Jul 19, 2009

cerpen balik malaysia.

Assalamualaikum w.b.t.

13 Julai 2009

1100 : exit permit tak siap lagi!!

pada jam 11am, saya dan rakan-rakan telah pergi ke superintendent office (sp office) untuk mengambil exit permit yang telah dimohon oleh pakcik Harish (drebar bas kami) pada hari Jumaat yang lalu. tiba-tiba,

orang yang dekat sp office, encik Nagu : "your application haven't been started yet because you and your friends have not submitted 3 photos. you only submitted 2 instead of 3."

aduhai, awat tak habaq awal2??? saya mahu pergi bangalore dah malam ini.

kebetulan saya memang membawa gambar2 saiz passport di mana jua saya berada. sebab saya simpan di dalam dompet. perlu diingatkan bahawasanya exit permit ni perlu dimohon jika mahu keluar dari india. sesungguhnya tidak boleh keluar dari india tanpa exit permit.

dengan pantasnya saya terus serahkan borang saya berserta gambar2. beliau berkata "awat hang mau hantaq awal2, bukan nak pi balik malaysia 15 julai ke?" (dia tak bercakap dalam nada kedah, hanya rekaan semata-mata)

saya menjawab "memanglah tiket saya 15 julai, tapi pukul 12.55am. maknanya saya kena ada kat bangalore airport by malam 14 julai. so kena la pi bangalore malam ni sebab bas ada malam je"

beliau terus berkata "come back at 6pm, it will be ready" (ni conversation yang betul)

maka saya kembali ke hostel dengan hati yang separa lega, separa resah. kerana janji India sukar untuk dipercayai.


1200 : ikut Ali dan Mehdi ke police station.

Ali dan Mehdi merupakan dua pelajar pergigian dari Iran di CODS Davangere. mereka mahu pulang ke Iran pada esok hari. dan kebetulan mereka juga baru hendak memohon exit permit hari ini.

mengapa kami ke police station? haa prosedur untuk memohon exit permit ini ada banyak step;

step 1 ; mohon exit permit di sp office
step 2 ; permohonan dihantar ke police station
step 3 ; police station menghantar rekod jenayah (jika ada) kepada sp office
step 4 ; jika tiada rekod jenayah, maka sp akan tandatangan exit permit. siap!
step 5 ; ambil exit permit yang telah siap di sp office

kita hanya perlu buat steps 1 dan 5 sahaja. steps 2,3,4 dibuat oleh polis. tapi kalau nak sangat2 cepat, kita sendiri buat steps 2,3,4. perlu diingatkan, sp office adalah ofis encik superintendent. police station adalah stesen polis. kenapa mereka tak duduk satu tempat sahaja?? haa itu yang kita tak tahu!

itulah tujuan Ali dan Mehdi ke stesen polis. tujuan saya mengikut mereka adalah untuk mengetahui cara2 exit permit dibuat. saya tidak buat steps 2,3,4 kerana polis sangat2 mahu buatkan untuk kami, esp. rakyat Malaysia. perlu diingatkan rakyat Malaysia sangat dijaga oleh orang2 besar di Davangere ni. mungkin sebab kerajaan Malaysia banyak hantar pelajar ke Davangere barangkali. dan itu juga sebabnya ada orang tengah untuk uruskan exit permit kami (yakni pakcik Harish).

semasa meninjau Ali dan Mehdi membuat step 2, saya kagum dengan Mehdi kerana sangat fasih berbahasa Hindi dan Kannada. bila lah saya mahu kuasai bahasa2 ini ye?


