Assalamualaikum wararahmatullahi wabarakatuh.
alhamdulillah, ada juga masa terluang untuk saya menulis, walaupun hanya sebentar. alhamdulillah, JaSSI 2008 merupakan satu majlis yang sangat berkesan, dan merupakan satu batu loncatan untuk mewujudkan networking di kalangan pelajar-pelajar Malaysia, especially muslims di bumi India ini. syukur alhamdulillah, mulai 27 oktober 2008, IMAM India telah ditubuhkan secara rasminya.
mungkin pada masa yang akan datang jika diizinkan Allah serta jika saya larat (huh, jangan malas2), saya akan ceritakan tentang JaSSI more thoroughly berserta gambar2. boleh disimpulkan ketika JaSSI 2008, memang terasa kembali nikmat menjadi seorang yang bergelar malaysian, dan yang paling penting, seorang muslim. tak sabar pula rasanya nak pulang ke malaysia, huhu. kalau nak lihat website JaSSI, sila klik di link IMAM India di group 'indian plexus' di kanan skrin anda. tak pun klik di sini.
ura2 ada memberitahu ada cuti 15 hari iaitu cuti inter-semester, dijangka dalam pertengahan januari hingga akhir januari. kepada rakan2 dan keluarga di malaysia, tunggukan kedatanganku insyaallah :).
owh, lupa nak beritahu, 17 hingga 24 november ini saya dan rakan2 di jjmmc akan menghadapi 1st internal assessment, yang akan contribute dalam peperiksaan 1-MBBS pada Julai 2009 nanti. kepada para pembaca yang budiman, doakan kejayaan kami ya!
ketemu di lain waktu, jika ada kelapangan lagi insyaallah, assalamualaikum.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam [al An'am, 6:162]
Nov 7, 2008
Oct 9, 2008
Ya Allah, berkatilah ilmuku ini.
Assalamualaikum w.b.t.
tatkala kita berusaha bersungguh-sungguh dalam memahami, dan mengingati apa yang kita pelajari hari demi hari, adakah terlintas dalam hati kita setiap yang kita pelajari itu dengan niat yang betul? mari refleksi diri.
adakah kita belajar kerana terpaksa?
atau takut dengan pensyarah jika tidak dapat jawab?
atau sebab hendak mendapat degree sahaja?
atau semata-mata atas kehendak ibu bapa?
kita perlu tahu, bahawasanya ilmu yang kita pelajari itu, adalah dari Allah s.w.t.. sesungguhnya Dialah yang Maha Luas IlmuNya, jika ilmu Allah seluas lautan dunia, ilmu kita tidak mencecah setitik air lautan tersebut pun.
maka, betulkan niat kita, supaya kita berada di medan jihad, jihad mencari ilmu kerana Allah s.w.t.
cuba bayangkan, betapa hebatnya pengorbanan kita, sanggup merantau jauh hingga ke negeri orang, semata-mata untuk mencari ilmu kerana Allah? ingatlah, sesiapa yang berusaha untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan mudahkan perjalanannya ke syurga.
Ya Allah, berkatilah ilmuku ini, moga Kau terimanya sebagai ibadahku kepadaMu.. ameen..

Oct 3, 2008
Selamat Hari Raya!
Gambaran hari raya 'Idul Fitri di Bapuji Guest House, Davangere.
Khamis, 2 Oktober 2008.
Khamis, 2 Oktober 2008.
Takbir raya di pagi hari, sungguh syahdu.
Pak Bilal, Hairulhazuan, sedang membaca aturcara solat.
As-solatu imaduddin. Solat itu tiang agama.
Jemput makan, jangan lupa baca bismillah ye.
Pelajar lelaki malaysia JJMMC dan BDCH Davangere.
Dari kiri : Imanul Hassan, Muhammad Faizal, Abdul Rahim, dan merangkap ketua pelajar Malaysia, Kak Syarifah Nurul Akmar.
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Looking forward for the next big event.
wassalam.
'Idul Fitri
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kullu 'aam wa antum bi khair, eid mubarak ya muslimoon~!
Selamat hari raya 'Idul Fitri saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Sepuluh jari disusun, memohon kemaafan andai ada silap dan salah selama kita berkenalan. Semoga ikatan ukhuwwah kita berkekalan dan juga senantiasa di landasan Islam. Sesungguhnya ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan di bawah 'Arasy Allah pada hari qiamat kelak, antaranya adalah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah ta'ala. Moga kita tergolong dalam golongan tersebut insyaAllah.
Hidupkanlah hari raya dengan semeriahnya kerana hari ini adalah hari kemenangan umat Islam kepada yang berjaya menahan nafsu terutamanya nafsu makan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Tapi ingat, bukan maknanya telah habis Ramadhan, kita boleh buat perkara-perkara yang disukai nafsu. Nafsu tidak boleh dimatikan, tapi perlu dikawal. Oleh yang demikian, semoga dengan ujian di bulan Ramadhan yang telah kita lalu telah mengajar kita erti kehidupan, iaitu kehidupan yang penuh dengan ujian ini. Setiap ujian adalah tarbiyyah dari Allah, maka beruntunglah kepada sesiapa yang berjaya mengharunginya.

Akhir kata, salam eid mubarak dari saya, pelajar perubatan tahun pertama JJM Medical College, Davangere India.
Pelajar-pelajar batch 2008/2009, JJM Medical College dan Bapuji Dental College, Davangere India.
Sep 20, 2008
Kisah satu malam
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
-al Qadr 1-5

Sep 7, 2008
let's create an indian plexus..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."
[al Hujuraat 10]
JaSSI, iaitu Jalinan Sahabat Seluruh India, adalah satu inisiatif untuk mewujudkan lingkaran kesatuan pelajar-pelajar malaysia yang bertaburan di bumi india ini. bergerak di bawah payung PPIM, insyaAllah cawangan India akan diwujudkan, mengikut jejak langkah cawangan-cawangan di UK dan Rusia. untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila layari laman web promo JaSSI, klik di sini.
doakan kejayaan pelancaran IMAM India ya.
pautan web:
PPIM : http://www.ppim.org.my/
IMAM UK & Eire : http://www.imamukireland.com/
IMAM Russia : http://imamrsc.com/
IMAM UK & Eire : http://www.imamukireland.com/
IMAM Russia : http://imamrsc.com/
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar."
[al Hujuraat 15]
Subscribe to:
Posts (Atom)