Dec 19, 2009

Selamat tahun baru!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, telah diberikan peluang kepada kita, untuk sekali lagi menjejakkan langkah ke tahun baru, kali ini 1431 Hijrah.

apa itu Hijrah?

Hijrah dalam islam, adalah hijrah nabi besar junjungan kita, khatamul anbiya' Nabi Muhammad shallallahu a'laihi wassallam, Rasul kita, pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hijrahnya adalah dari kota tercintanya, makkatul mukarramah ke satu penempatan bernama yathrib, yang telah dimuliakan namanya kepada madinatul munawwarah.

apakah tujuan rasulullah berhijrah?

Sesuatu matlamat hanya boleh dicapai dengan sebaiknya dengan perancangan yang baik. Hijrah rasulullah s.a.w. dari makkah ke madinah adalah antara salah satunya. perintah Allah untuk rasulullah s.a.w. berhijrah ada hikmahnya. antaranya, adalah merupakan perancangan Allah untuk mewujudkan kerajaan Islam di madinah. kedua, menyelamatkan Baginda dari rancangan jahat puak jahiliyyah Makkah. dan banyak lagi.

pengorbanan Baginda jauh lebih perit dari kita. jika rasulullah tidak melakukan semua pengorbanan itu, dapatkah kita nikmat Islam dan Iman yang kita kecapi sekarang?

Allahumma shalli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi Muhammad.

wahai umat Muhammad sekalian, tidakkah kita sayang kepada Nabi kita? betapa besar hijrahnya, meninggalkan kota lahirnya yang disayangi, demi memperjuangkan Islam?

ingatlah, dulu tidak ada bas, tidak ada keretapi, tidak ada kapal terbang. Makkah ke Madinah adalah 340km mengikut kiraan garis lurus Google Earth. itu garis lurus, kalau kiraan jalan yang ditempuhi rasulullah, lebih jauh ukurannya.

saya sendiri pernah menaiki unta. walaupun hanya naik selama 5 minit dan pusing-pusing dalam jarak 200 meter, sakit juga pinggul saya dibuatnya. ini pula perjalanan rasulullah menaiki unta sebagai kenderaan rasulullah s.a.w. sejauh (paling kurang!) 340km! tidak ternilai perit Baginda selama 23 tahun menyebarkan dakwah di bumi ini.

pengalaman menaiki unta di manipal, bersama ishak.


menjadi persoalan di sini, apa pula pengorbanan kita, penghijrahan kita?

saya sekarang menuntut di India, tetapi saya tidaklah menaik unta dari Shah Alam untuk datang ke sini. kebanyakan 'penghijrahan' saya ini adalah kenderaan yang selesa dan berhawa dingin.

walaupun jauh dari keluarga dan suasana Malaysia, tetapi saya kadang-kadang agak terasa peritnya rasa 'penghijrahan' ini.

keperitan ini hanya seberat butiran di persisiran pantai, untuk dibandingkan dengan seberat gunung keperitan yang rasulullah rasai. tambahan pula, rasulullah tidaklah menerima elaun sara hidup sebanyak mana yang saya nikmati sekarang.

maka, apakah yang telah kita lakukan untuk hargai keperitan hijrah rasulullah?

kasih rasulullah kepada kita tidak mampu kita balas, tetapi kita seharusnya, paling kurang pun, BERHIJRAH dari aspek yang rasulullah gemar.

apakah hijrah yang dimaksudkan itu?

simple. hijrah dari yang KURANG BAIK kepada yang LEBIH BAIK. bak kata pepatah inggeris, Today is Better than Yesterday. ataupun Tomorrow is better than Today (ada ke pepatah ini? saya pun tak pasti~)

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]


maka, apa yang penting sekarang, mari hijrah diri kita ke arah yang lebih baik. orang yang rugi adalah orang yang hari ini sama seperti hari semalam.

HIJRAHILAH DIRI ANDA. INGATLAH PENGORBANAN RASULULLAH TERSAYANG. (sila baca dengan nada iklan berhati-hati di jalan raya ye)


Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. [surah Ali Imran, ayat 104]

alhamdulillah, dari segi kelangsungan dakwah di tempat saya, kami telah pun berHIJRAH ke satu tahap yang baru, iaitu tazkirah melalui tayangan video. rugilah kalau kami tidak memanfaatkan Sony Bravia 48 inch yang diberi oleh pihak hostel ini kan?

disertakan sekali sedikit gambar-gambar ketika sambutan berlangsung;

buletin ma'al hijrah yang sangat mengagumkan. tahniah kepada faris dan tenaga kerjanya!