1800 : drama di sp office

saya ke sp office seperti yang dijanjikan oleh encik Nagu pada jam 6pm. sampai je di sp office itu;

en Nagu ; "your application is nearly completed but the sp is not here to sign your exit permit. can u come tomorrow at 10am?"

saya ; "owh, ok sir.........." (dengan nada sedih)

sedih menyelubungi right atrium ku. sangat pilu kerana tidak dapat ke bangalore malam ini gara2 exit permit tak siap lagi. tidak dapat la saya membeli ole2 di bangalore kerana tidak sempat jika bertolak esok tengahari. hanya sempat terus ke airport. korbanlah pula tiket bas saya ke bangalore malam itu. dugaan2.

maka, saya bawa hati yang pilu ini terus ke auto (kenderaan tiga roda macam beca) untuk pulang ke hostel. auto yang saya naiki ini merupakan auto yang bawa saya ke sp office, saya suruh auto itu tunggu kerana sp office terletak di ceruk bandar, maka susah nak cari auto di sana.

baru sahaja saya mahu bertolak ke hostel, tiba2 drebar auto di sebelah auto saya menyapa; "eh, nak balik dah?? awat hang dah nak balik tapi Ali dan Mehdi tak balik2 lagi?"

jiwaku kepelikan, Ali dan Mehdi ada di sp office ke?? tak nampak pula tadi. tapi saya pun terus berpatah balik ke sp office untuk mencari Ali dan Mehdi. rupa2nya drebar auto di sebelah auto saya ini merupakan drebar Ali dan Mehdi.

setelah saya masuk kembali ke sp office, saya cari dan mencari Ali dan Mehdi. tup tap tup tap, terjumpa mereka di bilik menunggu. saya terus menyapa mereka "awat hang dok kat sini lagi? tak siap lagi ke exit permit?"

Ali : "belum lagi, sp tak datang2 lagi. dia belum sign permit kami. dah pukul 6.30pm ni saya gerenti sp tak datang ni..."

Mehdi (lebih optimistik) : "tak mengapa, kita tunggu sahaja sampai 7.30pm, kalau ada, adalah."

maka saya dengan hati yang 3/4 sayu dan 1/4 optimistik menunggu ketibaan sp. secara jujurnya, saya telah anggap tiket bas malam ini 'burn' dan sewaktu menunggu, saya asyik memikirkan tentang cara2 nak pergi bangalore esok, sambil berborak dengan rakyat2 Iran itu. pada saat2 inilah, saya berdoa dan bertawakkal kepada Allah, agar keajaiban berlaku....


1900 : sp datang!!!

"yay!!! sp dah datang!!! sp dah datang!!!!" jerit Mehdi yang sebelum itu rancak berbual dengan pak polisi.

Ali pun segera melompat2 keriangan. saya pun terlompat2, tapi tak seteruk Ali hehe.

Alhamdulillah, keajaiban telah berlaku. sayangkan Allah kepada hamba-hambaNya?

dengan pantas Mehdi dan Ali menggesa encik Nagu untuk melangsaikan exit permit kami. saya yang sedang belajar prosedur2 ini hanya mampu melihat, sambil keriangan merebak ke seluruh badan.

dengan rasminya, pada jam 1915, exit permit (dengan ajaibnya) telah berjaya disiapkan dalam masa kurang dari 24 jam. tidak pernah berlaku sebelum ini, exit permit dapat dibuat kurang dari 24 jam. barangkali india semakin efisien.

setelah selesai urusan exit permit, Ali dan Mehdi bersalaman dengan semua pak polisi di sp office itu. saya pun ikut sahaja tindakan mereka. zygomaticus major muscle ku tak henti2 dalam keadaan contraction (zygomaticus major membuatkan kita senyum sampai ke telinga).

maka, saya pulang ke hostel dengan hati yang gembira, macam baru dapat result A level pula. maka tidak 'burn' lah tiket bas saya malam itu, sempatlah saya beli ole2 di bangalore pada esok hari, berjayalah misi saya untuk balik ke malaysia dengan pelan asal, alhamdulillah!! syukur kepadaMu ya Allah!! pelik juga bila difikirkan, buat apa sp datang ofis beliau pada 7pm. bukankah hari telah lewat, matahari pun telah terbenam. semuanya kehendak Allah!

Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.
[Yaasin ; 82]


tibanya saya di hostel, saya terus terserempak dengan Clairessa dan Lakshmi. terus saya khabarkan berita gembira itu kepada mereka. Clairessa (yang merupakan senior saya) amat terkejut kerana sebelum ini, paling cepat pun exit permit boleh disiapkan dalam masa 2 hari. lagilah saya terasa kekuasaan Allah yang Maha Agung. Masya-Allah!

setelah solat maghrib, saya terus berkemas2 barang kerana bas akan jalan jam 2300. sambil berkemas2, saya berhenti sebentar untuk menunaikan solat isyak di surau. sempat saya mengimamkan solat buat kali terakhir sebelum pulang ke malaysia kali ini. selesai solat saya membuat pengumuman untuk memberitahu ahli-ahli surau tentang step2 membuat exit permit agar mereka juga dapat mengambil exit permit dengan cepat sebelum terlambat. kerianganku tak habis2 lagi.


2330 : bertolak dari davangere ke bangalore

bas bertolak dari davangere ke bangalore. hatiku lega yang tersangat setelah memikirkan hari yang telah saya lalui. kalimah Alhamdulillah sangat2 refleks disebut tatkala melihat keajaiban yang telah berlaku. sewaktu menunggu bas sampai (bas sampai 2315 instead of 2300), saya terlupa untuk kunci pintu bilik saya. pantas saya telefon pak aq (nama sebenar adalah Ishak) untuk kepastian.. "bilik aku dah kunci ke belum???"

pak aq ; "huish, tak kunci!!"

saya ; "alamak! aku datang jap!"

saya terus berlari ke hostel. mujur pick up point dengan hostel dekat. saya terus berlari dan menggesa pak guard bukak gate hostel cepat2, dan bila dah masuk, terus kunci pintu bilik dan berlari kembali ke pick up point. saya juga sangat bertawakkal sahaja waktu itu kerana saya tinggalkan beg berisi PASSPORT, LAPTOP, WANG YANG BANYAK, di pick up point itu tanpa berjaga. (saya balik malaysia sorang2). mujur tiada orang yang curi. dan mujur sewaktu saya lari kembali ke pick up point, tiada anjing yang kejar saya kerana banyak anjing disekeliling pada waktu itu. mujur mujur mujur. inilah kehebatan Allah, ye dak??

yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan (Nya), dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya. [al Furqan ; 2]


14 Julai 2009

0500 sampai di bangalore.

saya tiba di bangalore pada jam 5am. anas menjemputku di stesen bas. terus ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah.

1100 ke commercial street, membeli ole2 untuk keluarga.

2030 bertolak ke airport.

2130 check-in ke MH0193.

terjumpa fatin, zati, dan hawa (pelajar2 KS Hedge mangalore). mereka juga hendak balik ke malaysia. rupa2 nya ada juga kawan2 untuk berbual walaupun saya balik berseorangan. ajaib2. mereka sempat mengajar saya cara2 nak guna internet airport ni. laju benar internet di airport bangalore!


15 Julai 2009

0055 bertolak ke malaysia!

kapal terbang berlepas sambil zygomaticus major saya tak habis2 contract. tersentak sebentar kerana baru teringat saya tidak memulangkan kunci rumah anas kembali kepadanya. maaf!! nanti kunci akan diberikan kembali pada 4 september nanti ok???


p/s : prosedur pelik2 untuk mendapat exit permit ini hanya untuk di davangere sahaja. setahu saya di mangalore dan salem, hanya perlukan 5-10 minit untuk siapkan. banyak betul cabaran di negara orang.

pp/ s : pengajaran dari kisah ini, jangan harapkan orang tengah dalam menguruskan hal2 exit permit ini. biar kita buat sendiri, lagi2 di negara India ini.

ppp/s : itulah kisah kembara saya untuk pulang ke malaysia dengan penuh keajaiban. tak sangka semua ini akan berlaku, kerana semua yang berlaku adalah dengan kehendakNya~!

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.
[ar Ra'ad ; 28]

No comments: