Assalamualaikum w.b.t.
Pada kali ini, saya mahu kongsikan sedikit sebanyak tentang solat dan hikmahnya.
Dari al-Qur’an;
Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. [al Ankabuut, 29:45]
Dari as-Sunnah;
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari qiamat ialah solatnya”. [HR Abu Daud dan at-Tirmidzi]
Solat umpama mandi 5 kali sehari.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata; Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; “Bagaimana pandanganmu seandainya pada pintu salah seorang di antara kamu sekalian ada sebuah sungai di mana ia mandi setiap hari lima kali di sungai itu; apakah masih tertinggal sesuatu kekotorannya?” Para sahabat menjawab; “Tidak”. Beliau bersabda lagi; “Demikianlah perumpamaan solat yang lima di mana Allah menghapus dosa-dosa dengannya”. [HR Bukhari dan Muslim]
Berwudhu'lah sebelum solat.
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan salat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur. [al Maidah, 5:6]
Hikmah berwudhu'
Dari Abu Hurairah r.a. berkata; “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya pada hari qiamat nanti umatku akan dipanggil dalam keadaan putih cemerlang dari bekas wudhu. Dan barangsiapa yang mampu untuk memperlebar putihnya maka kerjakanlah hal itu”. [HR Bukhari dan Muslim]
Pentingnya khusyuk dalam solat
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya. [al Mukminun, 23:1-2]
Antara solat sunat yang disarankan
1) Solat sunat sebelum Subuh
Daripada A'isyah r.anha, Nabi s.a.w. bersabda: "Dua rakaat fajar (sebelum solat Subuh) itu adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya". [HR Muslim]
2) Solat Dhuha dan Solat Witir
Dari Abu Hurairah r.a. berkata; “Kekasihku Rasulullah s.a.w. berpesan kepadaku untuk selalu puasa tiga hari setiap bulan, mengerjakan dua rakaat dhuha, dan mengerjakan solat witir sebelum aku tidur. [HR Bukhari dan Muslim]
3) Solat tahajjud
Dan pada sebahagian malam hari bersolatlah tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. [al Isra’, 17:79]
Ganjaran solat berjemaah Isyak dan Subuh
Dari Utsman bin Affan r.a. berkata: Saya mendengar Rasululllah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang solat isyak dengan berjemaah maka seakan-akan ia mengerjakan solat setengah malam, dan barangsiapa yang solat subuh dengan berjemaah maka seakan-akan ia mengerjakan solat sepanjang malam“ [HR Muslim]
Mencegah kemungkaran
Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. [al Ankabuut, 29:45]
Dari Utsman bin Affan r.a. berkata; “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap orang Islam yang apabila waktu solat fardhu tiba kemudian dia menyempurnakan wudhu, dan khusyuk di dalam solat, nescaya solatnya itu menjadi kafarat atas dosa-dosa yang diperbuat sebelumnya selama tidak melakukan dosa besar. Yang demikian itu untuk sepanjang masa. [HR Bukhari dan Muslim]
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam [al An'am, 6:162]
Apr 27, 2010
Apr 25, 2010
Bidadari dan Penghuni Syurga
Assalamualaikum w.b.t.
semoga kita semua berada dalam naugan Ilahi.
ingin saya kongsikan satu coretan yang menarik, antara seorang kakak dan seorang adik...
wahai kakakku
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
asyik berteman tangis dan sendu sahaja...
wahai adikku
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
tetapi di situlah, wahai adikku
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki
menjadi izzah yang paling gah
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
kerana sendu rayunya
musa a.s. terselamat dari kekejaman firaun
duhai adikku
lembut wanita itu bukan lemah
tetapi senjata
namun wahai kakakku
wanita itu fitnah dunia
pernahkah adikku dengar
pesanan ilahi pada hambaNya
"wahai lelaki-lelaki yang beriman
tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu"*
cuba adik nilai
pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya?
pada hamba yang bergelar ar-rijal
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
maka tidak mungkin terlihat akan wanita
yang menjadi fitnah pada dirinya
dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita
agar memelihara auratnya
kerana disitulah kehormatannya
bukan fitnah semata-mata
jikalau ar-rijal dan an nisa
sama-sama mematuhi pesanan ilahi itu!
sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu
lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh
tapi kakakku
kenapa wanita itu menjadi peragaan?
tidakkah mereka merasa malu?
wahai adikku sayang
al-haya' (sifat malu)
ada dalam diri setiap insan
wujudnya seiring dengan nafas insani
dan al-haya' itulah pakaian iman
pada diri wanita itu indah al-haya'
sebagai pembenteng diri
namun
bila mana al-haya' itu lebur
imannya runtuh
kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
kerana mereka sebenarnya paranoid
merasakan diri belum cukup menarik
mereka sebenarnya kalah dari segi psikologi
namun adikku
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka
dari perbuatan murahan itu
wahai adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
pandai-pandailah dikau menilai
antara permata dan debu-debu kilauan pasir
wahai adikku
janganlah adik gusar
tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu,
menggugurkan diri, menyembah tanah
sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan
begitu tinggi martabatmu...
dipetik dari video ini (sila klik sini)
*[surah an-Nur, 24:30]
dari Abdullah bin 'Amr bin Al 'Ash r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah"
[HR Muslim]

Apr 23, 2010
Diam kerana Allah.
Assalamualaikum w.b.t. semua.
Bagaimana kehidupan di India? semoga sihat-sihat belaka lah ya.
Ingin saya kongsikan sedikit dari penulisan Ustaz Hasrizal a.k.a saifulislam.com, kerana situasi ini kita sering hadapi ketika belajar di India ini. biasalah kan, adat belajar di sini, kalau kita tak tahu sesuatu itu, mungkin lecturer akan maki kat kita, selain itu, mungkin ada segelintir kawan-kawan yang memang begitu, atau mungkin juga orang-orang yang kita berurusan seharian, dan pelbagai lagi. berikut adalah petikan yang saya mahu kongsikan;
Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.
Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [Hadith riwayat Abu Dawud]
Diam bukan mengalah.
Ia cara mencari Rahmah.
Mendekatkan diri kepada Allah.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
artikel penuh : http://saifulislam.com/?p=7935

artikel penuh : http://saifulislam.com/?p=
Mar 27, 2010
Mengumpat.
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, bertemu kita sekali lagi bi'iznillah, untuk berkongsi sedikit sebanyak untuk mempelajari sedikit panduan dalam melayari bahtera dunia ini, insyaAllah.
kali ini, saya hendak mengulas tentang mengumpat.
apa itu mengumpat?
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Definisi dari Rasulullah s.a.w. pula;
Mengumpat itu secara definisinya, adalah perkara 'aib tentang seseorang yang kita ceritakan kepada orang lain, apabila individu tersebut tahu akan perbuatan kita, nescaya akan menimbulkan kemarahannya.
larangan mengumpat.
Firman Allah s.w.t;
dapat diumpamakan orang yang mengumpat saudaranya adalah seperti memakan daging saudaranya sendiri. alangkah jijik perbuatan itu?
Ada juga sabda nabi s.a.w. yang melarang kita mencari-cari kesalahan orang lain;
Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip ke'aibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip saudaranya, maka Allah akan mengintip ke'aibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. [HR Abu Daud]
Tetapi jika kita menyembunyikan 'aib seseorang, nescaya ia adalah perkara yang dipuji Allah;
larangan menyampaikan berita yang tidak jelas.
janganlah kita bercerita tentang perkara yang kita tidak tahu tentangnya. lebih-lebih lagi dalam hal-hal bergossip. jauhilah gossip. sesungguhnya, setiap perkataan yang kita tutur akan dicatat oleh penjaga kiri dan kanan kita, yang tidak pernah lalai dalam menjalankan tugasnya;
yakni, para malaikat Raqib dan 'Atid.
mengumpat yang diperbolehkan
dalam beberapa perkara, dibolehkan mengumpat agar keputusan yang sewajarnya dapat dilaksanakan.
antara umpatan yang diperbolehkan adalah;
1) dalam hal penganiayaan
- apabila seseorang sedang dianiaya haknya, maka wajiblah ia mengadu kepada yang berkuasa untuk menyanggah perbuatan penganiaya tersebut.
2) dalam mencegah kemungkaran
- apabila seseorang melihat sesuatu kemungkaran, maka bolehlah ia memberitahu perihal itu kepada orang yang berupaya memberhentikan kemungkaran itu.
