Jul 10, 2009

Baling Relief Mission 2009

Baling Relief Mission 2009 : Misi Membantu Rakyat Miskin
www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube



Program yang diberi nama ‘Baling Relief Mission' ini telah memilih Kampung Legong dan Kampung Charuk Bemban yang terletak di Baling, Kedah. Kawasan ini dipilih kerana kawasan ini merupakan antara kawasan paling miskin di Malaysia, justeru kebanyakan penduduknya kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat kesihatan.


Salah sebuah rumah rakyat miskin di Baling


Selain itu, terdapat juga beberapa faktor lain seperti kekurangan doktor, kurangnya kesedaran tentang kepentingan kesihatan di kalangan penduduk, masalah kesihatan seperti malnutrisi dan sakit tua serta masalah sosial seperti penagihan dadah dan kes curi kabel yang berleluasa. Di samping itu, suatu program motivasi di SMK Jerai, Kupang, Baling, Kedah telah dirangka khusus untuk pelajar tingkatan empat dan lima yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Aktiviti sepanjang BRM

1) Klinik Kesihatan: Kampung Legong dan Kampung Charuk Bemban

2) Program Motivasi: SMK Jerai

3) Aktiviti lain yang turut dijalankan:

  • Klinik ‘Jantung Sihat'
  • Klinik Wanita
  • Sesi ‘Belajar Memasak Sihat'
  • Gotong-Royong seluruh Kampung: "Rumahku Bersih, Kampungku Indah, Keluargaku Sihat"

Bila?

23 Julai 2009 - 26 Julai 2009



Rumah mereka usang


Tidak se-gah rumah-rumah kita


Penganjur : Islamic Medical Association Malaysia (IMAM) Ireland Student Chapter

IMAM Ireland ‘Student Chapter' adalah satu pertubuhan yang berdaftar dengan ‘Malaysian Students Department' (MSD) dan baru sahaja ditubuhkan kira-kira 5 tahun yang lalu. Dengan keahlian melebihi 100 orang dari kalangan pelajar perubatan muslim Malaysia yang menuntut di segenap pelusuk Ireland, IMAM adalah satu pertubuhan yang banyak memberi sumbangan kepada para pelajar Malaysia di Ireland khususnya pelajar perubatan.


Kaitan iLuvislam.com dan BRM

iLuvislam.com komited untuk membantu BRM dalam menguar-uarkan program kebajikan ini. Selain itu, iLuvislam.com juga berharap, melalui hebahan ini, sedikit sumbangan dapat diperoleh dari rakan-rakan yang prihatin dan berkemampuan.


Mengapa BRM?

‘Baling Relief Mission' ini diharapkan dapat menjadi suatu platform untuk menyediakan bantuan dan khidmat sama ada dari sudut perubatan, kesedaran tentang kepentingan kesihatan serta bantuan bekalan asas kepada penduduk di kawasan yang terlibat. Selain itu, misi perubatan ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada para pelajar perubatan untuk merasai pengalaman menyertai ‘relief mission' sebegini sekaligus memberi pendedahan kepada mereka terhadap kerjaya kedoktoran. Di samping itu, ‘relief mission' ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar untuk menyempurnakan subjek elektif mereka dan mendedahkan mereka terhadap kerjaya kedoktoran di luar hospital.


Tawaran untuk anda!

Kami dari BRM sangat mengalu-alukan kesudian anda untuk sama-sama menyertai kami sebagai sukarelawan sepanjang program ini nanti. Tawaran kami sangat dialu-alukan lebih-lebih lagi kepada mereka-mereka yang tinggal di Baling, Kedah.

Selain itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada sahabat semua dalam usaha kami melancarkan program dan menyumbang kepada masyarakat berkaitan.


Sungguh bahagia jika kita mampu membantu mereka


Hubungi Kami..

i. Maklumat lanjut berkenaan BRM boleh didapati melalui link ini: http://balingmission09.wordpress.com/

ii. Kepada sesiapa yang ingin membantu kami dan menjadi sukarelawan, bolehlah di emelkan kepada:

Wan Farah bt Wan Ibrahim (Setiausaha Agung Baling Relief Mission);

Email: farah_ichi@yahoo.com

iii. Bagi mereka yang ingin menyumbang kewangan, sahabat boleh sumbangkan kepada:

Nor Afifah Jauhari
Acc. No: 0205-0119-0245-26
Bank: CIMB Bank

*Rujukan : Infaq Baling


Jom jadi sebahagian dari misi kemanusiaan ini!


Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
(Al-Baqarah: 245)



Sumbangan kita sangat bermakna buat mereka

p/s: jom pi beramai-ramai~!!!

No comments: