Feb 23, 2010

Everyone is a leader.

Assalamualaikum w.b.t.

qalaLlahu ta'ala : mafhumnya,
"Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."
[al Hasyr, 59:21]

dalam ayat di atas, telah Allah perbandingkan gunung dengan manusia. gunung berpecah-belah disebabkan takut kepada Allah atas tanggungjawab yang diberikan. manakala, di akhir ayat, Allah berfirman,

"perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir".

apabila kita melihat manusia, ada yang berlumba-lumba mengejar pangkat dan gelaran. walhal, perkara tersebut merupakan satu amanah yang sangat besar, sehinggakan gunung yang besar dan gagah itu terpecah belah atas ketakutannya kepada amanah Allah swt.

mengapa Allah tidak turunkan amanah ini kepada malaikat yang terbukti patuh kepada Allah taala?

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
[al Baqarah, 2:30]

Allah swt telah menegaskan bahawasanya Dia telah menjadikan khalifah di muka bumi adalah di kalangan manusia yang sering membuat kerosakan, dan tidak memilih para malaikat. Para malaikat bertanya,

"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?"

dan Allah menjawab;
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

sesungguhnya, setiap perkara yang Allah tetapkan, ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Tiada seorang ketua yang memimpin orang bawahannya di kalangan muslimin kemudian dia tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk kebajikan mereka dan tidak memberi nasihat (kepada Islam), kecuali pemimpin ini tidak masuk syurga.
[Hadis Riwayat Muslim]

Tidak masuk syurga seseorang pemimpin jika dia tidak tekun dalam menjaga kebajikan dan memberi kefahaman tentang Islam kepada orang bawahannya.

Dengan terlantiknya saya sebagai Presiden MSAI Davangere pada hari sabtu lalu, saya akan bertekad untuk bertungkus lumus dalam menerapkan kefahaman Islam di kalangan muslimin muslimat, dan juga non-muslim, agar memenuhi kriteria hadis di atas. tidak lupa juga, amanah berat yang dipertanggungjawabkan kepada saya ini, saya harus menjaga kebajikan kalian semua dari hal yang besar, sehinggalah hal yang sekecil-kecil zarah.

wahai rakan-rakanku seperjuangan sekalian, tidak kira anda di Davangere ataupun di serata dunia, doakanlah agar saya diberi kekuatan dan ilham dalam memikul amanah yang sangat berat ini.

setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin. jika kamu telah mendirikan rumah tangga, kamu adalah pemimpin rumah tangga. jika kamu merupakan anak sulung, kamu merupakan pemimpin adik-adik kamu. dan jika kamu tidak ada apa-apa tanggungjawab yang lain, sesungguhnya kamu merupakan pemimpin kepada diri kamu sendiri.

berdoalah selalu kepadaNya, kerana Dialah Tuhan yang Maha Agung, lagi Maha Bijaksana.

"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" [al Fatihah, 1:5]

wassalam.

Feb 7, 2010

Cinta yang mendamaikan.

Assalamualaikum w.b.t.

bertemu kita pada kali ini, dengan limpah rahmat Allah s.w.t. dapat lagi saya berpeluang untuk berinteraksi di laman ini. pada kali ini, saya akan berkongsi kepada pembaca-pembaca sekalian tentang satu nukilan yang sangat menyentuh hati para remaja dan belia.

hayatilah...


"sesiapa yg jatuh cinta,
kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,
maka dia adalah seorang yg syahid"
[riwayat Hakim,Ibn Asakir, Al-Dailani, dan lain-lain]

"sesiapa yg jatuh cinta,lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia,maka dia adalah seorang yg syahid."

(petikan PEMILIK CINTAKU - FATIMAH SYARHA MOHD NORDIN)


guruku pernah berkata, "sesungguhnya perempuan solehah itu adalah ujian bagi lelaki soleh, dan bagi lelaki soleh itu ujian bagi perempuan solehah"

manusia mudah LALAI kerana...

"syaitan itu menampakkan yg haram itu indah dan benar bagimu...
dan juga yg halal itu susah... dan tidak Benar bagimu..."

Oleh itu...
sekiranya kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kpd manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang mencintai orang yang kita cintai.
Tetapi sekiranya,
kita cintakan Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang di tetapkan olehMu kepadaku.
Maka, campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya, cinta kepadaku adalah keranaMu,
Namun, andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMU kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian, yang Kau berikan kepadaku...

kini,
ujian itu hadir lagi,
puas sudah aku sabar..
kerna ku tahu benar..
cinta itu sepantasnya hanya untuk insan bernama suami..
meski PERIT... ku tahu... Kau pasti mengerti...
kerna kau tahu..
tindakanku menjauhimu hanya untuk kebaikanmu....

jika cinta itu damai..
pasti akan membuahkan rasa malu..
MALU untuk melalaikanmu dengan suara lunakku..
MALU untuk melekakan hati sucimu dengan kecantikan wajahku..
MALU untuk mencemarkan Iman dan Ibadah mu dengan senda gurauku..
MALU untuk menjadikan kau lalai dan alpa batas agama..
kerna kau BELUM HALAL bagiku,
Dan,
kerna aku BELUM HALAL bagimu,

jika cinta itu damai,
mengapakah jiwa ini gundah saat aku menghadap tuhanku..?
mengapakah hatiku derita saat aku mendengarkan azan dilaungkan..?
mengapakah suaraku sesak dengan tangisan sedang aku membaca Al-Quran..?
mengapakah fikiranku tidak tenang saat aku sujud pd Tuhanku..?

kerna aku tahu Dia menyayangiku..
kerna aku tahu Dia mahu mengujiku..
apakah pantas seorang itu mengaku dia beriman selagi dia belum diuji?
ya,
aku diuji..
meski aku lemah...keliru..buntu cara..
aku mesti kuat...dan aku mesti tabah...

kerna aku tahu..

si dia yang ku nanti-nanti..
ada di hujung jalan ini..
jalan yg menuntut untuk aku berSABAR...
memperbaiki diri...menjadi TEMAN HIDUP idamanmu..
yang mendamaikan jiwamu..
yang menuju REDHA ILAHI....

hijrah itu susah, hijrah itu PAYAH..
Namun.. hijrah itu rahmah...

wallahu~

Hamba Allah yang menanti..

-petikan disalin dari artikel siti hawa-

Jan 26, 2010

Assalamualaikum =)

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh~

Salam barakah diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat, baik yang hidup mahupun yang telah meninggalkan kita.

Alhamdulillah, terus menerus kita dikurniakan nikmat Iman dan Islam sejak kita lahir hinggalah ke saat ini, dan seterusnya hingga ke syurga insyaAllah =)

Pada kali ini, saya akan menyampaikan satu ungkapan yang ringkas, iaitu Assalamualaikum.

Assalamualaikum pembuka bicara. diajarkan oleh Rasulullah s.a..w. untuk kita melafazkannya tiap kali memulakan sesuatu pertemuan. Sabda Nabi s.a.w.;

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling sayang-menyayangi. Mahukah aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu kerjakan, nescaya kamu sekalian akan saling sayang-menyayangi? Iaitu sebarluaskanlah salam di antara kamu sekalian". [HR Muslim]


masyaAllah, besarnya hikmah satu ungkapan semudah salam itu. hanya dengan melafazkan salam, terjalinlah kasih sayang di antara kita semua.