3) sebagai pengajaran
- dibolehkan mengumpat seseorang agar generasi yang kemudian mendapat pengajaran dan membendung dari melakukan kesalahan yang sama. contohnya terdapat dalam al Qur'an sendiri, Allah menyatakan dalam pelbagai ayat tentang kezaliman dan kejahilan kaum yang terdahulu, maka umat Islam pada masa sekarang perlulah mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan itu.
4) dalam memberi penjelasan
- dalam kes ada beberapa orang yang mempunyai nama yang sama, tetapi sukar untuk membezakan antara mereka, dibolehkan mengatakan seperti "si fulan yang gemuk itu" atau "si fulan yang hitam sedikit itu" agar orang tersebut dapat mengenali si fulan itu. perlulah tanya hati masing-masing agar tidak berniat untuk mengumpat si fulan itu.
5) dalam memilih pemimpin
- pemimpin adalah seorang yang sangat penting dalam masyarakat. kerana dialah ketua kepada kalian semua. maka, dalam pemilihan seorang pemimpin, bolehlah diberitahu tentang kekurangannya agar pemimpin yang terbaik dapat dipilih supaya masyarakat dapat hidup dalam kepimpinan yang berwibawa.
6) dalam memilih isteri atau suami
- memilih isteri atau suami adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita, kerana dialah akan menjadi pasangan hidup kita sampai ke syurga. dalam perihal ini, dibolehkan mengumpat untuk mengetahui kekurangan bakal pasangan hidup anda, agar kita dapat memperbaiki dia, atau sebagai sesuatu yang kita perlu pasrah dengannya agar tidak menyesal di kemudian hari. oleh yang demikian, Islam menyarankan menggunakan 'orang tengah' dalam hal merisik ini agar kedua belah pihak mendapat penyelesaian yang sebaiknya. bahkan 'orang tengah' perlulah merupakan seorang yang dipercayai dan menjaga amanah, agar apabila hal merisik itu gagal, tidaklah timbul rasa malu di antara kedua belah pihak. hanya si jejaka, si gadis, dan si orang tengah sahaja yang tahu perihal tersebut.
dalam hadis di atas, dapatlah Fathimah memilih calon suami yang terbaik. jika anda (muslimah) di posisi Fathimah, adakah anda akan memilih orang yang miskin (Mu'awiyah) ataupun orang yang suka memukul isterinya (Abul Jahm) ?
solusi agar tidak mengumpat.
1) KATA YANG BAIK, ATAUPUN DIAM
- Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia selalu berkata baik atau hendaklah ia diam. [HR Bukhari dan Muslim]
2) JAGA LIDAH
- Wahai Rasulullah, apakah yang dapat menyelamatkan itu? Baginda menjawab; "Kekanglah lidahmu, tetaplah dalam rumahmu, dan tangisilah dosamu". [HR Tirmidzi]
3) JAUHI GOSSIP
- Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna. [al Mukminun, 23:3]
4) JANGAN JADI HIPOKRIT (TALAM DUA MUKA)
- Sesungguhnya bila kami datang ke hadapan para penguasa maka kami mengatakan kepada mereka lain dengan apa yang kami katakan bila kami keluar dari hadapan mereka. Pada masa Rasulullah s.a.w., kami menganggap hal yang demikian itu termasuk perbuatan nifaq. [HR Bukhari]
5) JADILAH SAHABAT YANG SEJATI
- Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan di akhirat. [HR Muslim]
Maka, janganlah mengumpat, kerana perbuatan itu adalah perbuatan yang terkutuk.

Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. [HR Muslim]
Mengumpat itu secara definisinya, adalah perkara 'aib tentang seseorang yang kita ceritakan kepada orang lain, apabila individu tersebut tahu akan perbuatan kita, nescaya akan menimbulkan kemarahannya.
larangan mengumpat.
Firman Allah s.w.t;
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. [al Hujuraat, 49:12]
dapat diumpamakan orang yang mengumpat saudaranya adalah seperti memakan daging saudaranya sendiri. alangkah jijik perbuatan itu?
Ada juga sabda nabi s.a.w. yang melarang kita mencari-cari kesalahan orang lain;
Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip ke'aibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip saudaranya, maka Allah akan mengintip ke'aibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. [HR Abu Daud]
Tetapi jika kita menyembunyikan 'aib seseorang, nescaya ia adalah perkara yang dipuji Allah;
Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan di akhirat. [HR Muslim]
larangan menyampaikan berita yang tidak jelas.
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggungjawabannya. [al Isra, 17:36]
janganlah kita bercerita tentang perkara yang kita tidak tahu tentangnya. lebih-lebih lagi dalam hal-hal bergossip. jauhilah gossip. sesungguhnya, setiap perkataan yang kita tutur akan dicatat oleh penjaga kiri dan kanan kita, yang tidak pernah lalai dalam menjalankan tugasnya;
Tiada ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. [Qaf, 50:18]
yakni, para malaikat Raqib dan 'Atid.
mengumpat yang diperbolehkan
dalam beberapa perkara, dibolehkan mengumpat agar keputusan yang sewajarnya dapat dilaksanakan.
antara umpatan yang diperbolehkan adalah;
1) dalam hal penganiayaan
- apabila seseorang sedang dianiaya haknya, maka wajiblah ia mengadu kepada yang berkuasa untuk menyanggah perbuatan penganiaya tersebut.
2) dalam mencegah kemungkaran
- apabila seseorang melihat sesuatu kemungkaran, maka bolehlah ia memberitahu perihal itu kepada orang yang berupaya memberhentikan kemungkaran itu.
3) sebagai pengajaran
- dibolehkan mengumpat seseorang agar generasi yang kemudian mendapat pengajaran dan membendung dari melakukan kesalahan yang sama. contohnya terdapat dalam al Qur'an sendiri, Allah menyatakan dalam pelbagai ayat tentang kezaliman dan kejahilan kaum yang terdahulu, maka umat Islam pada masa sekarang perlulah mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan itu.
4) dalam memberi penjelasan
- dalam kes ada beberapa orang yang mempunyai nama yang sama, tetapi sukar untuk membezakan antara mereka, dibolehkan mengatakan seperti "si fulan yang gemuk itu" atau "si fulan yang hitam sedikit itu" agar orang tersebut dapat mengenali si fulan itu. perlulah tanya hati masing-masing agar tidak berniat untuk mengumpat si fulan itu.
5) dalam memilih pemimpin
- pemimpin adalah seorang yang sangat penting dalam masyarakat. kerana dialah ketua kepada kalian semua. maka, dalam pemilihan seorang pemimpin, bolehlah diberitahu tentang kekurangannya agar pemimpin yang terbaik dapat dipilih supaya masyarakat dapat hidup dalam kepimpinan yang berwibawa.
6) dalam memilih isteri atau suami
- memilih isteri atau suami adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita, kerana dialah akan menjadi pasangan hidup kita sampai ke syurga. dalam perihal ini, dibolehkan mengumpat untuk mengetahui kekurangan bakal pasangan hidup anda, agar kita dapat memperbaiki dia, atau sebagai sesuatu yang kita perlu pasrah dengannya agar tidak menyesal di kemudian hari. oleh yang demikian, Islam menyarankan menggunakan 'orang tengah' dalam hal merisik ini agar kedua belah pihak mendapat penyelesaian yang sebaiknya. bahkan 'orang tengah' perlulah merupakan seorang yang dipercayai dan menjaga amanah, agar apabila hal merisik itu gagal, tidaklah timbul rasa malu di antara kedua belah pihak. hanya si jejaka, si gadis, dan si orang tengah sahaja yang tahu perihal tersebut.
Dari Fathimah binti Qais r.a, saya datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata: "Sesungguhnya saya telah dilamar oleh Abul Jahm dan Mu'awiyah". Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adapun Mu'awiyah maka ia adalah orang miskin yang tidak mempunyai harta kekayaan, dan adapun Abul Jahm maka ia adalah orang yang suka memukul isterinya" [HR Muslim]
dalam hadis di atas, dapatlah Fathimah memilih calon suami yang terbaik. jika anda (muslimah) di posisi Fathimah, adakah anda akan memilih orang yang miskin (Mu'awiyah) ataupun orang yang suka memukul isterinya (Abul Jahm) ?
solusi agar tidak mengumpat.
1) KATA YANG BAIK, ATAUPUN DIAM
- Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia selalu berkata baik atau hendaklah ia diam. [HR Bukhari dan Muslim]
2) JAGA LIDAH
- Wahai Rasulullah, apakah yang dapat menyelamatkan itu? Baginda menjawab; "Kekanglah lidahmu, tetaplah dalam rumahmu, dan tangisilah dosamu". [HR Tirmidzi]
3) JAUHI GOSSIP
- Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna. [al Mukminun, 23:3]
4) JANGAN JADI HIPOKRIT (TALAM DUA MUKA)
- Sesungguhnya bila kami datang ke hadapan para penguasa maka kami mengatakan kepada mereka lain dengan apa yang kami katakan bila kami keluar dari hadapan mereka. Pada masa Rasulullah s.a.w., kami menganggap hal yang demikian itu termasuk perbuatan nifaq. [HR Bukhari]
5) JADILAH SAHABAT YANG SEJATI
- Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan di akhirat. [HR Muslim]
Maka, janganlah mengumpat, kerana perbuatan itu adalah perbuatan yang terkutuk.
Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya, dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya, sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan. yang (membakar) sampai ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka, (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang. [al Humazah, 104:1-9]
Mar 23, 2010
Isyak dah Subuh.
Dari Utsman bin Affan r.a. berkata: Saya mendengar Rasululllah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang solat isyak dengan berjemaah maka seakan-akan ia mengerjakan solat setengah malam, dan barangsiapa yang solat subuh dengan berjemaah maka seakan-akan ia mengerjakan solat sepanjang malam" [HR Muslim]
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seandainya manusia mengetahui keutamaan solat isyak dan subuh dengan berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak" [HR Bukhari dan Muslim]
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang-orang munafiq melebihi dari solat subuh dan isyak. Seandainya mereka mengetahui keutamaan yang ada pada kedua solat itu nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak" [HR Bukhari dan Muslim]

Feb 23, 2010
Everyone is a leader.
Assalamualaikum w.b.t.
qalaLlahu ta'ala : mafhumnya,
"Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."
[al Hasyr, 59:21]
dalam ayat di atas, telah Allah perbandingkan gunung dengan manusia. gunung berpecah-belah disebabkan takut kepada Allah atas tanggungjawab yang diberikan. manakala, di akhir ayat, Allah berfirman,
"perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir".
apabila kita melihat manusia, ada yang berlumba-lumba mengejar pangkat dan gelaran. walhal, perkara tersebut merupakan satu amanah yang sangat besar, sehinggakan gunung yang besar dan gagah itu terpecah belah atas ketakutannya kepada amanah Allah swt.
mengapa Allah tidak turunkan amanah ini kepada malaikat yang terbukti patuh kepada Allah taala?
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
[al Baqarah, 2:30]
Allah swt telah menegaskan bahawasanya Dia telah menjadikan khalifah di muka bumi adalah di kalangan manusia yang sering membuat kerosakan, dan tidak memilih para malaikat. Para malaikat bertanya,
"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?"
dan Allah menjawab;
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
sesungguhnya, setiap perkara yang Allah tetapkan, ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.
Tiada seorang ketua yang memimpin orang bawahannya di kalangan muslimin kemudian dia tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk kebajikan mereka dan tidak memberi nasihat (kepada Islam), kecuali pemimpin ini tidak masuk syurga.
[Hadis Riwayat Muslim]
Tidak masuk syurga seseorang pemimpin jika dia tidak tekun dalam menjaga kebajikan dan memberi kefahaman tentang Islam kepada orang bawahannya.
Dengan terlantiknya saya sebagai Presiden MSAI Davangere pada hari sabtu lalu, saya akan bertekad untuk bertungkus lumus dalam menerapkan kefahaman Islam di kalangan muslimin muslimat, dan juga non-muslim, agar memenuhi kriteria hadis di atas. tidak lupa juga, amanah berat yang dipertanggungjawabkan kepada saya ini, saya harus menjaga kebajikan kalian semua dari hal yang besar, sehinggalah hal yang sekecil-kecil zarah.
wahai rakan-rakanku seperjuangan sekalian, tidak kira anda di Davangere ataupun di serata dunia, doakanlah agar saya diberi kekuatan dan ilham dalam memikul amanah yang sangat berat ini.
setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin. jika kamu telah mendirikan rumah tangga, kamu adalah pemimpin rumah tangga. jika kamu merupakan anak sulung, kamu merupakan pemimpin adik-adik kamu. dan jika kamu tidak ada apa-apa tanggungjawab yang lain, sesungguhnya kamu merupakan pemimpin kepada diri kamu sendiri.
berdoalah selalu kepadaNya, kerana Dialah Tuhan yang Maha Agung, lagi Maha Bijaksana.
"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" [al Fatihah, 1:5]
wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)