tok bilal, shahidi jusoh, mengazankan azan maghrib 1 muharram 1431.

bersedia untuk solat maghrib. baju biru lengan purple itu adalah faris.

tazkirah tentang hijrah rasulullah s.a.w. oleh saudara shairazi. di belakang itu, adalah Sony Bravia hostel kami. ^_^

antara muslimin yang hadir. ada yang ngantuk itu kerana solat tahajjud malam semalam barangkali.

antara muslimat yang hadir. encik shamim sempat membuat aksinya.

dari sudut lain. ok, kali ini shamim tidak perasan.

saudara naqib mendendangkan sedikit nasyid untuk hiburan sebelum tayangan perdana. boleh buat album!


setelah saudara naqib bernasyid dan memberi sedikit pengisian, tibalah pula tayangan selama 25 minit tentang peranan kita dalam hal ehwal Islam. terlupa pula untuk tangkap gambar waktu tayangan~

terima kasih diucapkan kepada Majlis Syura Muslimun, yang telah menghasilkan sebuah video yang sangat berkesan untuk menambat hati-hati yang tertulis La Ilaha illallah di dalamnya.

semoga dakwah terus subur di bumi Allah ini.

salam tahun baru hijrah, dari davangere india.

wassalam. =)

Dec 3, 2009

E is for Exam.

Assalamualaikum w.b.t.

How are you fellow readers? It has been a while since i last wrote in English.

The main reason i opted to do so is because i need to sharpen my writings in English, as the 2nd year MBBS of First Internal Assessment is just around the corner. although grammar and vocabulary will not be taken into account, but its good to practice, isn't it?

OK, below are the dates of my exams;

14/12/2009 - Forensic Medicine Theory
15/12/2009 - Pharmacology Theory
16/12/2009 - Microbiology Theory
17/12/2009 - Pathology Theory

21/12/2009 - Microbiology Practical
23/12/2009 - Forensic Medicine Practical
24/12/2009 - Pathology Practical

Around 29th-31st December will be my end-posting for Medicine Department.

AND THEN,

i'll be travelling around North of India from 1st till 16th January 2010 insyaAllah.

sounds interesting~~~

BEFORE THAT,

i have to focus on the internals first, then i'll describe in detail about my long-awaited trip to the foot of Himalayas.

lets strive first, thrive later.

an advice for myself;

Sesungguhnya pembazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.
[al Isra', ayat 27]


i have to paste this verse from al Qur'an everywhere to remind me that time is running out, i need to use it wisely. don't WASTE your time, because wastefullness is syaitan's best friend. wish i had a time manager. :P

all the best everyone!

wassalam~

Nov 28, 2009

Eid Mubarak~!

Assalamualaikum w.b.t.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, wa lillahil hamd.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SALAM IDUL ADHA kepada semua muslimin dan muslimat, di mana jua anda berada.

Kullu 'aam wa antum bikhair!

Wassalam.

p/s: alhamdulillah, meriah sambutan idul adha di davangere. ;)

Nov 18, 2009

Happy exam!


Assalamualaikum wbt.

Sempena rakan-rakanku (terutamanya di India) yang akan/sedang/telah menghadapi peperiksaan, saya ingin mengucapkan selamat menikmati peperiksaan!

kenapa peperiksaan itu nikmat?

kerana, sesuatu ujian (termasuklah peperiksaan di tempat pengajian) adalah tarbiyyah dari Allah. apa buktinya?

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman", dan mereka tidak diuji?
[al Ankabuut, 2]


Ujian yang kita hadapi adalah satu anugerah kepada kita, kerana ia mengajar kita supaya berusaha untuk mencapai yang terbaik, dan pada masa yang sama, menguatkan keimanan kita, insyaAllah. usahalah dengan sebaiknya, kerana;

“Dan manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya. Dan sesungguhnya usaha itu kelak akan diperlihatkan kepadanya. Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. Dan sesungguhnya kepada tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu.”
[An Najm, 39-42]


Sesiapa yang berusaha, maka dialah yang akan mendapat hasilnya. "Man jadda wa jadda".

Tetapi, jika kita telah berusaha sedaya upaya, tetapi hasilnya kurang memuaskan, jangan rasa gundah gulana, because this is not the end of the world.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Al Baqarah, 286]


Dengan apa sahaja hasil (atau kata lain, result exam) yang kita dapat, tidak kira distinction atau hampir-hampir lulus, jangan lupa bersyukur kepadaNya, kerana dalam setiap sesuatu, ada hikmahnya, InsyaAllah.

