Dec 29, 2008

nikmat, jangan disalahgunakan.

Assalamualaikum w.b.t.

Ketika saya dilimpahi kurniaan Allah swt dengan nikmat yang tidak terhingga, Allah telah menegur saya dengan satu kisah sahabat saya yang boleh dijadikan iktibar.

Beliau datang dari keluarga yang susah, mungkin tidak sampai ke tahap kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi, dapatlah dibandingkan jurang nikmatan yang saya nikmati berbanding dia.

Secara jujurnya, saya tidak pernah rasa susah, alhamdulillah atas nikmatNya..
Tetapi, kepada insan yang kurang mendapat kenikmatan duniawi ini, INGATLAH, bahawasanya kamu tergolong dalam golongan orang yang BERUNTUNG.

beruntung? apa yang untung?

nikmat wang~

Saya mendapat duit poket ke sekolah setiap hari tanpa henti, tetapi ada juga insan yang tiada wang poket untuk ke sekolah, malahan ada yang berusaha menjual mee di sekolah untuk mendapat duit poket sendiri, dan lagi mengharukan, membeli perkakas sekolah sendiri dengan duit untung jualan mee itu. BARAKALLAHU FIK. sungguh berkat beliannya kerana wangnya datang dari hasil titik peluhnya sendiri, tanpa perlu bergantung pada wang orang lain.

dari situ, secara tidak langsung dia dapat merasakan nikmat yang susah nak dikecapi oleh orang-orang 'bergantungan' seperti saya. kenikmatan ini yang jarang saya alami, kadang-kadang sahaja boleh saya rasakan, sebagai contoh, saya siapkan assignment, pastu dapat gred 'A', hah kan nikmat tu? hehe. (waduh, assignment physiology tak siap lagi, bilakah mahu buat?)

satu lagi nikmat yang dapat dirasai bila hidup susah adalah pengalaman dalam BERDIKARI. inilah juga antara kelebihan yang dapat dirasai oleh mereka. oleh kerana kurang kemudahan, mereka telah berpengalaman dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cerebrum mereka sendiri. itulah yang saya dapat bezakan bila duduk di India ini, rakan-rakan yang dibesarkan di luar bandar lagi berdikari berbanding rakan-rakan yang hidup di kawasan bandar (apatah lagi saya ini, duduk BANDARAYA shah alam, huhu).


nikmat makanan~

maka, kepada sesiapa yang rasakan dirinya kekurangan nikmat duniawi, ingatlah bahawasanya kamu semua adalah UNTUNG! untung dari segi pengalaman, untung dari segi berdikari, untung dari banyak lagi aspek.

kepada rakan-rakan yang terlebih nikmatnya (termasuklah saya ini), ingatlah bukan anda sahaja yang paling tinggi darjat, kerana darjat bukan diukur dari kemewahan semata-mata, tetapi darjat itu adalah mengikut KEKUATAN IMAN seseorang itu. Firman Allah s.w.t.
Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu BERIMAN. [ali Imran 139]


maka, sekarang kita tahu siapakah yang paling tinggi darjat disisiNya kan? maka, alang-alang di ambang ma'al hijrah 1430 yang akan disambut pada esok hari, marilah kita berhijrah, dari yang buruk kepada baik, dari yang baik kepada yang lebih baik, agar kualiti dan imej orang yang beriman dan beramal soleh dipandang tinggi oleh masyarakat, dan secara langsung mengharumkan nama Islam di muka bumi ini, dan insyaAllah islam akan kembali tertegak di bumi ini, AMEEN!

marilah sama-sama kita gemblengkan nikmat-nikmat yang kita perolehi ini untuk kebaikan Islam, bersedekahlah wahai yang berada, berbaktilah kepada umat wahai yang berkemampuan, bekerja keraslah dalam bidangmu, agar dakwah dapat disebarkan dengan lebih luas, wahai penuntut ilmu (termasuklah saya ini), IKHLASlah dalam menuntut ilmu yang kamu ceburi, kerana semua khazanah ilmu di dunia ini asalnya adalah milik kita!! Ingatkah kita tentang jasa Ibnu Sina kepada dunia perubatan melalui Qanun Fith Thibnya? ingatkah kamu tentang al-khawarizmi dalam memperkenalkan angka sifar? ingatkah kamu dengan Ibnu Nafis yang memperkenalkan teori darah manusia itu mengalir dan menafikan tanggapan ilmuwan Yunani yang mengatakan darah itu statik??