Rasulullah s.a.w juga telah menyarankan kita untuk melakukan tujuh perbuatan di bawah;

Dari Al Barra' bin 'Azib r.a berkata: "Rasulullah s.a.w menyuruh kami untuk melaksanakan tujuh macam perbuatan, iaitu: menjenguk orang sakit, mengiringkan jenazah, mendoakan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, menyebarluaskan salam, dan menepati sumpah". [HR Bukhari dan Muslim]


bukan sahaja bertemu dengan saudara se-Islam kita, bahkan apabila kita mahu memasuki sesuatu rumah, Allah berfirman;

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekalian memasuki rumah yang bukan rumahku sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. [an Nur 24:27]


Apabila kamu sekalian memasuki suatu rumah maka hendaklah kamu sekalian memberi salam kepada penghuninya, suatu penghormatan yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkah lagi baik. [an Nur 24:61]


Rasulullah s.a.w juga telah mengajar kita, tatacara memberi salam. Sabda Nabi s.a.w;

Dari 'Imran bin Al Husain r.a berkata: "Ada seseorang datang kepada Nabi s.a.w dan mengucapkan: "Assalamualaikum". Salam itu dijawab oleh beliau, dan ia duduk, kemudian beliau bersabda "Sepuluh". Setelah itu datang lagi seseorang dan mengucapkan "Assalamualaikum wa rahmatullah". Salam itu dijawab oleh beliau, dan ia duduk, kemudian beliau berkata "dua puluh". Setelah itu datang lagi seseorang dan mengucapkan: "Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh". Salam itu dijawab oleh beliau, dan ia duduk, kemudian beliau bersabda "tiga puluh". [HR Abu Daud dan at Tirmidzi]


10, 20, 30, itulah darjat-darjat kebaikan yang diberikan dalam mengucapkan salam. lagi panjang kita ucap, lagi bagus =)

dalam memberikan salam kepada suatu kawasan yang terdapatnya orang tidur dan orang yang berjaga, Rasulullah s.a.w bersabda;

Dari al Miqdad r.a di dalam hadisnya yang panjang, ia berkata: "Kami biasa menyediakan susu yang memang sudah menjadi bahagian Nabi s.a.w. Apabila datang pada waktu malam, beliau mengucapkan salam yang tidak sampai membangunkan orang tidur tetapi bisa didengar oleh orang yang jaga. Nabi biasa datang dan mengucapkan salam sebagaimana tersebut di atas". [HR Muslim]


kawal suara kita apabila memberi salam, jangan sampai yang sedang tidur, terbangun pula~.

asyik kita berbicara tentang memberi salam, bagaimana pula dengan menjawab salam?

Firman Allah s.w.t;

Apabila kamu sekalian dihormati dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah penghormatan itu dengan yang serupa. [an Nisa 4:86]


Sabda Nabi s.a.w;

Dari A'isyah r.a berkata: "Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku, 'Ini Jibril menyampaikan salam untuk kamu'. Maka saya menjawab: "Wa alaihissalamu wa rahmatullahi wa barakatuh". [HR Bukhari dan Muslim]


Indahnya islam, mengajarkan umatnya akhlak-akhlak yang mulia untuk diamalkan sentiasa. Marilah sebarluaskan salam!

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu sekalian datang pada suatu majlis maka hendaklah ia mengucapkan salam. dan bila ia akan meninggalkannya maka hendaklah ia mengucapkan salam. yang pertama itu tidaklah lebih berhak daripada yang akhir". [HR Abu Daud dan at Tirmidzi]


akhir kata, ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH. =)

Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash r.a bahawasanya ada seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Bagaimanakah Islam yang baik itu?" Beliau menjawab: "Iaitu kamu memberi makanan, dan mengucapkan salam baik kepada orang yang telah kamu kenal mahupun orang yang kamu belum kenal" [HR Bukhari dan Muslim]


Jan 18, 2010

Mari mengkaji.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menaip sedikit nukilan di ruangan ini. =)

Pada hari ini, saya baru sahaja memulakan sesi pengajian semester ke-empat MBBS di India ini. untuk pengetahuan semua, ada 9 semester kesemuanya untuk dilangsaikan agar diri ini layak untuk menjadi seorang doktor.

Walaupun kelas baru bermula hari ini, tetapi clinical postings telahpun bermula sejak dua hari lepas. Setelah melalui dua postings di department surgery dan medicine dalam 4 bulan sebelumnya, kali ini saya berpeluang untuk mengharungi department Obstetrics and Gynaecology (OBG), atau dalam bahasa mudah, jabatan sakit puan.