Ingatlah sewaktu kita kecil dahulu, kita pernah jatuh beribu kali hanya kerana mahu belajar berjalan, adakah kita putus asa? tidak! bahkan, kita masih mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk mencapai matlamat kita. bak pepatah "practice makes perfect".

Jika sewaktu kecil dahulu kita putus asa, bolehkah kita berjalan seperti sekarang? Sesuatu pekerjaan boleh diibaratkan "akarnya pahit, namun buahnya manis". memang pada mulanya banyak rintangan, tetapi hasilnya sangat baik. maka, jika kita putus asa sekarang, bayangkan apa akan jadi pada masa hadapan kita?

Oleh yang demikian, buatlah sehabis mungkin untuk mencapai matlamat kita. buat rakan-rakan seperjuangan, dan kepada sesiapa yang membaca tulisan ini, SELAMAT BERJUANG!!!

"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih"
[Asy Syams, 9]


semoga Allah membalas usaha kalian semua dengan kejayaan, ameen ;)

wassalam.

p/s: saya exam lebih kurang sebulan lagi, doakan saya juga ok!

Nov 9, 2009

MBBS, palestin, dan peranan kita?

di depan pintu masuk IMS Bangalore.


Assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah, selesai sudah program di Bangalore, anjuran IYA Bangalore dengan kerjasama ISMA.

apa yang saya dapat? sangat banyak.

Hari Pertama, 07/11/2009. Medicine Coffee Shop.

moderator majlis, Anas Aminin dengan dua ahli panel jemputan, Dr. Zainurrashid (nama timangan, Dr. Zain), bersama isterinya, Dr. Naziah.

antara topik utama yang dibincangkan;
  • Kenapa mahu jadi doktor?
  • Bagaimana mengaharungi kehidupan sebagai medical student?
  • Kahwin sewaktu belajar?
  • Kemanakah selepas MBBS?

kenapa mahu jadi doktor?

ini soalan yang sangat biasa kita dengar, bahkan sewaktu interview MARA/JPA, soalan ini juga ditujukan. apa yang penting adalah, setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. [HR Bukhari dan Muslim]

bagaimana mengharungi kehidupan sebagai medical student?

semua pelajar perubatan sedang mengharungi situasi yang sama. tetapi, bagaimana untuk mengharunginya? menurut Dr. Zain, ilmu perubatan ini semakin meluas dan dinamik, setiap hari, ada sahaja penemuan baru. beliau berkata, "semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tidak tahu". oleh kerana dunia perubatan ini sangatlah luas, sangatlah rugi jika kita tidak menghayati ilmu ini. tips Dr. Zain, selepas belajar sesuatu yang baru di kelas, terus buka past-year questions, agar lebih memahami topik tersebut.

Kahwin semasa belajar?

inilah topik yang paling hangat pada malam itu. maklumlah, para pendengar bujang-bujang belaka [walaupun ada antara mereka yang sudah berkahwin, hehe]. seperti Dr. Zain juga, beliau telah berkahwin ketika sedang tahun ke-4, sewaktu itu isterinya, Dr. Naziah baru sahaja memasuki tahun pertama perubatan!

apakah sebab utamanya?
  • menyempurkan agama, kerana berkahwin itu menyempurnakan separuh agama.
  • mematangkan diri. kita sering kata "belum matang lagi", tetapi sehingga bila mahu betul-betul jadi matang? perkahwinan itu sendiri akan mematangkan diri anda, kerana dengan tanggungjawab tambahan, termatanglah anda.
  • every great man, there is a woman behind him. betul tak?
  • mendisiplinkan diri. jika kita bujang, kita mungkin berfoya-foya dengan rakan sehingga lewat malam. tetapi jika telah beristeri, ada pemberi ingatan tentang hal-hal yang lagha ini.
tetapi, berkahwin ini adalah optional, bukan kemestian. jika kamu pernah terfikir tentang kahwin sewaktu belajar, fikirkan dari aspek keperluan, adakah perlu atau tidak? dan juga aspek keluarga, dan juga faktor-faktor lain. bergantung pada situasi individu masing-masing ya~

ke manakah selepas MBBS?

