Jul 10, 2009

Baling Relief Mission 2009

Baling Relief Mission 2009 : Misi Membantu Rakyat Miskin
www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube



Program yang diberi nama ‘Baling Relief Mission' ini telah memilih Kampung Legong dan Kampung Charuk Bemban yang terletak di Baling, Kedah. Kawasan ini dipilih kerana kawasan ini merupakan antara kawasan paling miskin di Malaysia, justeru kebanyakan penduduknya kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat kesihatan.


Salah sebuah rumah rakyat miskin di Baling


Selain itu, terdapat juga beberapa faktor lain seperti kekurangan doktor, kurangnya kesedaran tentang kepentingan kesihatan di kalangan penduduk, masalah kesihatan seperti malnutrisi dan sakit tua serta masalah sosial seperti penagihan dadah dan kes curi kabel yang berleluasa. Di samping itu, suatu program motivasi di SMK Jerai, Kupang, Baling, Kedah telah dirangka khusus untuk pelajar tingkatan empat dan lima yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Aktiviti sepanjang BRM

1) Klinik Kesihatan: Kampung Legong dan Kampung Charuk Bemban

2) Program Motivasi: SMK Jerai

3) Aktiviti lain yang turut dijalankan:

  • Klinik ‘Jantung Sihat'
  • Klinik Wanita
  • Sesi ‘Belajar Memasak Sihat'
  • Gotong-Royong seluruh Kampung: "Rumahku Bersih, Kampungku Indah, Keluargaku Sihat"

Bila?

23 Julai 2009 - 26 Julai 2009



Rumah mereka usang


Tidak se-gah rumah-rumah kita


Penganjur : Islamic Medical Association Malaysia (IMAM) Ireland Student Chapter

IMAM Ireland ‘Student Chapter' adalah satu pertubuhan yang berdaftar dengan ‘Malaysian Students Department' (MSD) dan baru sahaja ditubuhkan kira-kira 5 tahun yang lalu. Dengan keahlian melebihi 100 orang dari kalangan pelajar perubatan muslim Malaysia yang menuntut di segenap pelusuk Ireland, IMAM adalah satu pertubuhan yang banyak memberi sumbangan kepada para pelajar Malaysia di Ireland khususnya pelajar perubatan.


Kaitan iLuvislam.com dan BRM

iLuvislam.com komited untuk membantu BRM dalam menguar-uarkan program kebajikan ini. Selain itu, iLuvislam.com juga berharap, melalui hebahan ini, sedikit sumbangan dapat diperoleh dari rakan-rakan yang prihatin dan berkemampuan.


Mengapa BRM?

‘Baling Relief Mission' ini diharapkan dapat menjadi suatu platform untuk menyediakan bantuan dan khidmat sama ada dari sudut perubatan, kesedaran tentang kepentingan kesihatan serta bantuan bekalan asas kepada penduduk di kawasan yang terlibat. Selain itu, misi perubatan ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada para pelajar perubatan untuk merasai pengalaman menyertai ‘relief mission' sebegini sekaligus memberi pendedahan kepada mereka terhadap kerjaya kedoktoran. Di samping itu, ‘relief mission' ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar untuk menyempurnakan subjek elektif mereka dan mendedahkan mereka terhadap kerjaya kedoktoran di luar hospital.


Tawaran untuk anda!

Kami dari BRM sangat mengalu-alukan kesudian anda untuk sama-sama menyertai kami sebagai sukarelawan sepanjang program ini nanti. Tawaran kami sangat dialu-alukan lebih-lebih lagi kepada mereka-mereka yang tinggal di Baling, Kedah.

Selain itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada sahabat semua dalam usaha kami melancarkan program dan menyumbang kepada masyarakat berkaitan.


Sungguh bahagia jika kita mampu membantu mereka


Hubungi Kami..

i. Maklumat lanjut berkenaan BRM boleh didapati melalui link ini: http://balingmission09.wordpress.com/

ii. Kepada sesiapa yang ingin membantu kami dan menjadi sukarelawan, bolehlah di emelkan kepada:

Wan Farah bt Wan Ibrahim (Setiausaha Agung Baling Relief Mission);

Email: farah_ichi@yahoo.com

iii. Bagi mereka yang ingin menyumbang kewangan, sahabat boleh sumbangkan kepada:

Nor Afifah Jauhari
Acc. No: 0205-0119-0245-26
Bank: CIMB Bank

*Rujukan : Infaq Baling


Jom jadi sebahagian dari misi kemanusiaan ini!


Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
(Al-Baqarah: 245)



Sumbangan kita sangat bermakna buat mereka

p/s: jom pi beramai-ramai~!!!

Jul 1, 2009

sani helwah ya 'abi wa ummi2!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

pada minggu lepas, telah berlangsungnya 3 hari ulangtahun kelahiran orang2 tua saya. mereka adalah;
  • Abdul Shukor Ali, 50 pada 25 Jun 2009.
  • Noorhashimah Mohamed Nordin, 48 pada 29 Jun 2009.
  • Norliza Hayati Ahmad Khalil, 34 pada 29 Jun 2009.
Semoga diberkati umur dan dirahmati Allah selalu, terima kasih atas didikan, tunjuk ajar, teguran, bimbingan, bantuan, dorongan, dan kasih sayang yang telah dicurahkan selama ini.

Maaf zahir dan batin juga dipinta atas salah silap selama ini. (macam raya pula.. aduhai, tak dapat raya lagi kat malaysia tahun ini..)

akhir kata, sayangilah ibu dan ayah anda!!

p/s: ada paper physiology petang ini, biochemistry dua hari lepas, risau akan result nanti.

pp/s: H1N1 dah serang sekolah saya, SMK Seksyen 9 Shah Alam. mujur satu kelas sahaja yang kena kuarantin. minggu ini dah buka balik kelas itu.

ppp/s: baru baik demam, alhamdulillah. kepada pembaca, jagalah kesihatan anda!

Wassalam.

Jun 19, 2009

Finals, just around the corner?

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya mahu cerita tentang final exam.

Seperti yang telah saya terangkan saban hari, final exam ada 2 parts, Theory dan Practicals.

Jadual untuk theory adalah seperti berikut;
  • 29/06/2009 = Biochemistry paper I & II
  • 01/07/2009 = Physiology paper I
  • 02/07/2009 = Physiology paper II
  • 04/07/2009 = Anatomy paper I
  • 06/07/2009 = Anatomy paper II
Untuk practicals part pula, jadual belum diberitahu lagi.

Maka, exam tak tahu exactly habis bila.

Maka, tak boleh beli tiket lagi.

Oleh yang demikiannnnn, saya merayu kepada encik rameshwar thakur, cansellor rguhs, untuk keluarkan jadual secepat mungkin. tiket lagi lambat beli lagi mahal.

jap, apa itu RGUHS?

RGUHS stands for Rajiv Gandhi University of Health Sciences, ia merupakan examination board untuk most of the medical colleges di negeri karnataka ini. JJMMC tergolong antaranya.

untuk melayari website dia, sila taip www.rguhs.ac.in . lepas dah taip, jangan lupa tekan enter.

itu sahaja, moga bersua di lain hari. salam dari india~!

Jun 13, 2009

sani helwah ya ukhti!

Assalamualaikum w.b.t.

Genap pada tarikh 13 Jun, adikku Wan Jamila telah pun mencecah usia 7 tahun!

Semoga Allah merahmatimu, ya ukhti~!

Jamila (kiri) bersama adiknya Jemima (kanan). rajinkan mereka beribadah? kita bagaimana?

sayangilah adik anda~!

Jun 10, 2009

Format Exam.

Assalamualaikum w.b.t and namaskara.

Today i wish to tell you about the format of the University Examination.

There are two main parts;
  • Theory
  • Practical
THEORY
Total marks = 300, divided into;
  • University Theory Examination (2 Papers) = 100 x 2 = 200
  • University Viva Voce = 40
  • Internal Assessment = 60
-University Theory Examination has 2 separate papers, each carries 100 marks.
-University Viva Voce consists of 40 marks, to be conducted in the same day as the practical examinations. This is completely an oral test.
-Internal Assessment marks are carried on from the best two internal assessment results.

PRACTICAL
Total marks = 100, divided into;
  • University Practical = 80
  • Internal Practical = 20
-University practical will be conducted in the same day as the viva voce, practicals will come first.
-Internal practical marks are carried on from the best two internal assessment practical results.

Tips for examinations
  1. Write the question numbers clearly, and on the left side of the margin.
  2. You may answer any questions first, no need to answer according to the sequence.
  3. Write in a GOOD and WELL-WRITTEN handwriting. It is vital to impress the examiners.
  4. Draw diagrams whenever necessary. If possible, one question should have at least one diagram.
  5. Bring along your record books for the respective practicals.
*please note that for biochemistry, all of the portions are half for what is for anatomy and physiology. e.g. theory total marks = 150, practicals = 50.

May Allah guides us all. Happy studying.

also posted at http://msadavangere.blogspot.com

Jun 8, 2009

hujan.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, hujan makin lebat di davangere. tanda musim panas dah berakhir.

exam pon hampir tiba. 29 jun ini. wah 3 minggu je lagi.

balik malaysia khabar angin mengatakan 1 ogos dah boleh balik, wah cacing kepanasan gini.

apa2 pon, doakan kejayaan kami di india ini, dan doakan agar kami boleh balik ke malaysia TANPA DIKUARANTIN.

p/s: H1N1 dah sampai kat hyderabad, india. 7 orang infected.