Apa itu Obstetrics?

The branch of medicine concerned with pregnancy and antenatal care, childbirth, and postnatal care. It is also the study of the structure and function of the female reproductive system.

cabang perubatan yang berkaitan dengan perempuan hamil dan penjagaan sebelum bersalin, melahirkan anak, dan penjagaan selepas bersalin. Ia juga adalah kajian tentang struktur dan fungsi sistem pembiakan wanita.


Gynaecology itu apa pula?

Gynaecology deals with contraception, the investigation and treatment of menstrual problems, sexual problems relating to the menopause, and any related disorders. It also covers disorders of early pregnancy.

gynaecology menyentuh tentang teknik mencegah penghamilan, penyiasatan dan cara mengatasi masalah haid, masalah seks yang berkait dengan menopaus, dan permasalahan yang berkaitan dengannya. Ia juga membincangkan permasalahan berkaitan kehamilan pada tahap awal.


posting OBG kali ini dijalankan di WCH Hospital, Mandipet. mengambil masa dalam 10-15 minit perjalanan dari hostel. saya akan berada di department ini dari 16 Januari 2010 hingga 15 Mac 2010, insyaAllah.

alhamdulillah, saya telah berpeluang untuk kali pertama mendengar dengupan jantung janin, dan pada pagi tadi, melihat lahirnya seorang insan suci ke dunia ini. segala puji bagi Allah dalam kehebatan ciptaan-Nya.

luasnya ilmu perubatan ini, sehinggakan pelbagai departments yang telah diwujudkan untuk mengkaji setiap satu sistem yang berkaitan dengan kehidupan manusia.

dalam department OBG pula, antara topik yang dikaji adalah berkaitan dengan persenyawaan dan perkembangan janin dalam rahim ibu.

sungguh, telah Allah nukilkan dalam al-Qur'an,

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.

Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

[al-Mukminun, 23:12-14]

indahnya Islam, yang panduan hidupnya ialah al-Qur'an dan as-Sunnah. sungguh, telah pun Allah nyatakan dahulu bagaimana terciptanya janin secara terperinci di dalam al-Qur'an.

al-Qur'an bukan sahaja menyentuh tentang ibadah, pelbagai ilmu terkandung didalamnya, termasuklah ilmu perubatan. rugi jika kita tidak mengkajinya.

itulah mukjizat yang Allah berikan kepada kita, janganlah kita persiakan.

mari kita sentiasa mengkaji, mengkaji, dan terus mengkaji, agar keimanan kita kepada Sang Pencipta semakin kuat hari demi hari.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

[ali Imran, 3:190]

ayuh! mari mengkaji :)

salam dari india.

Jan 4, 2010

Tour to North of India.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, praise to Allah the one and only God that gives me time to write again here.

Currently, i am freezing at Shimla, a hill town in the state of Himachal Pradesh, temperature ranges about 2-9 degree celcius.

this is the time table of my north of india journey;

January 1 - to Bangalore
January 2 - at Bangalore
January 3 - flight from Bangalore to Delhi. sight-seeing around Delhi
January 4 - from Delhi to Shimla. sight-seeing around Shimla
January 5 - at Shimla. sight-seeing.
January 6 - from Shimla to Manali.
January 7 - at Manali.
January 8 - at Manali.
January 9 - at Manali.
January 10 - from Manali to Delhi.
January 11 - from Delhi to Agra.
January 12 - Agra to Delhi. then at night, flight from Delhi to Mumbai.
January 13 - at Mumbai. sight-seeing.
January 14 - at Mumbai. sight-seeing. at night, flight from Mumbai to Bangalore.
January 15 - at Bangalore. at night, bus from Bangalore to Davangere.

i am enjoying every second of this trip, and will continue to do so for the coming days!

wish us a safe and pleasent journey~

wassalam.

p/s : to see our day-to-day pictures, kindly click here.