"jika kamu baru tahun pertama MBBS, ingatlah, bahawa anda ada 19 tahun lagi yang perlu ditempuhi". itulah ayat Dr. Zain yang sangat membuka minda saya sebagai seorang pelajar perubatan.

kenapa?

ini adalah pathway kita, dari masuknya kita ke medical school, sehingga bergelar seorang consultant.
  • MBBS - 5/6 tahun
  • Housemanship - 2 tahun
  • Medical officer - 3/4 tahun
  • Registrar (assistant specialist) - 4 tahun
  • Specialist - 5-7 tahun
setelah menjadi specialist selama 5-7 tahun, barulah anda boleh digelar consulant. barulah boleh berehat dengan secukupnya. selain itu, doktor = sibuk.

ramai juga bertanya, dalam jangka masa tersebut, waktu bila yang paling kurang sibuk?

jawab Dr. Zain, "waktu belajar MBBS".

(patutlah Dr. Zain kahwin waktu ini kot!)

oleh yang demikian, waktu menjadi medical student inilah, persiapkan diri kita dari semua aspek, baik ilmu perubatan, ilmu agama, ilmu sosial, ilmu ekonomi, ilmu "mematangkan diri", dan segala ilmu yang perlu kita kuasai, agar kita bersedia menghadapi kehidupan lebih mencabar selepas menggapai segulung ijazah nanti, insyaAllah!

manfaatkan masa sepenuhnya, agar kita tidak rugi di kemudian hari.


Hari Kedua, 08/11/2009. Palestin, dimanakah Solahuddin nya?

pada pagi keesokan harinya, ceramah palestin siri ke-3 telah diadakan di Dewan Auditorium IMS Bangalore. dewannya sangat canggih, seperti dewan kuliah di Malaysia!

dalam dewan kuliah IMS. besar+canggih+menawan! jakun sebentar.

ceramah ini juga disampaikan oleh Dr. Zain. beliau seorang yang perlu kita dicontohi, bukan sahaja kerana beliau seorang doktor pakar dalam bidang OBG, tetapi juga seorang aktivis pejuang kebebasan Palestin dengan usahanya membangkitkan kesedaran tentang pentingnya Palestin dari segi aqidah kita. alhamdulillah, dewan yang anda saksikan di atas itu, 90% penuh!

apa kaitan Palestin dengan aqidah kita?

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil haram ke Al Masjidil aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
[al Isra', ayat 1]

antara poster yang mempamerkan kekejaman Zionis.

telah diterangkan kepada kita dalam al-Qur'anul Karim, dua masjid yang menyaksikan peristiwa Isra' dan Mikraj, iaitu Masjid Al-Haram di Makkah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis. dan diberkahi sekelilingnya.

model kompleks masjid al-Aqsa.

masjid al Aqsa, sangat mulia sehingga difirman Allah di dalam al-Qur'an. tidakkah kita sayangkannya?

sangat benar kata-kata ini;

Sesiapa menguasai Baitul Maqdis, dialah menguasai dunia
[Solahuddin al-Ayubi]


lihatlah sekarang, siapakah yang menguasai dunia?

adakah kita mampu lihat sahaja?

ya, islam pasti bangkit kembali, dan dijanjikan Allah akan menawan semula Baitul Maqdis, tidakkah kita mahu menjadi sebahagian darinya?

apakah peranan kita untuk saudara seaqidah di Palestin? nak jawab apa di mahkamah Allah nanti?

Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak ambil peduli urusan umat Islam, maka ia bukan dari golongan mereka.
[HR al-Baihaqi]


ingatlah, walaupun kita tidak boleh menghunus senjata, tidak mampu ke sana untuk membantu, tetapi kita sekurang-kurangnya boleh;
  • menderma untuk mereka menerusi saluran yang betul
  • meminta pertolongan Allah dengan berdoa untuk mereka
  • mengadakan kesedaran di kalangan rakan-rakan kita
  • menyokong dan menghadiri segala aktiviti-aktiviti yang melibatkan Palestin
  • memboikot barangan Yahudi
  • dan sekurang-kurangnya, membenarkan dengan hati bahawasanya Islam pasti kembali dan Palestin menjadi milik kita!
ayuh doakan!


antara peserta yang hadir. mungkin salah seorang dari mereka pengganti Solahuddin?


mari kita bertindak, bukan hanya tunggu dan lihat. kita mampu mengubahnya.

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu
[ali Imran, ayat 160]

saya, Rahim, dan Pejai, bersama Dr. Zainurrashid, sebelum pulang ke Davangere. semoga segala usaha murni kita semua menjadi pembelaan kita di akhirat kelak, ameen!

semoga bermanfaat, wallahu a'lam.

p/s : untuk mengetahui barangan yahudi untuk diboikot, sila klik di sini.

pp/s : untuk menderma, sila klik di sini.

Nov 4, 2009

ISK-II, Manipal.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang telah memberi kita nikmat untuk menghirup lagi oxygen dan memberi peluang kepada kita untuk melihat ke skrin komputer ini.

Pada post yang lepas, saya telah mempromosi program IYA Bangalore iaitu 'Medicine Coffee House', yang akan berlangsung pada malam 7 November 2009 insyaAllah. untuk pengetahuan semua, pada Ahad pagi keesokan harinya, IYA Bangalore telah merancang satu lagi program, iaitu ceramah Palestin, siri ke-3, insyaAllah program berkembar ini akan berjalan dengan izin-Nya, doa-doakanlah :)

ini poster ceramah Palestin, hari ahad, 8 November 2009, di Bangalore

Pada hujung minggu yang sama juga, IYA Manipal akan menganjurkan 'Ini Sejarah Kita, siri ke-2', yang akan berlangsung di Masjid Manipal pada 7 hingga 8 November 2009, insyaAllah. penceramah pada program ini pula adalah tidak lain tidak bukan, abang alimin kita, final year MBBS dari KMC Mangalore. sempat lagi dia membuat program yang sangat besar ganjarannya, walaupun peperiksaan 3rd sessional final year MBBS beliau lebih kurang sebulan lagi. Indahnya pengorbanan demi agama, dan juga demi mengislahkan umat islam :)

di bawah ini adalah poster ISK-II di Manipal, dan juga sedikit tentatif program tersebut.


Tarikh: 7-8/11/2009
Masa: Sabtu (2pm-4pm & 8pm-10pm), Ahad (9am-12pm)
Tempat: Masjid Manipal

Penceramah: Muhammad Alimin Bin Mat Reffien (Pelajar Tahun Akhir MBBS, KMC Mangalore)
Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin & muslimat MMMC, KMC dan kolej-kolej lain.
Anjuran: IYA Manipal

Tema: Ke Arah Mana Kita Menyeru Manusia? Dimanakah Pangkal Dan Hujungnya? (Lanjutan ISK 1)



Objektif:

1. Mengkaji sejarah silam demi memahami hakikat dakwah para Nabi terdahulu.

2. Menghayati sirah perjuangan para sahabat dan keadaan pada zaman Umayyah, Abbassiyah dan Uthmaniyah.

3. Menekankan kepentingan beriktikad di bawah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam berdakwah.


Antara yang menarik:

1. Pernahkah saudara terfikir bagaimana cucu kesayangan Rasullah SAW, Husain bin Ali dan keluarga baginda boleh dibunuh dengan kejam oleh orang Islam sendiri hanya selepas 40 tahun Rasulullah SAW wafat!?

2. Tahukah saudara bahawa dinding Kaabah pernah ditembak oleh manajik sehingga hampir runtuh dan pernah dirobohkan oleh insan bernama Hajjaj bin Yusuf As-Saqafi pada musim haji!?

Dan banyak lagi!


Tentatif Program:

Sabtu:

2.00pm – 4.00pm: Perasmian. (Ucapan alu-aluan daripada penganjur)
Sesi muqaddimah
Ice breaking
Ulang kaji ISK 1
Sesi 1
4.00pm – 8.00pm: Rehat
8.00pm – 9.00pm : Sesi 2
9.00pm – 10.00pm : Video
10.00pm – 10.30pm : Konklusi

Ahad:

9.00am – 10.00am : Sesi 3
10.00am – 10.15am : Video
10.15am – 11.15am : Sesi 4
11.15am – 11.30am : Video
11.30am – 12.00pm : Soal jawab
Muhasabah
Ucapan penutup

terlintas di hati rasa terkilan kerana hanya dapat memilih salah satu dari dua program yang sangat-sangat bermanfaat pada hujung minggu ini. namun, dengan rancaknya aktiviti-aktiviti sebegini di bumi India, dapat membuktikan bahawa mahasiswa Malaysia di India boleh menandingi kerancakan program-program seperti sahabat-sahabat kita di UK, Ireland, Australia, dan di mana jua.

semoga dengan adanya program sebegini, akan menjadi titik permulaan bagi program-program yang akan datang. marilah semua kita doakan agar kedua-dua majlis pada hujung minggu ini mendapat sambutan yang menggalakan, dan juga dapat menaikkan semangat kita untuk terus berusaha menjadikan diri kita khalifah yang terbaik di muka bumi ini, insyaAllah!

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
[al Hajj : 40]

jangan lepaskan peluang keemasan ini. kalau bukan sekarang, bila lagi?

Ayuh rakan-rakan sekalian, aktifkan diri anda~!