oleh yang demikian, janganlah kita leka dalam kenikmatan yang Allah berikan ini. Manfaatlah ia ke jalan yang benar, kongsilah ia dengan golongan yang memerlukan, gunakanlah ia untuk membantu saudara-saudara kita, terutamanya nun di Palestin sana. tidakkah kamu kasihan dengan mereka, disekat makanan, minuman, dan bekalan elektrik, malahan baru-baru ini masjid Gaza dibom?? bagaimanakah negara Palestin mahu membina semula infrastrukturnya tanpa pertolongan saudara-saudara seaqidahnya?? bagaimana bayi Palestin yang baru mengenal dunia ini mahu makan dan minum tanpa pertolongan dari kamu ya ayyuhal muslimuun?


Palestin, dapatkah mereka menikmati kebebasan?


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
[ar Rahman ayat 13, diulangi 26 kali dalam surah ini]

berhijrahlah wahai rakan-rakanku (termasuklah diri ini), mari kita salurkan nikmat yang kita kecapi kepada rakan-rakan yang lebih memerlukan.

salam ma'al hijrah.

Dec 19, 2008

sani helwah ya ukhti!

Assalamualaikum w.b.t.

Pada hari ini, 19 disember 2008, genaplah usia adikku Umi Hadijah binti Abdul Shukor mencapai umur 3 tahun. walaupun dia masih pelat2 untuk bercakap, tapi dengar khabar dia sudah aktif berceloteh. wah, tidak sabar hendak tunggu 10 januari 2009 7.05am, detik cecahnya AI 6193 ke landasan tar KLIA. tunggukan kepulanganku ye?

apa2 pun, SELAMAT HARI LAHIR! Semoga umi bakal menjadi insan yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat, ameen! (para pembaca, sila doakan juga ye?)




dah 3 tahun dah ye?? =)

p/s : sayangilah adik anda~

Dec 7, 2008

sudi jadi isteri kedua?

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya...!" Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya..."

" Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?"suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah. Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri.

Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua. Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang diayakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit kearah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Ye ke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan," jawab Fikri.

***

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

[QS al-Taubah 9:24]


*cerpen asal oleh 'Izzat Anwari bin Hasni

*Di waktu segala jalan hubungan bumi ditutup orang, jalan hubungan ke langit lapang terluang... ~Ibnu Abu Azzaki~

cerpen di atas adalah petikan dari artikel yang dipostkan oleh akh Isa Azzaki di BADAR KTT yahoo groups. cerpen tersebut sangat meninggalkan kesan di hati saya, maka saya berminat untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian.

oleh yang demikian, marilah kita ijab qabul dengan isteri pertama tersebut~!!

[Imanul Hassan]
JJMMC Davangere

Nov 29, 2008

aku mahu pulang..

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, telah selesai minggu peperiksaan 1st Internal Assessment, agak menginsafkan diri kerana banyak juga soalan yang tidak dapat dijawab kerana tidak sempat membaca kesemuanya, kalau pernah baca pun, mungkin terlupa ataupun tiba2 'blank' waktu mahu mengintegrasi informasi dari otak ke pena. tidak mengapa, let bygone be bygone, pengajarannya, saya perlu lebih bersedia untuk peperiksaan seterusnya.

baiklah, sudah lama sebenarnya saya tidak update blog ini. barangkali sibuk dengan peperiksaan, dan juga tugas-tugasan yang baru. lupa hendak beritahu, consulat pendidikan malaysia di india, en khairudin abdullah telah singgah di davangere pada 25 november yang lalu, dan beliau juga telah merasmikan penubuhan MSA Davangere, iaitu Malaysian Students' Association of Davangere. saya telah dilantik sebagai timbalan presiden. doakan agar saya dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan baik, kerana kata Imam Nawawi r.a., yang berat itu amanah. semoga dijauhkan dari murka Allah, ameen.

saya juga hampir pasti akan pulang ke malaysia, iaitu insyaallah pada malam 9 Januari 2009, sampai di KLIA dalam subuh keesokan harinya. doakan keselamatan saya dan rakan-rakan saya ya.

sambutan hari raya AidilAdha adalah aktiviti pertama yang akan dijalankan oleh MSA Davangere, kepada sesiapa yang ada cadangan bernas untuk menjayakan aktiviti ini, sila beri komen ya.

Sekian, wassalam.

Nov 10, 2008

dakwah = susah?

Assalamualaikum w.b.t.

dakwah = susah?

bukan susah nak berdakwah, berdakwah itu rasa susah sebab kita sendiri kata dakwah itu susah. jika hati kita benar2 nak berdakwah, secara automatik benda itu akan jadi voluntary action, bukan paksaan. macam kite punye central nervous system, kalau kita rasa tu payah, nnt otak akan translate bende tu sebagai susah.

dakwah tak susah, betul ke?
jawapannya YA! kerana senyum pun adalah berdakwah. berdakwah secara sulit, dengan menjadi contoh teladan yang baik kepada rakan2 dan juga rakan2 yang belum lagi memeluk islam, insyaallah dgn akhlak terpuji yang dijelaskan dalam ajaran islam, percayalah, lagi mudah orang tertarik dengan islam, ataupun orang yg islam yang sebelum ni tak amalkan islam sepenuhnya, tergerak hatinya utk mendekati lagi islam atas akhlak2 yang terpuji yang ditonjolkan oleh ikhwah dan akhawat di mana sahaja.

oleh yang demikian, marilah kita tunjuk akhlak islamiyyah yang baik seperti penghulu kita Rasulullah s.a.w., agar kita dapat memikat rakan2 utk mendekati ajaran islam, dan seterusnya mengamalkannya dengan sepenuhnya, insya Allah.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.
(al baqarah ayat 208)
sambil tu, jangan lupa akan tanggungjawab kita utk menasihati dan menerima nasihat di kalangan rakan2. kerana dengan nasihatlah, kita akan dapat perbaiki diri kita kan? dakwah pun lebih moleklah jika kita buat secara berhikmah, kerana dakwah yang terbaik adalah dakwah yang dapat memikat hati mad'u (org yg didakwah). dgn cara itu, lagi senang ia menerimanya. janganlah kita terus memaki hamun kepada mad'u, kerana itu bukan adab utk berdakwah. dari mengharapkan mad'u nak terima kebenaran, kang tak pasal2 dia lebih terpesong pula kerana tgk sikap kita yang suka maki hamun kat dia.

camtulah dakyah kristian menarik orang masuk kristian, melalui HATI. wahai rakan2ku, adakah kita akan mengaku tewas kepada mereka?

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
(ali imran 104)
oleh yang demikian, marilah kita menangi hati rakan2 kita, agar lebih mudah utk berdakwah kpd mereka.

JOM BERDAKWAH~! :)

Nov 7, 2008

JaSSI dan exam

Assalamualaikum wararahmatullahi wabarakatuh.

alhamdulillah, ada juga masa terluang untuk saya menulis, walaupun hanya sebentar. alhamdulillah, JaSSI 2008 merupakan satu majlis yang sangat berkesan, dan merupakan satu batu loncatan untuk mewujudkan networking di kalangan pelajar-pelajar Malaysia, especially muslims di bumi India ini. syukur alhamdulillah, mulai 27 oktober 2008, IMAM India telah ditubuhkan secara rasminya.

mungkin pada masa yang akan datang jika diizinkan Allah serta jika saya larat (huh, jangan malas2), saya akan ceritakan tentang JaSSI more thoroughly berserta gambar2. boleh disimpulkan ketika JaSSI 2008, memang terasa kembali nikmat menjadi seorang yang bergelar malaysian, dan yang paling penting, seorang muslim. tak sabar pula rasanya nak pulang ke malaysia, huhu. kalau nak lihat website JaSSI, sila klik di link IMAM India di group 'indian plexus' di kanan skrin anda. tak pun klik di sini.

ura2 ada memberitahu ada cuti 15 hari iaitu cuti inter-semester, dijangka dalam pertengahan januari hingga akhir januari. kepada rakan2 dan keluarga di malaysia, tunggukan kedatanganku insyaallah :).

owh, lupa nak beritahu, 17 hingga 24 november ini saya dan rakan2 di jjmmc akan menghadapi 1st internal assessment, yang akan contribute dalam peperiksaan 1-MBBS pada Julai 2009 nanti. kepada para pembaca yang budiman, doakan kejayaan kami ya!

ketemu di lain waktu, jika ada kelapangan lagi insyaallah, assalamualaikum.