyekat sumber kekuatannya
2.Membebankan nafsu itu dengan ibadah
3.Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya
“Alah  bisa, tegal biasa,” begitulah nafsu yang jahat jika dilatih berterusan  untuk melakukan kebaikan, akan terbiasalah nafsu itu dengan kebaikan dan  kebajikan. Jika kita berjaya menundukkannya, nafsu itu akan menjadi  tenaga penggerak atau kenderaan (kuda tunggangan) kepada manusia.  Umpama, racun pada ular senduk – di situ ada racun, di situlah juga ada  penawarnya. 
Semoga  Allah menjauhkan kita dari kesalahan kealpaan dan cinta kepada hawa  nafsu. Semoga pula Ia menjadikan kita di antara orang-orang yg takut dan  bertakwa kepadaNya. Amin ..
Ingatlah,bahawa nafsu itu bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus. Terserah kepada kita untuk mengawalnya atau dikawal olehnya. Sama-samalah kita bermujahadah dalam mengawal nafsu.
Anda nak menunggang keldai atau keldai menunggang anda?? 
Fikir-fikirlah, tepuk dada, tanya iman.
{قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ}
“Katakanlah,  ‘Dengan karunia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka  (orang-orang yang beriman) bergembira (berbangga), kurnia Allah dan  rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa (kemewahan duniawi) yang  dikumpulkan (oleh manusia).’” (QS. Yunus: 58). 
Karunia Allah dalam ayat ini ditafsirkan oleh para ulama dengan keimanan kepada-Nya, sedangkan Rahmat Allah ditafsirkan dengan Alquran ( Lihat keterangan Imam Ibnul Qayyim dalam kitab Miftahu Daaris Sa’aadah)
Ibnul  Qayyim dalam soal keutamaan melawan hawa nafsu mengatakan “Sesungguhnya  melawan hawa nafsu bagi seorang hamba melahirkan suatu kekuatan di  badan hati dan lisannya.” Sebagian salaf berkata “Orang yang bisa  mengalahkan nafsunya lebih kuat daripada orang yang menaklukkan sebuah kota  dengan seorang diri. 
Dalam  hadits shahih disebutkan “Tidaklah orang yang kuat itu yg menang dalam  bergusti tetapi orang yang kuat adalah orang yg dapat menguasai hawa  nafsunya ketika ia marah.”
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
link asal, klik sini.
link asal, klik sini.
 
3 comments:
assalamualaikum,
mahu copy entry ni k. nnti saya letakkan link blog ni. terima kasih, moga Allah kuatkan iman kita kepadaNya.
jemput memberi pandngan di blog sya...berhubung artikel terbaru saya...
Borgata Hotel Casino & Spa - JTA Hub
Guests staying at the Borgata 여주 출장안마 Hotel 안동 출장안마 Casino & Spa will enjoy 대전광역 출장마사지 complimentary 피망 바카라 breakfast, dinner and a special evening at Borgata's Spa at 경산 출장마사지 Harrah's Rincon
Post a Comment